Pertemuan ini antara lain bertujuan untuk meyakinkan pelabur sedia ada dari negara matahari terbit itu untuk terus meningkatkan pelaburan di Malaysia.
Antara ahli perniagaan Jepun yang terlibat dalam sesi bersemuka selama hampir dua jam tersebut ialah Rohm Wako, NEC dan Mitsui & Co.
![Antara ahli perniagaan Jepun yang terlibat dalam sesi bersemuka selama hampir dua jam tersebut ialah Rohm Wako, NEC dan Mitsui & Co. - Foto PMO](https://img.astroawani.com/2023-12/71702714168_freesize.jpg)
Perdana Menteri kemudiannya menyertai Perbincangan Meja Bulat bersama 25 kapten industri di Jepun, yang terdiri daripada pelbagai latar belakang termasuk bidang pembuatan, perkhidmatan dan perdagangan.
Perbincangan meja bulat tersebut dikendalikan Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI).