PHNOM PENH: Satu pelaburan baharu yang merupakan komitmen tertinggi kerajaan akan diumumkan pada Rabu atau Khamis ini, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Beliau berkata pengumuman itu akan dibuat sempena lawatan rasmi beliau ke China yang bermula pada 29 Mac (Rabu) hingga 1 April 2023.
"Ini sahaja yang boleh jamin tentang nasib rakyat, pendidikan, kesihatan rakyat," katanya ketika berucap pada majlis ramah mesra bersama rakyat Malaysia di Kemboja di Kedutaan Besar Malaysia Phnom Penh, di sini, hari ini.
Anwar tiba di sini pagi tadi sempena lawatan rasmi sehari beliau ke Kemboja.
Beliau berkata kerajaan di bawah pentadbirannya akan memastikan ekonomi negara terus berkembang dan Malaysia mampu menjadi tarikan baharu bagi pelaburan.
Katanya, untuk itu, semua aspek yang berkaitan termasuk prasarana, infrastruktur atau insentif perlu terus diperkasa selain memberi tumpuan terhadap aspek pendigitalan.
"Bila ada perubahan, maka ia boleh menarik pelaburan asing. Sebagai contoh Amazon yang mahu melabur di Malaysia walaupun ada negara lain yang menawarkan insentif menarik kepada mereka dan bila ia datang ke sini, ia akan menarik syarikat lain untuk datang, " katanya.
Sementara itu, Anwar berkata kerajaan mahu Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC) lebih telus dan fokus, dan bukannya menjadi saingan kepada sektor swasta.
"Kalau ada projek baik sektor swasta atau GLC tak patut compete (bersaing). Tapi mungkin kena bandingkan juga jika ada kelemahan," katanya ketika menjawab soalan daripada seorang tetamu mengenai pandangan terhadap GLC Malaysia yang selalu dipandang sebagai gergasi jika dibandingkan dengan perniagaan lain.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Mar 27 2023

Satu pelaburan baharu yang merupakan komitmen tertinggi kerajaan akan diumumkan pada Rabu atau Khamis ini, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim. - Foto BERNAMA
Kerajaan laksana “Project Earth” untuk rombak LTAT dan struktur semula Boustead
Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) dan syarikat utamaya, Boustead Holdings Bhd, akan distruktur semula di bawah rancangan baharu yang dikenali sebagai ‘Project Earth’.

Petronas nafi ‘buang’ 16,000 pekerja, ‘right-sizing’ dijangka pertengahan tahun ini
Petronas menafikan dakwaan bahawa syarikat minyak dan gas nasional itu akan memberhentikan kira-kira 16,000 pekerja.
Dagangan dua hala Malaysia-Vietnam naik 4.4 peratus kepada AS$18.14 bilion - Duta
Perdagangan Malaysia-Vietnam pada 2024 meningkat 4.4 peratus kepada 18.14 bilion Dolar Amerika (RM83.11 bilion), berbanding 17.38 bilion Dolar Amerika pada 2023, menunjukkan pertumbuhan positif dalam hubungan dagangan ASEAN.
Rusia tawar AS teroka logam nadir bumi
Presiden Rusia, Vladimir Putin, menawarkan peluang kerjasama dengan Amerika Syarikat (AS) dalam meneroka simpanan logam nadir bumi di Rusia serta membekalkan aluminium ke pasaran domestik AS sebagai sebahagian daripada perjanjian ekonomi masa depan.
MITI sasar pertumbuhan pelaburan lulus sebanyak lima peratus
Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) menyasar pertumbuhan pelaburan diluluskan negara sebanyak lima peratus bagi tahun 2025.
Malaysia perlu menerajui usaha pengeluaran minyak sawit mampan
Malaysia, pengeluar minyak sawit kedua terbesar di dunia, mesti menerajui usaha kemampanan dan mengambil langkah berani untuk menjuarai usaha mengeluarkan minyak sawit yang mampan, terutama ketika dunia semakin memberi tumpuan kepada tanggungjawab alam sekitar.
Perkembangan sidang media prestasi kewangan PETRONAS
Lintas langsung bersama Wartawan Astro AWANI, Hasimi Muhamad bagi memperincikan sidang media pengumuman prestasi kewangan Kumpulan Petronas.
PETRONAS catat keuntungan bersih RM55.1 bilion, turun 32 peratus
Petroliam Nasional Bhd (PETRONAS) mencatatkan keuntungan selepas cukai (PAT) sebanyak RM55.1 bilion, bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2024.

116 pelatih PLKN 3.0 berjaya tamat latihan hari ini, modul latihan diterima baik - Adly
Sebanyak 116 pelatih Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) 3.0 siri pertama berjaya menamatkan latihan selama 45 hari hari ini.
Pengurangan cukai antara langkah sokong PMKS - Abdul Rahman
Pengurangan cukai antara sokongan atau insentif yang diberikan kepada Perusahaan Mikro, Kecil dan Sederhana (PMKS) bagi memastikan mereka dapat menyesuaikan diri semasa tempoh peralihan apabila gaji minimum baharu dilaksanakan.

Malaysia dijangka bawa masuk pelaburan baharu dalam sektor halal dari China
Malaysia dijangka berpotensi untuk membawa masuk pelaburan baharu dari China dalam industri halal melalui Forum Perniagaan Halal Malaysia-China yang diadakan di bandar raya ini.

ZUS Coffee peroleh RM250 juta pelaburan daripada KWAP, KV Asia Capital, Kapal Api
ZUS Coffee memperoleh pelaburan RM250 juta daripada Kumpulan Wang Persaraan (Diperbadankan) (KWAP), KV Asia Capital dan Kapal Api Group untuk menyokong pengembangan globalnya.

Perkhidmatan, pembuatan sumbang sebahagian besar pelaburan RM160 bilion pada separuh pertama 2024
Tengku Zafrul berkata lonjakan pelaburan itu disokong oleh 2,948 projek pelaburan yang dijangka mencipta kira-kira 79,187 peluang pelaburan baharu.

Komuniti perniagaan perlu teroka pelaburan baharu di Kazakhstan - PM Anwar
Komuniti perniagaan perlu terus meneroka peluang perniagaan dan pelaburan baharu di Kazakhstan, negara terbesar di Asia Tengah, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

OpenAI dalam perbincangan awal raih suntikan pelaburan lebih AS$100 bilion
OpenAI dilaporkan sedang dalam perbincangan awal untuk meraih suntikan pelaburan, menilaikan syarikat pada nilai melangkaui AS$100 bilion.

Belanjawan 2024: Pahang sasar kutipan hasil RM1.137 bilion
Pahang menyasarkan kutipan hasil kerajaan negeri mencecah RM1.137 bilion tahun depan iaitu unjuran tertinggi setakat ini dengan peningkatan lima peratus berbanding belanjawan tahun lepas.

PM Anwar bakal umum pelaburan penting baharu semasa lawatan ke China
Satu pelaburan baharu yang merupakan komitmen tertinggi kerajaan akan diumumkan pada Rabu atau Khamis ini, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Malaysia raih pelaburan baharu Ferrotec bernilai lebih RM500 juta - Azmin Ali
Ferrotec juga komited untuk mewujudkan 250-500 pekerjaan berkemahiran tinggi untuk rakyat Malaysia.

Nilai aset bersih Khazanah meningkat kepada RM86 bilion pada 2021
Bagi tahun 2021, Khazanah telah mengisytiharkan dividend berjumlah RM2 bilion kepada kerajaan.