KUALA LUMPUR: Pelaksanaan Perintah Kawalan Pegerakan Diperketatkan (PKPD) di Kg Darau-Awek, Kg Padang Baloh dan Kg Lepan Kejor, Mukim Pasir Akar, Besut, Terengganu akan ditamatkan pada 27 Februari ini.
Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, ia selepas Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melaksanakan saringan secara bersasar ke atas kira-kira 2,152 penduduk di ketiga-tiga lokaliti itu.
"Sehingga kini KKM telah melaksanakan 108 ujian saringan dan daripada jumlah itu secara kumulatif sebanyak 39 kes telah direkodkan.
"Bagaimanapun KKM mengesahkan baki kes aktif menunjukkan trend penurunan. Mereka yang terlibat juga sudah membuat kuarantin kendiri (HSO)," katanya semasa sidang media pada Khamis.
Arahan PKPD di kawasan itu berkuat kuasa bermula 14 Februari lepas.
Sementara itu katanya, tidak menjadi satu kesalahan jika penumpang yang mempunyai alamat berbeza keluar menggunakan sebuah kenderaan.
Katanya lagi, perkhidmatan manicure dan padicure di kawasan PKP masih tidak dibenarkan kerana KKM meminta lebih masa untuk membuat penilaian risiko.
Langkah itu perlu dibuat kerana perkhidmatan tersebut melibatkan sentuhan dan selain harus juga menilai permohonan spa dan urutan
Dalam pada itu katanya, seramai 460 individu ditahan atas pelbagai kesalahan ingkar SOP, 388 daripadanya dikompaun manakala 70 lagi individu direman dan dua dijamin, semalam.
Mengenai Op Benteng, kata Ismail Sabri, seramai 23 pendatang asing tanpa izin (PATI) dan dua tekong ditahan serta 11 kenderaan darat dirampas, selain 125 bot atau kapal dikesan di perairan negara.
Ujarnya, sebanyak 104 operasi sanitasi dilaksanakan di seluruh negara yang merangkumi 34 Zon Merah, 11 Zon Jingga dan empat Zon Kuning.
Ia melibatkan 519 anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), 230 Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dan lima agensi-agensi lain serta 91 buah jentera JBPM.
Katanya lagi, seramai 663 individu tiba di semua pintu masuk antarabangsa negara dan kesemuanya telah dikuarantin wajib.
Sementara itu, seramai 16,568 warga asing telah menjalani ujian saringan COVID-19 dan daripada jumlah itu, 205 didapati positif COVID-19.
Astro Awani
Thu Feb 25 2021

Kata Ismail Sabri, perkhidmatan manicure dan padicure di kawasan PKP masih tidak dibenarkan kerana KKM meminta lebih masa untuk membuat penilaian risiko. - Astro AWANI
Jenazah ADUN Ayer Kuning selamat dikebumikan
Jenazah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ayer Kuning Ishsam Shahruddin, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Rapat Setia, Ipoh pada 10.40 pagi ini
[TERKINI] SPRM tahan empat pegawai ada kaitan PM ke-9
SPRM menahan empat pegawai yang mempunyai kaitan dengan Perdana Menteri ke-9 dan mendapatkan perintah reman di Mahkamah Putrajaya.
Dividen KWSP dijangka lebih baik bagi tahun 2024 - Amir Hamzah
Prestasi memberangsangkan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) pada suku ketiga tahun lepas dijangka memberi pulangan yang baik dari segi dividen kepada pencarumnya
Guru tuisyen ditemukan maut dengan kesan kelar di leher, lengan
Pemangku Ketua Polis Daerah Ipoh Supt Mohamad Sajidan Abdul Sukor berkata pengadu yang merupakan suami kepada wanita itu, membuat laporan polis berkenaan kejadian itu kira-kira 5.30 petang.
Notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning dihantar seawal Selasa - Speaker
Speaker DUN Perak akan menghantar pemakluman notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning seawal Selasa
Yellow House rasmi pembukaan premis baharu
Pertubuhan Kebajikan Masyarakat Yellow House merasmikan pembukaan premisnya yang dinaik taraf di Kampung Ampang Campuran pada Sabtu.
Polis ditembak mati lelaki bersenjata di Amerika syarikat
Tindakan suspek dipercayai berpunca daripada tindak balas mangsa yang cuba mententeramkan suspek yang sebelum itu menjadikan beberapa kakitangan sebagai tebusan di sebuah hospital.
China kesan satu lagi varian baharu koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kanak-kanak lapan tahun maut selepas bot terbalik di Panama
Menurut perkhidmatan sempadan kebangsaan Panama (Senafront), sebelum insiden, bot membawa 21 orang penumpang tersebut meneruskan perjalanan meskipun amaran cuaca buruk telah dikeluarkan.

Enam maut, bumbung pusat beli-belah runtuh di Peru
Pihak berkuasa menjelaskan bahawa struktur yang runtuh bukan sekadar kanopi ringan, sebaliknya merupakan binaan kukuh yang jatuh tepat di kawasan taman permainan kanak-kanak dalam medan selera.

PAC syor bangunkan pelan induk projek Bekalan Air Luar Bandar
PAC mengesyorkan KKDW dan kerajaan negeri supaya membangunkan pelan induk projek BALB bagi memastikan penduduk mendapat bekalan air yang berkualiti dan selamat.

KDN tambah baik SOP permohonan warganegara selaras pindaan Perlembagaan Persekutuan
Kementerian Dalam Negeri (KDN) dalam perancangan untuk menambah baik SOP di bawah Perkara 15(2), pada tahun ini.

Malaysia hantar dua kapal TLDM ke Bali, perkukuh kerjasama maritim bersama 39 negara
Malaysia mengerahkan dua kapal TLDM ke Latihan Tentera Laut Pelbagai Hala Komodo (MNEK) 2025 di Bali untuk memperkukuh hubungan dan kerjasama pertahanan maritim di peringkat antarabangsa.

Jom kita kurang 'mengular' dalam Tahun Ular - Lee Chong Wei
Chong Wei antara yang bersuara agar BWF memperhalusi standard prosedur operasi (SOP) mengenai proses rawatan pemain di atas gelanggang.

Kertas SPM didakwa bocor: KPM ada SOP pengurusan peperiksaan
Pihak KPM komited memastikan SOP berkenaan dipatuhi semua pihak terlibat sepanjang peperiksaan berlangsung.

EAIC terima aduan kecuaian JIM lulus permohonan COM tanpa pengetahuan pengarah syarikat
EAIC mengesahkan menerima aduan terhadap Jabatan Imigresen (JIM) berhubung kelulusan Permohonan Memo Periksa Keluar (COM) tanpa pengetahuan atau kehadiran pengarah syarikat terlibat.

Tiada syarat tambahan pembaharuan lesen memandu bagi warga emas - KP JPJ
Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) menafikan pengenaan sebarang syarat tambahan kepada golongan warga emas yang ingin memperbaharui Lesen Memandu Malaysia (LMM).

KPM akan guna SOP baharu bagi sekolah berisiko dilanda banjir tahun depan
Kementerian Pendidikan (KPM) akan menggunakan prosedur operasi standard (SOP) baharu bagi pengurusan sekolah yang berisiko dilanda banjir bermula tahun depan.

Kerugian banjir menurun kepada RM755 juta tahun lepas - Ahmad Zahid
Nilai kerugian akibat banjir di seluruh negara berjaya dikurangkan kepada RM755 juta tahun lepas berbanding RM1.03 bilion pada 2022.

Perkeso diarah rombak semula SOP tuntutan faedah - Steven Sim
Arahan itu susulan isu kartel penipuan tuntutan palsu antaranya melibatkan tiga pengamal perubatan yang dikesan beroperasi di sebuah hospital di Pulau Pinang sejak beberapa tahun lepas.