KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengadakan pertemuan dan interaksi bersama 15 syarikat terkemuka Amerika Syarikat (AS) yang tersenarai dalam Fortune 500 termasuk Airbnb, Amazon, Amazon Web Services, Boeing, ConocoPhilips dan Kimberly-Clark di Harvard Club, New York, AS pada Khamis.
"Kesempatan ini digunakan sepenuhnya untuk berkongsi Kerangka Ekonomi MADANI yang disokong oleh Pelan Induk Perindustrian Baharu 2030, Pelan Hala Tuju Peralihan Tenaga Negara serta Kajian Separuh Penggal RMK-12 (Rancangan Malaysia Ke-12) yang akan menjadi panduan dalam mencapai matlamat pembangunan negara.
"Saya juga hargai maklum balas positif dan input-input membina yang dikongsikan oleh syarikat-syarikat ini," katanya menerusi catatan di laman sosial media Facebook.
Anwar yang kini berada di New York bagi menghadiri Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNGA) ke-78 berkata AS ialah rakan dagang Malaysia yang ketiga terbesar sejak 2015.
Dari segi pelaburan dalam sektor pembuatan, Malaysia menerima pelaburan langsung asing (FDI) dari AS bagi tempoh Januari hingga Jun 2023 dengan nilai berjumlah RM1.84 bilion (AS$395 juta) dan pelaburan ini telah menyumbang sebanyak 1,558 peluang pekerjaan.
"Semoga Malaysia mampu menarik lebih banyak pelaburan baharu daripada syarikat-syarikat gergasi Amerika," katanya.
Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata, peranan majlis dan dewan perniagaan seperti Majlis Perniagaan AS-ASEAN (USABC) dan Dewan Perniagaan Amerika Syarikat (USCC) sebagai medium antara kerajaan dan komuniti perniagaan merupakan pemangkin kepada kejayaan pelaksanaan inisiatif kerajaan yang akhirnya bermanfaat untuk rakyat. - BERNAMA
Bernama
Thu Sep 21 2023

Perdana Menteri Anwar Ibrahim mengadakan pertemuan dan interaksi bersama 15 syarikat terkemuka Amerika Syarikat (AS) yang tersenarai dalam Fortune 500 di Harvard Club, New York, AS pada Khamis. - Gambar Facebook ANWAR IBRAHIM
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.
PM tegaskan tiada syarat sokong beliau jika mahu peruntukan
Perdana Menteri menegaskan kerajaan tidak pernah menetapkan sebarang syarat yang memerlukan Ahli Parlimen pembangkang untuk menyokonh beliau sekiranya mahu mendapat peruntukan.
Kerajaan Persekutuan adakan perbincangan dengan Sarawak
Kerajaan Persekutuan akan mengadakan perbincangan dengan kerajaan Sarawak bagi memperincikan skop kerjasama antara Petroleum Sarawak Bhd (Petros) dan Petroliam Nasional Bhd (Petronas).

PM Anwar tiba di Bahrain untuk lawatan rasmi
Perdana Menteri Anwar tiba Manama untuk lawatan rasmi ke Bahrain atas jemputan Putera Mahkota dan Perdana Menteri Bahrain, Salman Hamad Al Khalifa.

Lawatan PM Anwar ke Batu Caves bukti kerajaan perkukuhkan perpaduan
Kunjungan itu juga mencerminkan penghormatan Anwar terhadap tradisi agama dan budaya sekali gus menangkis dakwaan mengena pengabaian kaum India.

Presiden Uzbekistan tiba di Malaysia untuk lawatan rasmi dua hari
Ini adalah lawatan pertama Mirziyoyev ke negara ini sejak dilantik sebagai Presiden pada Disember 2016.

Anwar terima kunjungan Dr Omar Suleiman, bincang gencatan senjata di Gaza
Pertemuan itu membincangkan perkara berkaitan gencatan senjata di Gaza, situasi terkini perkembangan Islam di bawah kepimpinan Presiden Donald Trump.

Lawatan rasmi Presiden Uzbekistan ke Malaysia yang pertama dalam tempoh 20 tahun - Duta
Ini merupakan lawatan pertama Shavkat Mirziyoyev ke Asia Tenggara selepas pilihan raya presiden pada 2023.

Persoal usaha bangunkan semula Gaza hujah kurang cerdik, cermin kejahilan moral
Malaysia tidak akan berhenti untuk terus menghulurkan bantuan hanya kerana ada segelintir gerombolan berasa "terlalu jauh" untuk peduli.

Usaha babitkan perjuangan Palestin tidak wajar dipersoal - ABIM
Usaha itu turut digembleng bersama sumbangan peribadi rakyat Malaysia yang prihatin serta memperlihatkan solidariti nasional.

PM Anwar beri sumbangan kepada dua wanita sempena Tahun Baharu Cina
Perdana Menteri Anwar Ibrahim menyampaikan sumbangan kepada dua wanita di Kuantan, Pahang sempena Tahun Baharu Cina.

Anwar serah sumbangan kepada pesakit kanser payudara sempena Tahun Baharu Cina
Sumbangan berupa wang tunai, limau mandarin dan bakul makanan itu disampaikan oleh Setiausaha Politik Perdana Menteri, Ahmad Farhan Fauzi.

Agong santap pagi nasi lemak bersama Perdana Menteri
Seri Paduka Baginda bersama Perdana Menteri menikmati menu nasi lemak, di Nasi Lemak Burung Hantu, cawangan Semua House.