Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Khairy Jamaludin menyifatkan ada sesuatu yang tidak kena dengan penubuhan Darul Ehsan Investment Group (DEIG) oleh Menteri Besar Selangor, Mohamed Azmin Ali.
Khairy memaklumkan, Azmin seolah-oleh tidak bersikap telus kerana penjelasan berkenaan penubuhan DEIG hanya dibuat selepas ia didedahkan kepada umum.
Khairy yang juga Menteri Belia dan Sukan, mempersoalkan adakah Azmin akan memberi penjelasan berkenaan DEIG sekiranya perkara berkenaan tidak dibangkitkan dalam sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor minggu lepas.
"Seolah-olah ada 'udang di sebalik batu', sebab dia (Azmin Ali) hanya buat penjelasan apabila pendedahan dibuat.
"Kalau pendedahan tidak dibuat di sidang DUN Selangor, saya tidak tahu beliau akan jelaskan atau tidak," tegas Khairy.
Khairy turut menempelak PKR yang sebelum ini menuduh kerajaan tidak telus dalam isu 1MDB, sedangkan hakikatnya parti itu turut bersikap sama.
"Bagi kita isu 1MDB kita jelas. Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak kata kita boleh siasat, siapa-siapa pun boleh siasat.
"Kita hantar kepada Parlimen, kita hantar kepada Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC). Kita telus sebab tiada apa yang nak disembunyikan," jelas Khairy.
Kebimbangan berhubung penubuhan DEIG dibangkitkan beberapa anggota Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor dalam Sidang DUN, termasuk bekas Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.
Menurut Azmin pula, DEIG ditubuhkan Disember lalu bertujuan mengambil alih peranan Menteri Besar Incorporated (MBI) menguruskan pelaburan anak-anak syarikat di bawah perbadanan tersebut.
Azmin turut menjelaskan penubuhan DEIG dapat mengurangkan impak serta risiko perniagaan secara terus terhadap kerajaan negeri, manakala MBI akan memberi tumpuan kepada kerja-kerja kebajikan rakyat dan tanggungjawab sosial korporat.
Muhafandi Muhamad
Sat Aug 22 2015
KHAIRY: Azmin seolah-oleh tidak bersikap telus kerana penjelasan berkenaan penubuhan DEIG hanya dibuat selepas ia didedahkan kepada umum.
[TERKINI] Setia City Mall beroperasi semula
Dalam kenyataan pada Ahad, pihak pengurusan pusat beli-belah itu memaklumkan mereka telah menerima kelulusan daripada pihak berkuasa untuk meneruskan operasi sementara siasatan masih dijalankan.
CIMB peruntuk RM3.6 juta buat 9,000 penghuni empat PPR
CIMB Group Holdings Berhad (CIMB) memperuntukkan RM3.6 juta menerusi program Satu Pemimpin Satu Kampung (Santuni MADANI) bagi membantu lebih 9,000 penghuni daripada empat Projek Perumahan Rakyat (PPR)
[TERKINI] Insiden tembak Setia Alam: Polis sudah kenal pasti penembak
Polis sudah mengenal pasti suspek terlibat dalam insiden tembakan di sebuah pusat beli-belah di Setia Alam, malam tadi yang melibatkan warga tempatan.
Trump minta semua maklumat daripada perkhidmatan rahsia AS berkenaan cubaan bunuhnya
Percubaan membunuh Trump kali pertama berlaku semasa kempen di Pennsylvania pada 13 Julai 2024.
AWANI Ringkas: DBKL tutup pusat sembelih ayam kotor
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Masih banyak jalan raya di Johor perlu dinaik taraf - Onn Hafiz
Masih banyak jalan raya di Johor perlu diperbaik dan dinaik taraf dengan segera kerana keadaan itu sangat membahayakan keselamatan.
Kereta dipandu warga emas rempuh kedai
Siasatan awal mendapati seorang wanita warga emas yang memandu kereta parkir di hadapan kedai Ekonomic Market tanpa mematikan enjin.
Gempa bumi 7.6 skala Richter dilapor berhampiran Pulau Cayman
Gempa bumi berukuran 7.6 pada skala Richter direkodkan berhampiran Pulau Cayman, dengan amaran tsunami masih berkuat kuasa.
Setia City Mall beroperasi semula selepas insiden tembakan
Keselamatan dan kesejahteraan pengunjung, penyewa dan pekerja mereka adalah keutamaan pihaknya.
Duo Antarabangsa 2025: Muay Thai lonjak populariti, tarik minat generasi muda
Muay Thai terus mengukuhkan kedudukannya sebagai sukan tempur pilihan apabila semakin ramai anak muda menunjukkan minat terhadap sukan itu.
DEIG: SPRM buka kertas siasatan jika ada maklumat baharu
SPRM pernah menjalankan siasatan berhubung status penubuhan DEIG namun, pihaknya tidak menemui sebarang kesalahan rasuah.
MB Selangor diminta perjelas berhubung dakwaan dana DEIG untuk pilihan raya Sarawak
Mohamed Azmin Ali diminta membuat penjelasan berhubung dakwaan anak syarikat kerajaan negeri, DEIG digunakan untuk memperoleh dana politik bagi menghadapi pilihan raya negeri Sarawak.
DEIG tidak langgar Akta SPRM 2009, kata SPRM
Perkara itu disahkan oleh Pengarah SPRM Selangor Datuk Simi Abdul Ghani dalam satu kenyataan media hari ini.
Adun BN Selangor kesal masih tiada siasatan, tindakan ke atas DEIG
Adun BN Selangor kesal kerana mendakwa masih tiada sebarang siasatan pihak berkuasa terhadap penubuhan Darul Ehsan Investment.
Ketua Audit Negara sedia audit penubuhan DEIG
Ambrin berkata buat masa ini beliau sedang menyemak dan meneliti butiran berhubung penubuhan syarikat terbabit.
Penubuhan DEIG diketahui semua ADUN, tidak patut timbul keraguan - Azmin
Keraguan mengenai kewujudan entiti itu tidak sepatutnya ditimbulkan mana-mana ADUN kerana maklumat mengenainya telah dibentangkan semasa persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) pada Ogos lepas.
DEIG: 'Lebih 70 syarikat bawah Kerajaan Selangor berisiko' - Sohaimi
Kata Sohaimi kerajaan negeri kini perlu memberi penjelasan dan menjawab persoalan rakyat terhadap penubuhan syarikat kontroversi itu.
Kerajaan negeri Selangor perlu beri penjelasan DEIG kepada rakyat - Hishammuddin
Naib Presiden UMNO Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata langkah itu perlu berikutan rakyat mahukan kebenaran seperti mana yang berlaku dalam isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
PKR tidak telus isu DEIG - Khairy
Khairy Jamaludin menyifatkan ada sesuatu yang tidak kena dengan penubuhan Darul Ehsan Investment Group (DEIG) oleh Menteri Besar Selangor, Mohamed Azmin Ali.
Masalah RM30 bilion DEIG lagi besar dari derma RM2.6 bilion - Rahman Dahlan
Jumlah pengurusan aset DEIG yang bernilai RM30 bilion merupakan satu masalah yang serius, kata Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Abdul Rahman Dahlan.