Parti Keadilan Rakyat (PKR) tidak lagi relevan apabila tidak bersikap adil terhadap pemecatan ahli-ahlinya.
Ahli Parlimen Gombak, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berkata, itu antara sebab anggota termasuk pimpinan tertinggi PKR hilang keyakinan terhadap parti itu.
"Mereka berbicara soal reformasi dan keadilan tapi mereka tak boleh lakukan keadilan kepada anggotanya sendiri.
"Bagaimana mereka boleh membawa prinsip keadilan dalam negara kalau prinsip keadilan ini tidak dapat diterjemahkan dalam proses tindakan disiplin terhadap anggotanya dalam parti," katanya mengulas pemecatan Ketua Wanita PKR, Haniza Mohd Talha.
Beliau yang juga Menteri Kanan (Ekonomi) berkata demikian sewaktu program sarapan pagi dan dialog bersama Persatuan Warga Emas Kampung Nakhoda dan Lembaga Kebajikan Perempuan Islam Malaysia (LKPIM) Cawangan Kampung Nakhoda, di sini hari ini.
Azmin berkata, pemecatan Haniza dalam parti yang turut digugurkan daripada Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) dianggap tidak adil.
"Bagi saya YB Haniza seorang pemimpin yang cukup dihormati. Yang penting beliau terus bertekad meneruskan perjuangan melalui pertubuhan yang dibentuk iaitu Nation of Women untuk menggerak seluruh kekuatan wanita dalam pembangunan negara.
"Saya rasa peranan tersebut lebih baik daripada kekal dalam parti atau kerajaan tetapi menjadi pengemis kepada pemimpin yang zalim," katanya.
Semalam, Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari mengumumkan Haniza Talha digugurkan sebagai anggota Exco Kerajaan Negeri Selangor susulan pemecatannya daripada PKR hujung bulan lalu.
Portfolio Perumahan dan Kehidupan Bandar akan dipangku beliau dan sebarang program berkaitan portfolio itu turut ditangguhkan buat sementara waktu.
Sinar Harian
Sat Jul 11 2020

Parti Keadilan Rakyat tidak lagi relevan apabila tidak bersikap adil terhadap pemecatan ahli-ahlinya, kata Mohamed Azmin Ali. - Gambar fail

Miki Ghazali tumbangkan lawan 10 tahun lebih tua
Adik kepada Mohammad Johan Ghazali itu menewaskan Said El Matador dari Maghribi yang berusia 25 tahun dengan aksi dominan.

ACC: Selamat datang! Azizulhasni Awang kini pengulas Astro Arena
Ia merupakan perasaan berbeza ketika beraksi sebagai atlet di dalam trek berbanding ketika melakukan ulasan di tempat duduk penonton.

Pemergian Ishsam kehilangan besar buat arena bola sepak negara - PBMM
Mohd Firdaus turut menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga Ishsam.

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.

Kejar dapatkan Tun M sekadar bertegur ucap Selamat Hari Raya - Azmin
Mohamed Azmin berkata ia bukan berkaitan politik sebaliknya sekadar bertanya khabar dan mengucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha kepada Dr Mahathir.

PKR dah tak relevan, kata Azmin
Parti Keadilan Rakyat tidak lagi relevan apabila tidak bersikap adil terhadap pemecatan ahli-ahlinya.

Video intim: Azmin minta Anwar muhasabah, cermin diri sendiri
Pergolakan dalaman PKR semakin parah meskipun rata-rata pimpinan mengatakan hubungan mereka baik-baik sahaja.

Tidak masuk akal, satu tohmahan tidak berasas - Azmin Ali
Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Mohamed Azmin Ali menafikan khabar angin kononnya beliau akan keluar parti berkenaan.

Amirudin ganti Azmin di Selangor?
Amirudin antara dua nama yang disebut bakal menggantikan Mohamed Azmin sekiranya Ahli Parlimen Gombak itu disahkan menyertai jemaah menteri Isnin ini.

Krisis air Selangor: Jalan terakhir guna Akta 655
Tindakan Datuk Seri Mohamed Azmin Ali yang berdolak-dalik dalam merungkai krisis air di Selangor disindir Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air.