KUALA LUMPUR: Perancangan awal wasiat atau hibah penting untuk mengelak sebarang permasalahan berkaitan pembahagian harta pusaka apabila seseorang itu meninggal dunia.
Pengarah Komersial Syarikat pengurusan pusaka, Mawarith Integrated Sdn Bhd (MiiM), Abdul Hadi Pilus berkata, kerana itu, mereka tampil memperkenalkan platform pewarisan digital untuk memudahkan orang ramai melakukan pengurusan harta pusaka, wasiat dan merancang hibah aset.
Jelasnya, pelancaran perkhidmatan terbaharu, MiiM i-Sayang menyediakan solusi lebih komprehensif bagi memudahkan orang ramai melakukan pewarisan secara mudah dan sah dengan hanya di hujung jari.
"i-Sayang yang beroperasi sepenuhnya secara digital menawarkan perkhidmatan digital pentadbiran hibah aset secara telus, profesional dan menetapi tuntutan syarak untuk kebaikan pemohon dan juga benefisiari (penerima) serta ahli waris.
“Pendekatan kita adalah dengan menggunakan kaedah langganan. Selepas pelanggan melanggan sistem ini, mereka akan menerima pelbagai manfaat dalam hal pengurusan wasiat, harta sepencarian dan bermacam-macam lagi.
“Pelanggan juga layak menerima manfaat pengurusan pusaka seperti takaful kerana kami ada tabungan daripada langganan untuk kos pengurusan kematian," katanya dalam satu kenyataan pada Ahad.
Pada Sabtu, pelancaran produk tersebut disempurnakan Pengerusi Lembaga Pengarah MiiM, Datuk Mashuri Zainal.
Turut hadir, Ketua Pegawai Eksekutif MiiM, Ramlee Said dan bekas Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan.
Dalam pada itu kata Abdul Hadi, platfom aplikasi mobil dan laman web itu akan menyediakan penyelesaian lengkap dan rujukan untuk orang ramai lebih ‘bersedia’ dalam melaksanakan hasrat pewarisan mereka.
“Orang ramai juga boleh mendapatkan dokumentasi pewarisan secara percuma mereka di laman web kami www.miim.my untuk memudahkan urusan dengan institusi berkaitan seperti di Pejabat Pesaka Kecil atau di Mahkamah Tinggi Sivil atau Mahkamah Syariah, jika perlu.
“Bagi yang mahukan perkhidmatan pewarisan digital berserta dengan servis pentadbiran yang lengkap, kami mengenakan kadar yuran langganan yang berpatutan,” ujarnya.
Mengulas lanjut, beliau berkata, perkhidmatan yang menepati piawaian perundangan itu ditawarkan kepada beberapa pakej.
“Apa yang lebih penting adalah pengurusan pusaka ini dilakukan oleh pegawai kami yang berpengalaman luas dan penyediaan dokumentasi perancangan yang memenuhi piawaian perundangan.
"Melihat kepada kesedaran masyarakat yang semakin baik mengenai kepentingan menyediakan dokumentasi perancangan, kita menyasarkan lebih daripada 10,000 pelanggan pada tahun ini.
"MiiM juga dijangka memperluas kempen perkhidmatan dengan melantik kira-kira 5,000 ejen berdaftar sehingga hujung tahun ini," katanya.
Dalam pada itu, Musa menasihatkan orang ramai untuk menguruskan harta pusaka mereka sebaik mungkin bagi mengelakkan berlakunya persengketaan sesama ahli keluarga.
“Saya harap umat Islam perlu menguruskan harta dengan baik,dan sebelum meninggal dunia perlu dia buat sesuatu agar hartanya itu boleh difaraid kepada waris-waris
“Kita tengok banyak kes mahkamah apabila berlaku kematian timbul isu-isu untuk dapatkan harta ini akan mendatangkan permusuhan sampai bergaduh sesama adik-beradik sebab harta,” katanya.
Dalam pada itu, Ramlee menambah, MiiM juga dalam perancangan untuk mengembangkan pasaran produk mereka ke pasaran antarabangsa khususnya di Indonesia.
“Kita akan pergi ke pasaran Indonesia dalam tempoh dua tahun lagi sebab kita sudah ada rakan kongsi, kita akan perkemas lagi sistem kita untuk pasaran antarabangsa serta menyasarkan 2,000 langganan di sana (Indonesia) dalam tempoh dua tahun,” kata Ramli.
Katanya lagi, walaupun tahap kesedaran mengenai kepentingan merancang pewarisan semakin baik namun sebilangan besar daripada masyarakat masih tidak bertindak untuk melakukan tanggungjawab itu.
“Ramai yang mula cakna mengenai kepentingan pewarisan aset tapi apabila tiba bab pelaksanaan, ramai yang bertangguh," ujarnya.
Astro Awani
Sun Jun 04 2023

Abdul Hadi Pilus (kiri) bersama Mashuri Zainal (tiga dari kiri), Musa Hassan (tiga dari kanan) dan Ramlee Said (kanan) pada majlis perasmian MiiM i-Sayang di Cyberjaya, pada Sabtu - Foto MiiM
AWANI Pagi: Merancang kewangan 2025: Persiapan raya dan keperluan sekolah
Tahun ini, cabaran besar menanti keluarga apabila musim persekolahan bertembung dengan sambutan Ramadan dan Aidilfitri.
Bagaimana hadapi cabaran-cabaran ini menguruskan kewangan? Bersama Prof. Dr.Nurul Shahnaz Ahmad Mahdzan, Profesor di Jabatan Kewangan, Fakulti Perniagaan dan Ekonomi, Universiti Malaya (UM), membincangkan mengenai perancangan kewangan 2025 melihat kepada persiapan Aidilfitri dan keperluan sekolah.
Bagaimana hadapi cabaran-cabaran ini menguruskan kewangan? Bersama Prof. Dr.Nurul Shahnaz Ahmad Mahdzan, Profesor di Jabatan Kewangan, Fakulti Perniagaan dan Ekonomi, Universiti Malaya (UM), membincangkan mengenai perancangan kewangan 2025 melihat kepada persiapan Aidilfitri dan keperluan sekolah.

Kes tembak di Simpang Renggam, empat lagi suspek ditahan
Kesemua individu berusia 34 hingga 41 tahun ditahan di kawasan Kampung Melayu Majidee, Johor Bahru, pada kira-kira 12.30 tengah hari Isnin.

Kilang karpet di Nilai 3 musnah terbakar
Setakat ini tiada mangsa terlibat, namun, bomba memerlukan masa untuk memadamkan api.

Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar US berikutan sentimen berhati-hati
Pada pukul 8 pagi, ringgit meningkat kepada 4.4040/4310 berbanding mata wang AS daripada 4.4270/4320 ketika ditutup semalam.
HUAWEI lancar model HUAWEI Mate XT, peranti tiga lipat pertama di dunia
HUAWEI melancarkan HUAWEI Mate XT Ultimate Design di Malaysia, telefon pintar tiga lipat pertama di dunia yang membawakan teknologi inovatif dalam reka bentuk, engsel, dan paparan.

OKU terselamat, seorang lelaki sesak nafas dalam kebakaran di Siol Kandis
Kebakaran melibatkan tiga kediaman tidak kekal dengan api telah meranapkan dua rumah pertama dan sedang membakar rumah ketiga.
AWANI Pagi: Berita tumpuan & menarik di astroawani.com [21 Februari 2025]
Fokus AWANI Pagi bersama Afiezy Azaman & Farhan Hakimi
- Kadar kesuburan di Malaysia menurun sejak 2013
- JAWI panggil individu berpakaian menyerupai wanita dalam acara hiburan
- 606 sekolah tahfiz tidak pernah daftar JAIS sejak 2008
#AWANIpagi #AWANInews
- Kadar kesuburan di Malaysia menurun sejak 2013
- JAWI panggil individu berpakaian menyerupai wanita dalam acara hiburan
- 606 sekolah tahfiz tidak pernah daftar JAIS sejak 2008
#AWANIpagi #AWANInews

Mahkamah khas SOSMA: Pendekkan atau hapus tempoh tahanan 28 hari tanpa bicara
Kerajaan juga wajar mempertimbangkan pindaan akta termasuk peruntukan mengenai isu jaminan bagi mengurangkan kesesakan di penjara.

Malaysia semakin popular sebagai destinasi acara korporat India
Segmen MICE merupakan antara bidang tumpuan utama Tourism Malaysia pada SATTE tahun ini di New Delhi.

Pemandu maut, nahas dua lori di Lebuhraya Utara Selatan
Mangsa yang berusia 43 tahun meninggal dunia di tempat kejadian.

Platform pengurusan pusaka digital elak masalah pembahagian harta - MiiM
MiiM i-Sayang menyediakan solusi lebih komprehensif bagi memudahkan orang ramai melakukan pewarisan secara mudah dan sah dengan hanya di hujung jari.