KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dijangka mengadakan pertemuan dengan semua pegawai daerah di seluruh negara pada minggu hadapan yang antara lain bagi membincangkan tentang usaha menoktahkan masalah kemiskinan tegar di negara ini.
Timbalan Menteri Kewangan Datuk Seri Ahmad Maslan berkata ia merupakan usaha kerajaan bagi menangani isu kemiskinan di negara ini khususnya di luar bandar.
"Antara perkara yang dibincangkan dalam pertemuan itu nanti adalah menoktahkan kemiskinan tegar ini, ia akan dibincangkan dan bagaimana peringkat daerah boleh melaksanakannya," kata beliaunya semasa sesi soal jawab pada persidangan Dewan Rakyat di sini hari ini.
Beliau menjawab soalan tambahan Datuk Dr Nik Muhammad Zawawi Salleh (PN-Pasir Puteh) yang bertanyakan tentang program baharu yang diperkenalkan kerajaan dalam usaha menoktahkan masalah kemiskinan tegar.
Ahmad memaklumkan pada masa yang sama kerajaan telah meluluskan RM750 juta dalam Belanjawan 2023 untuk menoktahkan kemiskinan tegar tahun ini dengan peruntukan disalurkan kepada Kementerian Ekonomi bagi melaksanakan tiga program baharu termasuk pemberian pekerjaan kepada golongan tertentu.
Beliau berkata selain itu kerajaan turut memberikan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) sebanyak RM2,500 bagi bantuan golongan miskin dengan pendapatan RM2,500 dan ke bawah serta mempunyai lima orang anak.
Katanya, tambahan RM1,500 turut disalurkan jika mereka juga termasuk dalam kumpulan eKasih (seliaan Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri).
Kerajaan juga, kata beliau menyediakan latihan termasuk latihan perniagaan bagi membolehkan mereka berdikari agar mereka tidak terlalu bergantung kepada bantuan kewangan.
"Kumpulan ini perlu diberi latihan terdahulu kemudian barulah mereka boleh berniaga. Kalau mereka berpaut dengan bantuan-bantuan yang ada, sampai bila mereka boleh keluar dari kemiskinan tegar. Mereka perlu dilatih dan menjadi usahawan kecil," katanya.
Ahmad berkata kerajaan menyediakan RM900 juta untuk melatih penjaja dan peniaga kecil melalui Bank Simpanan Nasional (BSN) dan RM330 juta oleh Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga (TEKUN).
Dilaporkan, bilangan ketua isi rumah (KIR) miskin tegar berdaftar telah berkurangan daripada 124,744 kepada 118,217 orang bagi tempoh 15 Dis 2022 hingga 15 Mei lepas, manakala menurut data eKasih, KIR miskin berdaftar pula berkurang daripada 304,911 kepada 299,080 KIR dalam tempoh yang sama.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Jun 14 2023
Perjumpaan Anwar bersama pegawai daerah itu merupakan usaha kerajaan bagi menangani isu kemiskinan di negara ini khususnya di luar bandar. - Gambar/ Bernama
Bunuh gelandangan, dua rakan terlepas hukuman mati
Dua rakan terlepas hukuman gantung selepas mengaku bersalah di Mahkamah Tinggi di sini hari ini atas pertuduhan pilihan menyebabkan kematian seorang lelaki gelandangan tanpa niat, tiga tahun lepas. H
Ringgit ditutup rendah berbanding dolar AS
Ringgit mengakhiri dagangan pada minggu ini dengan ditutup rendah sedikit pada Jumaat berbanding dolar AS berikutan sentimen pasaran yang berhati-hati disebabkan ketidakpastian dasar tarif AS.
Pengarah syarikat keselamatan didakwa pecah amanah wang lebih RM170,000
Seorang pengarah syarikat keselamatan didakwa di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas lima pertuduhan pecah amanah wang syarikat lebih RM170,000, tiga tahun lepas.
#Ringkas 7 Februari 2025 | 9 PM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 malam, 7 Februari 2025
1️⃣ Monopoli Puspakom dihentikan
2️⃣ Harga lantai padi
3️⃣ Sambutan bukan Islam
#awaniringkas
1️⃣ Monopoli Puspakom dihentikan
2️⃣ Harga lantai padi
3️⃣ Sambutan bukan Islam
#awaniringkas
Langkah penyusunan semula bagi pastikan Petronas dapat terus sumbang kepada pembangunan negara
Langkah penyusunan semula Petronas adalah untuk memastikan syarikat minyak nasional itu dapat terus menyumbang kepada pembangunan negara.
AWANI Ringkas: Monopoli Puspakom dihentikan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
38.6 kg dadah dirampas, lebih 2,000 individu ditahan di Perak sejak Januari
Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Perak merampas 38.6 kilogram (kg) dadah pelbagai jenis bernilai RM770,766 menerusi Op Tapis sejak Januari hingga semalam.
Anna Jenkins: Mahkamah Tinggi tetapkan 28 April putuskan semakan semula keputusan terbuka
Mahkamah Tinggi menetapkan 28 April ini untuk memutuskan sama ada akan menyemak semula keputusan terbuka Mahkamah Koroner terhadap kematian warga Australia Annapuranee Jenkins.
Dialog Anak Muda: Interfaith Harmony Week faham, hormat dan terima
Apa cabaran dalam usaha untuk memperkukuh hubungan antara agama, etnik, dan budaya di negara ini? Bagaimana kepelbagaian agama dan budaya boleh digabungkan untuk membina sebuah negara yang benar-benar harmoni? Dialog Anak Muda bersama Hawa Rizwana 8.30 malam ini.
AWANI Sabah+: Autoriti kawal selia elektrik kembali ke Sabah
Kuasa kawal selia bekalan elektrik negeri Sabah yang diserahkan Kerajaan Persekutuan secara berfasa memberi ruang kepada Kerajaan Negeri melaksanakan perancangan dan pembangunan pembekalan elektrik di negeri itu.
Tidak perlu garis panduan, umat Islam tahu jaga batas akidah - Anwar
Tidak perlu garis panduan tertentu untuk umat Islam berkunjung ke rumah ibadat bukan Islam, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Pertemuan Anwar, Erdogan bincang isu pemulihan Gaza
Pemulihan dan pembangunan semula Gaza merupakan antara perkara utama dijangka dibincangkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Presiden Turkiye Recep Tayyip Erdogan.
[KOLUMNIS] Perjuangan tanpa henti Malaysia bela nasib Palestin, bangunkan semula Gaza
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memainkan peranan penting dalam memperjuangkan Palestin di peringkat global.
Garis panduan umat Islam hadir rumah ibadat bukan Islam dibincang Kabinet esok - PM Anwar
Cadangan garis panduan bagi umat Islam menghadiri majlis di rumah ibadat bukan Islam akan dibincangkan dalam mesyuarat Jemaah Menteri esok, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.]
Sistem e-SelfAudit atasi kegagalan CEO syarikat milik kerajaan urus operasi - PM Anwar
Pengauditan terhadap hampir 2,000 syarikat milik kerajaan menggunakan sistem e-SelfAudit berasaskan kecerdasan buatan (AI) bertujuan menangani beberapa kelemahan.
Pendirian Malaysia terhadap Gaza sama dengan negara Islam lain - PM Anwar
Pendirian Malaysia sama seperti negara Islam lain mengenai situasi semasa di Gaza, Palestin.
Presiden Uzbekistan diberi sambutan rasmi di Perdana Putra
Presiden Shavkat Mirziyoyev disambut oleh Perdana Menteri Anwar sebaik tiba pada 10 pagi, sebelum lagu kebangsaan kedua-dua negara dimainkan.
[KOLUMNIS] Malaysia sebagai nakhoda ASEAN: Menangani dan mendepani cabaran global
Misi kepengerusian Malaysia pada tahun ini meletakkan beberapa keutamaan antaranya Visi Komuniti ASEAN 2045.
Tarif elektrik: "Ini penyakit marah, bukan fakta ekonomi" - PM
Anwar Ibrahim menegaskan bahawa kenaikan tarif elektrik yang akan dilaksanakan hanya melibatkan sektor industri serta golongan berpendapatan tinggi, tanpa memberi kesan kepada 85 peratus rakyat.
Malaysia tidak akan tergesa-gesa respons ketidaktentuan geopolitik, ekonomi global - PM Anwar
Malaysia ambil pendekatan bebas dan berkecuali, sekali gus membolehkan Malaysia menjalin hubungan dengan semua negara tanpa terikat kepada mana-mana blok kuasa.