KUALA LUMPUR: Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan, parti itu juga tidak terlepas daripada memiliki ahli yang memiliki sikap khianat, korup dan rasuah.
Untuk itu beliau menyeru, semua ahli supaya terus berpegang dan mempertahankan idealisme perjuangan parti, yang menolak sebarang unsur rasuah, salah guna kuasa dan khianat.
"Kita (perlu) perkuatkan jentera (dan) tingkatkan persefahaman. Adakah kita parti yang sudah 'perfect'? tidak...ada juga pemimpin yang khianat, ada yang bila ada jawatan mula kumpul harta. Dalam Keadilan (PKR) kita tengok ada juga yang korup, rasuah.
"(Kita) harus kembali menggilap idealisme perjuangan parti...tolak rasuah, keangkuhan, salah guna kuasa. Jangan diizinkan muncul baik kekuatan pemimpin, kerajaan negeri atau tokoh-tokoh yang (akan) membina kelompok kecil, yang memungkinkan kemunculan kelompok kecil yang kita hadapi dahulu yang menikam kita," katanya hari ini.
Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucapan dasar pada Kongres Nasional Tahunan PKR 2020 yang diadakan sepenuhnya secara maya, susulan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 ketika ini.
Kongres Nasional berkenaan yang sepatutnya berlangsung pada 6 Jun lepas diadakan hari ini, selepas diarah supaya ditangguhkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (RoS) pada 4 Jun lepas.
Ucapan Anwar yang juga Ahli Parlimen Port Dickson itu, diikuti kira-kira 2,000 perwakilan, turut menyentuh mengenai pandemik COVID-19 yang dihadapi negara, yang menurutnya hanya dengan mempercepatkan proses vaksinasi, akan membolehkan negara keluar dari kemelut itu dengan segera.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Jun 20 2021
ANWAR: Kita harus kembali menggilap idealisme perjuangan parti... tolak rasuah, keangkuhan, salah guna kuasa. - Gambar fail
Banjir: Lebih lima jam terperangkap dalam pacuan empat roda
Pasukan bomba berjaya menyelamatkan mereka menggunakan tali kerana arus deras, dan kesemua mangsa dibawa keluar dengan selamat.
Teluk Guantanamo hanya berfungsi sebagai lokasi transit - Hegseth
Sementara itu. Setiausaha Pertahanan Amerika Syarikat menerusi satu wawancara pada Rabu berkata, kemudahan tahanan migran di Teluk Guantanamo hanya berfungsi sebagai kemudahan transit sementara untuk pendatang tanpa izin yang masuk ke Amerika Syarikat.
Trump arah pembinaan kemudahan tahanan migran di Teluk Guantanamo
Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump akan mengarahkan Pentagon dan Jabatan Keselamatan Dalam Negeri menyediakan kemudahan tahanan migran di Teluk Guantanamo untuk 30 ribu pendatang.
Tambah baik sistem saliran, dalamkan sungai cegah banjir - Tiong
Tiong berkata masalah itu menghalang air lebihan daripada disalirkan dengan cekap, sekali gus menyebabkan paras sungai meningkat dengan cepat.
Pihak berkuasa mulakan siasatan nahas Air Busan
Pihak berkuasa Korea Selatan telah melancarkan siasatan terhadap kebakaran di atas pesawat penumpang Air Busan yang memaksa pemindahan 176 orang pada malam Selasa di Lapangan Terbang Antarabangsa Gimhae di Busan.
Kes tipu isteri pelawak: Polis tahan pasangan suami isteri
Hussein Omar Khan berkata kedua-duanya yang berusia lingkungan 20-an ditahan di kediaman mereka di Salak Tinggi, Sepang, Selangor, malam tadi.
SPRM integrasi teknologi 'blockchain', AI dalam siasatan dan operasi
Azam berkata perkembangan teknologi dari semasa ke semasa turut membawa kepada cabaran baharu dalam menangani jenayah rasuah yang semakin kompleks.
Nahas Black Hawk-American Airlines boleh dielak - Trump
Operasi mencari dan menyelamat sedang dijalankan oleh pasukan penyelamat tempatan dan tentera.
AWANI Ringkas: Empat ditahan kes rempuh di luar kelab malam
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Nahas Black Hawk-American Airlines: 18 mayat ditemukan di Sungai Potomac
Polis berkata terdapat sekurang-kurangnya tiga kawasan serpihan di dalam air dikenal pasti dan sekurang-kurangnya 18 mayat telah ditemukan.
PKR juga tidak terlepas miliki ahli yang khianat - Anwar
Anwar menyeru semua ahli supaya terus berpegang dan mempertahankan idealisme perjuangan parti, yang menolak sebarang unsur rasuah, salah guna kuasa dan khianat.
Polis siasat kes ADUN dituduh cabul ahli parti
Suspek juga mengingatkan pengadu supaya tidak memberitahu sesiapa tentang kejadian itu.
UMNO enggan sertai PN tidak jejas status quo kerajaan - Penganalisis
Ia tidak harus menimbulkan kekecohan kerana UMNO sememangnya tidak pernah menyertai PN sejak penubuhan kerajaan pimpinan Muhyiddin.
Muktamad! Keahlian Dr Mahathir, Muhkriz dan tiga lain terhenti serta merta - MPT
Perkara itu selaras dengan peruntukan Fasal 10.2.2 dan 10.2.3 perlembagaan Bersatu, dan tafsiran MPT berhubung terhentinya keahlian mereka adalah muktamad.
Henti telagah, jangan takut hilang kuasa - PM
Tegasnya yang juga merupakan Pengerusi PH, kekuatan kerajaan di bawah PH bergantung kepada perpaduan dan keutuhan ahlinya.
Terserah ahli terima atau tidak - Ahmad Zahid
Menurutnya, keputusan yang dibuat untuk kembali daripada bercuti merupakan keputusan peribadi memandangkan pertuduhan mahkamah yang dikenakan ke atasnya bersifat peribadi.
Bersatu utama anggota yang berkualiti - Rais Yatim
Keanggotaan berkualiti merujuk kepada anggota yang kenal dengan perlembagaan, budaya berparti dan kepentingan parti.
Saya tak setuju desakan supaya Azmin letak jawatan - Anwar
Beliau juga menegaskan tidak sependapat dengan setiausaha politiknya itu berkenaan isu video lucah yang mengandungi aksi seks luar tabii, didakwa membabitkan Mohamed Azmin.
Zahid wajar terus berehat demi untuk pulihkan UMNO - Penganalisis
Pada pendapatnya, jika Ahmad Zahid terus bercuti, atau meninggalkan parti, ia merupakan satu keputusan yang tepat untuk memulihkan UMNO bagi berdepan pilihan raya umum ke-15 (PRU15).
Tun Mahathir beri isyarat jelas tolak budaya UMNO dalam Bersatu
Katanya, walaupun berlapang dada dengan kemasukan mereka, Pengerusi Bersatu itu dilihat turut mengambil kira pengorbanan anggota parti sedia ada.