KUALA LUMPUR: Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Idris Shah II, Gerik, Perak ditamatkan esok, sepertimana yang dijadualkan.
Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata Kementerian Kesihatan (KKM) tidak mengesan sebarang kes aktif di lokaliti berkenaan, selain tiada lagi sampel saringan yang sedang menunggu keputusan.
"Setelah membuat penilaian risiko bersama pelbagai agensi dalam Jawatankuasa Teknikal PKP, Kerajaan bersetuju untuk menamatkan PKPD di Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Idris Shah II, Gerik, Perak pada 1 Mac 2021 seperti yang dijadualkan," katanya dalam kenyataan, hari ini.
Berikut lima tumpuan dalam kenyataan tersebut:
1) Seramai 509 individu ditahan atas kesalahan ingkar prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
2) Tujuh PATI ditahan dalam Operasi Benteng dengan tiga kenderaan darat serta satu bot atau kapal dirampas.
3) Seramai 13,091 warga asing menjalani ujian saringan COVID-19. Daripada jumlah itu, 20 didapati positif COVID-19.
4) Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Penjara Tapah & Kuarters Kakitangan, Batang Padang, Perak dilanjutkan bermula 2 sehingga 15 Mac.
5) PKPD di Asrama Pekerja Imperial Garments Flat Anjung Tawas Damai, Perak bermula 1 Mac sehingga 14 Mac.
Astro Awani
Sun Feb 28 2021

Kerajaan bersetuju untuk menamatkan PKPD di Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Idris Shah II, Gerik, Perak pada 1 Mac 2021 seperti yang dijadualkan. - Gambar fail
Ekonomi Malaysia 2025 dijangka berkembang 4.5 hingga 5.0 peratus - SME Bank
Small Medium Enterprise Development Bank Malaysia Berhad (SME Bank) menyatakan bahawa jangkaan ini mencerminkan sentimen ekonomi yang positif, selaras dengan kerangka Ekonomi Madani yang menekankan pertumbuhan mampan dan kesejahteraan rakyat.
Perdagangan borong dan Runcit Malaysia cecah RM148.9 bilion pada Januari 2025
Laporan yang dikeluarkan oleh Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) menunjukkan bahawa subsektor perdagangan runcit dan perdagangan borong menjadi pemacu utama pertumbuhan, manakala subsektor kenderaan bermotor mencatatkan penurunan.
Sekolah terjejas akan terima peruntukan baik pulih
Bantuan antara RM5,000 hingga RM10,000 setiap sekolah terjejas banjir akan disalurkan melalui Tabung Pendidikan Negeri Sabah bagi tujuan pembersihan, pengemasan semula serta penggantian kemudahan yang rosak.

Polis lengkapkan kertas siasatan doktor berkelakuan tidak senonoh
Polis telah melengkapkan kertas siasatan berhubung kes doktor perubatan yang ditahan kerana disyaki berkelakuan tidak senonoh terhadap pesakitnya.

SPRM tahan pengarah syarikat disyaki terbabit pengubahan wang haram jual beli kapal tangki
Menurut sumber, lelaki berusia 50-an itu ditahan kira-kira 4.30 petang semalam ketika hadir memberi keterangan di pejabat SPRM Johor.
KPDN serbu stor haram seleweng LPG, minyak masak
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri (KPDN) Selangor menumpaskan dua aktiviti penyelewengan barang kawalan bersubsidi melibatkan gas petroleum cecair (LPG) dan minyak masak paket bernilai RM200,000

Pulau Pinang peruntuk lebih RM49 juta untuk program i-Sejahtera Fasa 1 - Chow
Kerajaan Pulau Pinang memperuntukkan RM49.45 juta kepada 274,151 penerima Program i-Sejahtera Fasa 1 2025.

Inspektor tunjuk reaksi wajah 'kosong’ ibu Zayn Rayyan di mahkamah
Nina Syamimi berkata, maksud kosong itu ialah tiada sebarang reaksi daripada pengadu, yang juga ibu kepada kanak-kanak autisme berkenaan, pada ketika itu.
AWANI Ringkas: Lima video 'deepfake' penipuan pelaburan dikesan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Sapura Energy: Bukan 'bailout', tapi pelaburan strategik
Kerajaan menafikan dakwaan bahawa suntikan dana RM1.1 bilion kepada Sapura Energy merupakan satu bentuk bailout bagi menyelamatkan syarikat berkenaan.

Integriti tunjang masa depan Sarawak - Timbalan Premier
Integriti bukan sahaja sebahagian daripada usaha nasional untuk membina negara bebas rasuah, tetapi ia adalah nilai yang sangat diutamakan Sarawak.

Bom kedua dijumpai di Kinarut berjaya dimusnahkan
Bom kedua yang ditemui di tapak pembinaan berhampiran Lok Kawi Plastic Industries, Kinarut dipercayai peninggalan Perang Dunia Kedua berjaya dimusnahkan hari ini.

PAC syor bangunkan pelan induk projek Bekalan Air Luar Bandar
PAC mengesyorkan KKDW dan kerajaan negeri supaya membangunkan pelan induk projek BALB bagi memastikan penduduk mendapat bekalan air yang berkualiti dan selamat.

KDN tambah baik SOP permohonan warganegara selaras pindaan Perlembagaan Persekutuan
Kementerian Dalam Negeri (KDN) dalam perancangan untuk menambah baik SOP di bawah Perkara 15(2), pada tahun ini.

Malaysia hantar dua kapal TLDM ke Bali, perkukuh kerjasama maritim bersama 39 negara
Malaysia mengerahkan dua kapal TLDM ke Latihan Tentera Laut Pelbagai Hala Komodo (MNEK) 2025 di Bali untuk memperkukuh hubungan dan kerjasama pertahanan maritim di peringkat antarabangsa.

Jom kita kurang 'mengular' dalam Tahun Ular - Lee Chong Wei
Chong Wei antara yang bersuara agar BWF memperhalusi standard prosedur operasi (SOP) mengenai proses rawatan pemain di atas gelanggang.

Kertas SPM didakwa bocor: KPM ada SOP pengurusan peperiksaan
Pihak KPM komited memastikan SOP berkenaan dipatuhi semua pihak terlibat sepanjang peperiksaan berlangsung.

EAIC terima aduan kecuaian JIM lulus permohonan COM tanpa pengetahuan pengarah syarikat
EAIC mengesahkan menerima aduan terhadap Jabatan Imigresen (JIM) berhubung kelulusan Permohonan Memo Periksa Keluar (COM) tanpa pengetahuan atau kehadiran pengarah syarikat terlibat.

Tiada syarat tambahan pembaharuan lesen memandu bagi warga emas - KP JPJ
Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) menafikan pengenaan sebarang syarat tambahan kepada golongan warga emas yang ingin memperbaharui Lesen Memandu Malaysia (LMM).

KPM akan guna SOP baharu bagi sekolah berisiko dilanda banjir tahun depan
Kementerian Pendidikan (KPM) akan menggunakan prosedur operasi standard (SOP) baharu bagi pengurusan sekolah yang berisiko dilanda banjir bermula tahun depan.