KUALA LUMPUR: Projek Lebuhraya Utara Selatan (M) Bhd (PLUS) sedang membuat persediaan awal untuk menyediakan sistem pembayaran terbuka di Jambatan Pulau Pinang dan Lebuhraya Butterworth-Kulim (BKE).
Ketua Pegawai Operasi PLUS, Datuk Zakaria Ahmad Zabidi, berkata ia akan membolehkan pemandu menggunakan kad kredit dan debit untuk membayar tol menjelang September ini.
"PLUS akan bekerjasama dengan Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) dalam merealisasikan matlamat ini menjelang September yang akan datang.
"Malah, kami juga sedang giat membuat persiapan untuk mengadakan ujian pembayaran tol secara terbuka menggunakan kad debit dan kad kredit di Lorong RFID selain daripada e-wallet Touch ‘n Go di Jambatan Pulau Pinang.
"Manakala di Lebuhraya Butterworth-Kulim (BKE) pula, persediaan sedang dibuat untuk menguji sistem pembayaran terbuka menggunakan kad kredit atau debit di Plaza Tol Kubang Semang," katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.
Menurutnya, pelaksanaan pembayaran terbuka menggunakan kad debit atau kad kredit dijangka memberikan lebih pilihan kepada pengguna lebuh raya apabila ia dilaksanakan kelak.
“Pihak PLUS sentiasa bersedia meneroka dan menguji kaedah-kaedah pembayaran tol yang lebih mudah dan memberi lebih keselesaan kepada pengguna lebuh raya,” tambah beliau yang menyambut baik kenyataan Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berhubung pelaksanaan pembayaran tol secara terbuka menggunakan kad debit atau kad kredit di beberapa buah lebuh raya termasuk Jambatan Pulau Pinang.
Nanta sebelum ini dilapor berkata, pengguna jalan raya boleh menggunakan kad debit dan kredit untuk pembayaran tol di beberapa lebuh raya utama negara bermula selewat-lewatnya September depan.
Katanya, pelaksanaan sistem pembayaran terbuka itu adalah inisiatif awal dalam peralihan ke arah sistem Multi Lane Fast Flow (MLFF) yang giat diusahakan.
Lebuh raya terbabit adalah Lebuhraya Sungai Besi, Lebuhraya Baru Pantai, Lebuhraya Bertingkat Ampang-Kuala Lumpur, Lebuhraya Koridor Guthrie dan Jambatan Pulau Pinang.
Astro Awani
Thu Mar 23 2023

Pelaksanaan pembayaran terbuka menggunakan kad debit atau kad kredit dijangka memberikan lebih pilihan kepada pengguna lebuh raya apabila ia dilaksanakan kelak. - Gambar fail

Tiada cadangan naikkan paras harga pengaktifan IPG melebihi RM3 sekilogram - KPK
KPK menjelaskan, ini memandangkan situasi harga getah semasa menunjukkan kestabilan dan peningkatan.

Projek Rintis Tabika Berkeperluan Khas di Melaka dijangka mula operasi Julai
Tabika Berkeperluan Khas memberi ruang kepada kanak-kanak autisme belajar dalam persekitaran yang lebih selesa dan sesuai.

Qantas catat kenaikan untung 11 peratus bagi Julai-Disember 2024
Kumpulan Qantas Group pada Khamis mengumumkan keuntungan asas sebelum cukai sebanyak A$1.39 bilion (AS$874.2 juta) bagi tempoh enam bulan.
10 Berita Pilihan - (27 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Jumaat – 28 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Gene Hackman ditemukan mati bersama isteri, anjing peliharaan
Pelakon legenda dan pemenang dua kali Anugerah Oscar, Gene Hackman ditemukan mati bersama isterinya, Betsy Arakawa, di kediaman mereka di New Mexican, pada tengah hari Rabu.
40 lelaki uyghur diusir dari Thailand
Seramai 40 warganegara China berbangsa Uyghur yang menduduki Thailand secara haram, telah dihantar pulang ke China pada Khamis.
Jurucakap Kementerian Luar China, Lin Jian mengesahkan kepada media tempatan tentang pengusiran sekumpulan lelaki Uyghur yang telah ditahan di Thailand selama lebih dari satu dekad.
Jurucakap Kementerian Luar China, Lin Jian mengesahkan kepada media tempatan tentang pengusiran sekumpulan lelaki Uyghur yang telah ditahan di Thailand selama lebih dari satu dekad.
Lapan terkorban dalam kebakaran di Bandar Quezon
Sekurang-kurangnya lapan orang terbunuh dalam kebakaran bangunan kediaman setinggi tiga tingkat di Kampung San Isidros Galas, Bandar Quezon, Filipina
Dua lelaki disebat kerana amal hubungan sejenis
Dua lelaki di Wilayah Aceh, Indonesia telah dikenakan hukuman sebat secara terbuka selepas Mahkamah Syariah menyabitkan mereka berdua atas kesalahan melakukan persetubuhan sejenis.
Puluhan penduduk hadir menyaksikan hukuman tersebut yang dijalankan di dalam dewan di taman kota bustanussalatin.
Puluhan penduduk hadir menyaksikan hukuman tersebut yang dijalankan di dalam dewan di taman kota bustanussalatin.
Penubuhan majlis media pastikan industri kekal mampan
Selepas 50 tahun, penubuhan Majlis Media Malaysia (MMM) akhirnya diluluskan di Dewan Rakyat pada Rabu untuk mengawal selia dan melindungi kepentingan pengamal media.

Kerajaan pertimbang tambah lorong SPT - Alexander
Kerajaan sedang mempertimbang untuk menambah lebih banyak lorong Lorong Sistem Pembayaran Terbuka (SPT) di 12 lebuh raya dalam masa terdekat bagi memudahkan pengguna.

KKR jangka sistem tol MLFF dapat dilaksanakan pada 2025
Sistem pembayaran tol 'Aliran Pantas Pelbagai Lorong' atau Multi Lane Fast Flow (MLFF) dijangka dapat dilaksanakan pada 2025, kata Menteri Kerja Raya Datuk Seri Alexander Nanta Linggi.

Lebuhraya DUKE bakal laksana sistem pembayaran tol terbuka
Lebuhraya DUKE juga telah dipilih sebagai lokasi kedua pelaksanaan Proof of Concept (POC) selepas Lebuhraya Sungai Besi bagi menilai sistem Multi Lane Fast Flow (MLFF).

PLUS buat persediaan uji sistem pembayaran terbuka di Jambatan Pulau Pinang, Lebuhraya BKE
PLUS sedang membuat persediaan awal untuk menyediakan sistem pembayaran terbuka di Jambatan Pulau Pinang dan Lebuhraya Butterworth-Kulim (BKE).

3 kementerian bincang perluas sistem pembayaran terbuka ke PLUS
KPDN bersama Kementerian Kerja Raya dan Kementerian Pengangkutan akan berbincang bagi membawa sistem pembayaran terbuka ke Lebuhraya Utara Selatan (PLUS).