Plaza Dataran Merdeka sebenarnya bukan destinasi baru pelancongan di ibukota.
Ia dilahirkan dengan nama Plaza Putra sebelum peristiwa banjir di Dataran Merdeka lebih 10 tahun lalu yang menenggelamkan keseluruhan kawasan tersebut.
Kelahiran semula kawasan itu sejak 2012 sebenarnya masih tidak diketahui umum.
Walau kawasannya sudah diperbaharui dengan susunan kedai-kedai yang menarik, sesuai dengan nafas baru lokasinya yang sangat strategik di pusat pelancongan ibu negara, ia disifatkan masih hambar dan tidak diketahui umum.
Plaza Dataran Merdeka, hidup segan...mati tak mahu... - Gambar Astro AWANI
Seolah-olah ada badi yang masih menghantui bawah Dataran Merdeka, pelancong asing atau warga kota sendiri masih tidak mengetahui kewujudan Plaza Dataran Merdeka yang sudah lebih dua tahun beroperasi.
Plaza Dataran Merdeka, hidup segan...mati tak mahu... - Gambar Astro AWANI
Tinjauan Astro AWANI pada petang Sabtu mendapati kurang 10 pengunjung berada di plaza berkenaan selain hanya beberapa premis dibuka.
Keadaan sekeliling lengang walaupun lokasinya terletak di bawah Dataran Merdeka.
Beberapa pengunjung di Dataran Merdeka turut mengakui tidak tahu lokasi di bawah Dataran merdeka itu sudah dibuka kepada pengunjung.
Plaza Dataran Merdeka, hidup segan...mati tak mahu... - Gambar Astro AWANI
Seorang pelajar kolej swasta yang enggan dikenali berkata, kekurangan promosi disifatkan faktor utama plaza itu tidak diketahui ramai.
"Kita tidak tahu di bawah ini sudah ada plaza baru. Kita ingat masih tutup selepas banjir dahulu.
"Lagipun tempat masuknya agak tersorok dan tidak ada papan tanda di sekitar Dataran Merdeka ini yang memberitahu adanya plaza di bawah ini," katanya.
Plaza Dataran Merdeka, hidup segan...mati tak mahu... - Gambar Astro AWANI
Plaza itu sebelum ini meriah dengan restoran, kedai cenderamata serta pawagam.
Plaza Dataran Merdeka yang dilahirkan semula oleh Kumpulan Yasmin dengan pelaburan lebih RM25 juta untuk proses pembangunannya.
Kumpulan Yasmin sebelum ini juga dilaporkan berhasrat membelanjakan lebih RM3 juta untuk mempromosi hab pelancongan negara itu.
Plaza berkeluasan 27,870 kaki persegi itu turut 'diisi' dengan premis makanan, produk pelancongan selain 500 tempat parkir kenderaan.
Dengan pelaburan besar dan hasil yang menyedihkan selepas dua tahun ia 'dilahirkan' semula, lokasi itu dilihat akan terkubur begitu sahaja seandainya tiada usaha segera untuk melakukan promosi besar-besaran di situ.
Plaza Dataran Merdeka, hidup segan...mati tak mahu... - Gambar Astro AWANI
Tambahan Tahun Melawat Malaysia 2014 yang bakal melabuhkan tirai dalam masa kurang empat bulan ini dilihat antara risiko yang perlu dihadapi peniaga di situ untuk memastikan tapak itu 'hidup' sekali gus menjadi salah satu lokasi pelancongan negara.
Astro AWANI bagaimanapun masih gagal mendapat kenyataan daripada pihak Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) berhubung isu ini.
Wan Syamsul Amly
Sun Sep 07 2014
Plaza Dataran Merdeka, hidup segan...mati tak mahu... - Gambar Astro AWANI
Pakar ekonomi: KDNK Malaysia 2024 dijangka melangkaui anggaran 5.4 peratus
UOB Kay Hian Wealth Advisors optimis Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) 2024 Malaysia akan melangkaui anggaran awal sebanyak 5.1 peratus yang diumumkan oleh Jabatan Perangkaan Malaysia.
Piala Malaysia: JDT sebelah kaki di final
Johor Darul Ta'zim (JDT) membenam Terengganu FC (TFC) 4-0 pada aksi separuh akhir pertama Piala Malaysia di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, malam tadi.
Rusia, Iran tandatangani Perjanjian Perkongsian Strategik Komprehensif untuk tingkatkan kerjasama - Putin
Perjanjian Perkongsian Strategik Komprehensif antara Rusia dan Iran, disifatkan akan meningkatkan kerjasama dalam semua sektor.
7 maut, lebih 400 cedera dalam sukan jinakkan lembu di Tamil Nadu, India
Sekurang-kurangnya tujuh orang maut manakala lebih 400 lagi cedera akibat serangan lembu semasa acara sukan jinakkan lembu jantan di selatan India.
YSIJ sumbang 105 televisyen pintar kepada sekolah di Johor
Yayasan Sultan Ibrahim Johor (YSIJ) menyumbangkan 105 televisyen pintar (Smart TV) kepada sekolah-sekolah terpilih di negeri Johor.
Pos Malaysia buka Pos Shop ke-50 di Pulau Pinang
Kedai Pos Shop ke-50 di Jalan Dato Keramat, George Town menawarkan kemudahan runcit yang komprehensif melangkaui perkhidmatan tradisinya.
Lebih 400 pegawai, anggota polis ditugaskan pastikan Pemukimam AMM berjalan lancar
Kesemua mereka terdiri daripada polis trafik, polis tugasan am, Pasukan Gerakan Am (PGA), Pasukan Polis Marin (PPM) dan Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU).
Bangkok laksanakan langkah bekerja dari rumah berikutan ramalan kemerosotan kualiti udara
Ramalan cuaca menunjukkan sekurang-kurangnya 35 daerah di Bangkok berpotensi alami peningkatan tahap PM2.5.
Remaja perempuan hilang sejak Rabu
Seorang remaja perempuan berusia 14 tahun dilaporkan hilang di Semenyih, Selangor sejak Rabu lalu.
KDNK China tumbuh 5 peratus pada 2024, tepati unjuran
Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) China mencatat pertumbuhan sebanyak lima peratus pada 2024, sejajar dengan unjuran.
Arab Saudi larang berhimpun, solat di kawasan dataran Masjidil Haram Makkah, Madinah
Sebelum ini, Arab Saudi menggantung semua solat jemaah di masjid-masjid lain di negara itu kecuali di Masjidil Haram dan Masjid Nabawi.
Plaza Dataran Merdeka, hidup segan...mati tak mahu...
Plaza Dataran Merdeka sebenarnya bukan destinasi baru pelancongan di ibukota. Ia dilahirkan dengan nama Plaza Putra sebelum peristiwa banjir di Dataran Merdeka lebih 10 tahun lalu.