JAKARTA: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi sumbangan positif dalam hubungan Indonesia-Malaysia termasuk memastikan perlindungan pekerja Indonesia di Malaysia dan memajukan kerjasama ekonomi bagi pertumbuhan bersama.
"Sumbangan juga terlihat di peringkat kerjasama serantau seperti di Sidang Kemuncak ASEAN 2023 yang dipengerusikan Indonesia," kata penganalisis komunikasi politik Dr Hendri Satrio.
Beliau yang juga pensyarah di Universiti Paramadina di Jakarta Selatan berkata demikian ketika diminta mengulas perubahan yang dibawa Anwar sepanjang tahun pertama Kerajaan Perpaduan memerintah.
Anwar mengangkat sumpah jawatan sebagai Perdana Menteri ke-10 negara pada 24 Nov 2022.
Hendri berkata Anwar sentiasa mendapat tempat di ?minda dan hati rakyat Indonesia malah pelantikan sebagai perdana menteri mencetuskan optimis penambahbaikan demokrasi yang signifikan.
Beliau berkata sehingga hari ini, hubungan Indonesia-Malaysia lebih daripada sekadar persahabatan dan mempengaruhi politik antara satu sama lain.
"Kita semua satu keluarga, bahasa hampir sama, muka pun serupa, jadi kalau kita bekerjasama di bidang ekonomi, politik atau keselamatan, sudah pasti nilainya lebih tinggi berbanding dengan negara lain.
"Alangkah baik Indonesia, Malaysia dan Singapura memiliki hubungan erat supaya, contohnya memanfaatkan Selat Melaka untuk mengukuhkan ekonomi negara masing-masing," tambah beliau.
Selain berharap kerjasama erat antara dua negara akan dipertingkat, Hendri juga membayangkan potensi Anwar sebagai pemimpin Muslim di ASEAN,yang majoriti penduduknya Muslim untuk membawa rantau ini lebih jauh dan maju.
Beliau menekankan peranan transformatif pemimpin Muslim dan mendorong Anwar agar terus membentuk dan mempromosikan demokrasi yang ideal di rantau ini.
"Datuk Seri Anwar diidolakan sebagai seorang daripada pemimpin Islam yang diinginkan oleh banyak orang di Indonesia, berjuang melawan 'penjajahan' kemudian tetap sangat menghargai dan menunjukkan nilai-nilai Islam," katanya.
Beliau juga menyuarakan harapan agar Anwar berusaha melahirkan lebih ramai tokoh-tokoh baharu yang berperanan sebagai pemimpin teladan.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Nov 29 2023
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi sumbangan positif dalam hubungan Indonesia-Malaysia termasuk memastikan perlindungan pekerja Indonesia di Malaysia dan memajukan kerjasama ekonomi bagi pertumbuhan bersama. - Gambar fail/BERNAMA
Malaysia belajar Dasar Bandar Hijau dengan Turkiye - DBKL
Wanita Pertama Turkiye, Emine Erdogan meluangkan masa kira-kira satu jam melawat Taman Botani Perdana, Kuala Lumpur pada Selasa.
Emine disambut oleh isteri Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail selain Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Dr Zaliha Mustafa dan Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Seri Dr Maimunah Mohd Sharif.
Emine disambut oleh isteri Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail selain Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Dr Zaliha Mustafa dan Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Seri Dr Maimunah Mohd Sharif.
Kematian tahanan: Siasatan masih berjalan - Saifuddin
Siasatan kes kematian seorang tahanan Penjara Taiping dipercayai akibat dipukul bulan lepas masih berjalan.
10 Berita Pilihan - (11 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Rabu – 12 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Kumpulan aktivis Thailand khuatir Trump kembalikan penyedut minuman plastik
Beberapa aktivis alam sekitar di Thailand kecewa dan bimbang susulan tindakan Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump menandatangi perintah eksekutif untuk mengembalikan penggunaan straw plastik.
Trump isytihar "perang" terhadap penyedut kertas
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump mengisytiharkan perang terhadap penyedut kertas dan mahu mengembalikan penggunaan plastik.
Data kanak-kanak British maut mungkin telah dipadamkan Tiktok
Keluarga kanak-kanak berusia antara 12 higga 14 tahun itu telah menfailkan saman terhadap Tiktok dan syarikat induknya, Bytedance dalam usaha memaksa syarikat tersebut mendedahkan data anak-anak mereka.
Kanak-kanak 8 tahun maut ditikam guru di sekolah
Seorang guru menikam murid perempuan berusia lapan tahun hingga maut di sebuah sekolah rendah di Korea Selatan pada Isnin, menurut laporan media tempatan yang memetik pihak berkuasa.
Kenyataan Trump sangat 'berbahaya dan gila'- Penduduk Palestin
Kebimbangan penduduk rakyat Palestin di Tebing Barat disuarakan terhadap kenyataan terbaru Presiden Amerika Syarikat.
Tebusan dibebaskan jika hormati gencatan senjata - Hamas
Tebusan Israel hanya akan dibebaskan dari Gaza jika perjanjian gencatan senjata antara Hamas-Israel dihormati.
PM Anwar lawat Batu Caves esok, tinjau persiapan Thaipusam - Ramanan
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim akan mengadakan lawatan ke Batu Caves, petang esok menjelang Thaipusam yang akan disambut penganut Hindu pada Selasa ini.
Lawatan Mirziyoyev perkukuh hubungan Malaysia-Uzbekistan - PM Anwar
Anwar turut menzahirkan keyakinan bahawa lawatan Mirziyoyev itu mampu memberi manfaat yang maksimum kepada Malaysia serta rakyat.
PM Anwar, Ahli Parlimen Kerajaan Perpaduan hadir taklimat prapersidangan Dewan Rakyat
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menghadiri sesi taklimat prapersidangan Dewan Rakyat bersama Ahli Parlimen Kerajaan Perpaduan di Kompleks Seri Perdana.
PM Anwar harap sambutan Tahun Baharu Cina jadi titik mula kukuhkan semangat kebersamaan
Perdana Menteri berharap ia menjadi satu titik permulaan baharu dan segar untuk terus memperkukuh semangat kebersamaan dan kekeluargaan demi negara.
Keutuhan maruah, kekuatan kaum Melayu dibina atas asas nilai Islam - PM Anwar
Keutuhan maruah dan kekuatan sedia ada masyarakat Melayu dibina atas asas nilai Islam, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
WEF 2025: Selatan Global perlu gesa kepada pembaharuan struktur antarabangsa - PM
Anwar berkata pakatan seperti BRICS adalah penting sebagai mekanisme untuk membincangkan mengenai pembaharuan dan membolehkan semua pihak mendapat manfaatnya.
Dasar jelas Ekonomi MADANI bantu Malaysia raih pelaburan utama industri AI - PM Anwar
Kestabilan politik dan dasar jelas Ekonomi MADANI telah menggalakkan pemain utama dalam industri kecerdasan buatan (AI) termasuk syarikat semikonduktor untuk melabur di Malaysia.
Lawatan PM Anwar ke Belgium berpotensi gerak semula rundingan FTA Malaysia-EU - Duta
Perdana Menteri dijangka membawa perkhabaran positif berhubung usaha menghidupkan semula rundingan Perjanjian Perdagangan Bebas Malaysia-Kesatuan Eropah (MEUFTA) yang telah lama terhenti.
PM Anwar hadir ramah mesra bersama rakyat Malaysia di Belgium
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menghadiri Majlis Minum Petang dan Ramah Mesra bersama rakyat Malaysia di Belgium.
PM Anwar tiba di Brussels untuk lawatan kerja dua hari ke Belgium
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim tiba di sini pada Ahad untuk lawatan kerja dua hari ke Belgium, serta bertemu pemimpin Kesatuan Eropah (EU).