KUALA LUMPUR:Kerajaan hari ini bersetuju melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Kampung Teluk, Setiawan, Perak bermula 11 sehingga 24 Februari ini.
Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menjelaskan pelaksanaan PKPD di Kampung Teluk itu dibuat setelah Kementerian Kesihatan (KKM) melaporkan peningkatan kes COVID-19 di kawasan tersebut.
"Sehingga 9 Februari 2021, KKM telah melaksanakan 43 ujian saringan dan daripada jumlah itu sebanyak 16 kes positif COVID-19 telah direkodkan.
"Setelah membuat penilaian risiko bersama pelbagai agensi dalam Jawatankuasa Teknikal PKP dan atas nasihat KKM, kerajaan bersetuju untuk melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Kampung Teluk, Setiawan, Perak bermula 11 sehingga 24 Februari 2021," katanya menerusi kenyataan media mengenai pelaksanaan PKP pada Rabu.
Beliau juga menjelaskan PKPD dilaksanakan di kawasan tersebut untuk memudahkan KKM melaksanakan saringan secara bersasar yang melibatkan 400 orang penduduk dan untuk mengawal jangkitan dalam komuniti.
Sementara itu, Ismail Sabri memaklumkan seramai 589 individu ditahan atas kesalahan ingkar SOP dan daripada jumlah itu, 543 dikompaun, 42 individu direman manakala empat lagi dijamin.
Manakala Operasi Benteng telah menangkap 55 orang Pendatang Tanpa Izin (PATI) dan merampas tujuh buah kenderaan darat serta tiga buah kapal/bot.
"Dalam operasi itu, pihak berkuasa turut mengesan 88 buah bot/kapal di perairan negara melalui 11 aktiviti penglihatan.
"Op Benteng melibatkan PDRM, Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) dan Agensi Keselamatan Sempadan Malaysia (AKSEM) serta agensi-agensi keselamatan lain turut menjalankan 535 Sekatan Jalan Raya (SJR)," katanya lagi.
Ismail Sabri turut memaklumkan seramai 438 individu tiba di semua pintu masuk antarabangsa dan semuanya telah dikuarantin di stesen-stesen kuarantin di seluruh negara.
Astro Awani
Wed Feb 10 2021

Ismail Sabri menjelaskan PKPD dilaksanakan untuk memudahkan KKM melaksanakan saringan secara bersasar yang melibatkan 400 orang penduduk dan untuk mengawal jangkitan dalam komuniti. - Gambar fail
Pantau Agenda Reformasi: Memahami di sebalik penyakit kusta
Situasi di sebalik kes wabak kusta di Negeri Sembilan. Adakah orang ramai perlu panik? Bagaimana nak address situasi ini? Kemampuan sistem kesihatan Malaysia mengawal wabak kusta.

Zon khas waktu solat daerah Rompin diperkenal 1 Mac - Mufti
Zon Khas Waktu Solat untuk daerah Rompin akan diperkenalkan mulai 1 Mac ini seperti diputuskan Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Pahang yang bersidang 19 Feb lepas.
UMNO yakin BN dapat mentadbir semula
Ketua Penerangan UMNO Sabah, Datuk Suhaimi Nasir, menegaskan bahawa sama ada parti tempatan atau tidak, itu tidak seharusnya menjadi pengukur di dalam Pilihan Raya Negeri SABAH akan datang.
Sistem Pengurusan Trafik Vesel akan dilaksana di Sungai Miri
Menteri Pengangkutan Sarawak, Datuk Seri Lim Kim Shin memberitahu Sistem Pengurusan Trafik Vesel (VTMS) yang moden bakal dilaksanakan di Sungai Miri.
Sarawak guna AI mantapkan mobiliti trafik
Sarawak menerusi kementerian pengangkutannya kini melaksanakan pelbagai inisiatif berteknologi tinggi bagi memantapkan mobiliti trafik khasnya di kawasan bandar.
Sistem digital agtech diperkenal di Sarawak - Wilson Ugak
Lima sistem pertanian digital berteraskan kecerdasan buatan (AI) bernilai RM150,000 akan diperkenalkan untuk manfaat sektor akuakultur di Sarawak tahun ini.
Sarawak cadang tambah dua PUSPEN
Kementerian Pembangunan Wanita Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak bercadang untuk menambah dua pusat pemulihan narkotik (PUSPEN) di Sarawak.

Kes cabul di masjid: Polis siasat dakwaan suspek miliki kad OKU
Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata suspek baru sahaja ditahan dan pihaknya masih menyiasat kesahihan dakwaan terbabit.
ASEAN 2025 | 21 Feb
Perkembangan ASEAN 2025 setiap jam 6 petang, membawa berita terkini dari negara-negara ASEAN termasuk ekonomi, kemajuan teknologi, dan budaya di rantau ini.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.

Polis tumpas sindiket proses vape berisi dadah
Kegiatan memproses vape dicampur dengan dadah jenis methamphetamine sejak enam bulan lalu terbongkar dengan penangkapan seorang wanita di Selangor.

Perdana Menteri, Presiden UMNO sehaluan hadapi PRU15 - Hishammuddin
Hishammuddin turut memberi bayangan akan kekal bertanding dan mempertahankan kerusi di Parlimen Sembrong yang dimenanginya sejak 2004.

Tender perolehan meriam SPH belum ditawarkan - Hishammuddin
Hishammuddin berkata, proses perbincangan aset perolehan melibatkan peruntukan RM854 juta itu masih berjalan antara Kementerian Pertahanan (MINDEF) dan Kementerian Kewangan (MOF).

Kepetahan bertanya pelajar SK Kementah raih pujian Hishammuddin, netizen
Kepetahan pelajar Sekolah Kebangsaan Kementah, Adik Roland menarik perhatian netizen yang memuji keberaniannya menemubual Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein, semalam.

Penyerahan LCS pertama masih dalam garis masa yang sama - Hishammuddin
Penyerahan kapal tempur pesisir (LCS) pertama kepada Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) masih kekal dalam garis masa seperti yang diumumkan sebelum ini dan tidak berubah.

LTAT pastikan proses telus pelaksanaan projek LCS
Terdapat dua peristiwa dan keputusan penting yang berlaku dalam tempoh dua minggu lalu yang memberi momentum positif kepada projek LCS.

Pencarum LTAT dibenarkan lakukan pengeluaran khas untuk ringankan beban - Hishammuddin
Ujar Ahli Parlimen Sembrong itu, jumlah maksimum pengeluaran ditawarkan adalah RM500 secara 'one off'.

Perolehan tiga helikopter AW139 perkukuh keselamatan perairan negara
Dua daripada tiga helikopter itu telah diterima dan diserahkan hari ini manakala sebuah lagi dijangka tiba pada September depan.

Malaysia dan Arab Saudi jalin kerjasama industri pertahanan - Hishammuddin
Malaysia dan kerajaan Arab Saudi akan terus menjalinkan kerjasama erat dalam pelbagai sudut terutama ekonomi dan ketenteraan.

Tuntutan veteran ATM bukan hanya libatkan Kementerian Pertahanan - Hishammuddin
Menteri Kanan Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein bagaimanapun berjanji akan meneruskan agenda membela veteran ATM dan tuntutan mereka akan diberi perhatian sewajarnya.

Pameran LIMA kembali Mei depan - Hishammuddin
Pameran Aeroangkasa dan Maritim Antarabangsa Langkawi (LlMA) akan dianjurkan pada 23 Mei hingga 27 Mei tahun depan di Pulau Langkawi.