KUALA LUMPUR: Bekas jurulatih Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) perlu diberikan keutamaan untuk diserap semula dalam pasukan kejurulatihan program itu.
Presiden Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) Datuk Adnan Mat berkata ini bagi memastikan program yang bakal dilaksanakan semula itu, selepas dihentikan pada 2018, dapat dijalankan dengan lebih berkesan.
"Langkah ini juga dapat membantu kerajaan menjimatkan kos untuk memberi latihan semula kepada jurulatih kerana pengalaman terdahulu mereka ini dapat dimanfaatkan semula dengan acuan modul terkini," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Selain itu, katanya pengambilan semula bekas jurulatih itu dapat membantu meringankan beban kewangan segelintir daripada mereka, khususnya yang membuat pinjaman dengan institusi kewangan semasa bertugas dahulu.
Dalam pada itu, Adnan berkata Cuepacs menyambut baik keputusan kerajaan untuk melaksanakan semula PLKN dan yakin pendekatan lebih berfokus mampu membentuk belia yang mempunyai jati diri unggul.
"Pelaksanaan semula program ini dengan beberapa penambahbaikan yang boleh menjimatkan perbelanjaan kerajaan juga amat dipuji dan selari dengan penekanan tatakelola dan urus tadbir yang baik seperti ditekankan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim," katanya.
Pada 9 Okt lepas, Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamad Hasan memberitahu Dewan Rakyat kerajaan akan meneruskan PLKN 3.0 dengan kaedah latihan yang berbeza termasuk memerlukan anak muda menjalani latihan di kem tentera.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Oct 22 2023

Pengambilan semula bekas jurulatih disifatkan dapat membantu meringankan beban kewangan segelintir daripada mereka, khususnya yang membuat pinjaman dengan institusi kewangan semasa bertugas dahulu. - Gambar fail

Sanggup sembunyi dalam longkang busuk, kotor
Kesemua ditahan melibatkan individu warga Indonesia, Bangladesh, India, Myanmar dan Nepal.

ESCAP seru ASEAN perkukuh komitmen Perjanjian Paris
ASEAN sebagai satu blok mempunyai keupayaan untuk menarik pelabur serta membentuk mekanisme pembiayaan mampan.

RUU Perkhidmatan Parlimen, Perlembagaan Persekutuan akan dibentang untuk diluluskan - Fahmi
Langkah ini sebagai bukti komitmen Kerajaan MADANI dalam memperkukuh institusi demokrasi dan melaksanakan agenda reformasi institusi negara.

DBKL ambil alih pengurusan bazar Ramadan, Aidilfitri, tawar sewaan berpatutan
Pengambilalihan ini bertujuan untuk memastikan kadar sewaan yang lebih berpatutan bagi peniaga.

Jejantas Tun Teja ikon terbaharu Melaka, lonjak ekonomi setempat
Jejantas ini dilengkapi dengan sensor pergerakan, iaitu lampu akan dicahayakan mengikut pergerakan manusia yang melintasi.

'Perkampungan salji tanpa salji'
China ketika ini berdepan dengan gelombang haba lebih panas dan berpanjangan serta hujan lebat yang semakin kerap akibat perubahan iklim.

Manchester United ada lebih banyak masalah daripada penyelesaian - Amorim bakal angkat kaki?
Amorim hanya dapat mengumpulkan 14 mata daripada 14 penampilannya sebagai pengurus United setakat ini.

Berbahasa Melayu buat video masak bantu Salee Style popular di Malaysia
Salee turut berkongsi video menu seperti Tom Yam, Tom Sep dan Salad Miang Kam dan Miang Pla.
#AWANIRingkas 22 Februari 2025 | 9 AM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 pagi, 22 Februari 2025
1️⃣ Terima kritikan, perbaiki kelompongan - PM Anwar
2️⃣ Pengurusan masjid, surau perlu tingkat kawalan keselamatan
3️⃣ Gantung sementara pemeriksaan 'walk-in'
#awaniringkas
1️⃣ Terima kritikan, perbaiki kelompongan - PM Anwar
2️⃣ Pengurusan masjid, surau perlu tingkat kawalan keselamatan
3️⃣ Gantung sementara pemeriksaan 'walk-in'
#awaniringkas
AWANI Ringkas: Jemaah Menteri perlu terbuka
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Persediaan pelaksanaan PLKN 3.0 pada tahap terbaik - Mohamed Khaled
Persediaan termasuk dari segi penginapan, kesihatan dan makanan itu adalah bagi memastikan program berkenaan berjalan lancar.

Redah perjalanan 135km demi sertai PLKN 3.0
Chee Ming Hang berkata, sejak kecil beliau memang meminati pasukan beruniform dan bercita-cita menjadi tentera selepas tamat belajar kelak.

Hanya pelajar lepasan SPM sertai PLKN Januari 2025 - Adly
Wujud salah faham berkenaan had umur yang ditetapkan untuk menyertai PLKN sekali gus menimbulkan keresahan orang ramai.

Cuepacs minta 55,000 kakitangan kontrak dilantik semula
Jumlah berkenaan meliputi kakitangan yang berkhidmat di Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA), Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) dan Seranta Felda.

COVID-19: 1,000 gelandangan akan ditempatkan di tiga kem PLKN
Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan menguruskan proses penempatan mereka termasuk memberi keperluan harian seperti makanan.

Modul baharu pengurusan kewangan diperkenal kepada pelatih PLKN
Modul berkenaan diharap dapat membantu melahirkan belia celik pengurusan kewangan.

PR1MA akan serah 600 unit pertama rumah mampu milik menjelang akhir tahun
Perbadanan PR1MA Malaysia (PR1MA), yang membantu mereka yang berpendapatan sederhana memiliki kediaman sendiri, dijangka menyerahkan 600 unit pertama rumah mampu miliknya menjelang akhir tahun ini.

Kenapa kata program PLKN membazir? - Bekas KP JLKN
Bekas Ketua Pengarah JLKN Datuk Abdul Hadi Awang Kechil menyangkal tuduhan seorang pemimpin pembangkang kononnya PLKN yang dilaksanakan sejak 2004 adalah sebuah program yang membazir.

Penangguhan PLKN tidak jejas kakitangan tetap program - Hishammuddin
Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein beri jaminan bahawa penangguhan PLKN tidak akan menjejaskan kedudukan operator-operator kem serta jurulatihnya.

Program TUBE tingkat belia bumiputera ceburi perniagaan - Dr Hamim
TUBE diharap akan dapat menyumbang kepada penglibatan lebih ramai lagi belia Bumiputera dalam bidang keusahawanan, kata Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Dr Hamim Samuri.