KUALA LUMPUR: Pada Sidang Kemuncak ASEAN ke-42 di Labuan Bajo, Indonesia hari ini, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkesempatan mengadakan pertemuan dengan empat pemimpin ASEAN bagi membincangkan hubungan dan kerjasama dua hala.
Anwar dalam kenyataan di Facebook berkata, beliau menghadap Sultan Brunei Sultan Hassanal Bolkiah bersama Pengiran Muda 'Abdul Mateen Bolkiah dan menyampaikan hasrat untuk melihat keterlibatan Bandar Seri Begawan dalam Rundingan Tahunan Pemimpin (ALC) tahun ini di mana Putrajaya menjadi tuan rumah.
"Selain itu, diskusi juga terarah kepada bidang pelaburan, penandaan tanah, kerjasama dalam kebudayaan dan pendidikan untuk dimanfaatkan kedua-dua negara," katanya.
Anwar turut mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri Vietnam, Pham Minh Chinh dan menyatakan keterbukaan Malaysia menerima kehadiran delegasi mereka ke Putrajaya sempena ulang tahun ke-50 hubungan diplomatik kedua-dua negara.
Perbincangan turut menyentuh mengenai bidang pelaburan selain berharap agar isu pencerobohan nelayan Vietnam di perairan Malaysia dapat ditangani dengan tegas.
"Dalam sidang kemuncak kali ini juga, saya sempat mengadakan pertemuan bilateral dengan rakan sejawat dari Laos, Sonexay Siphandone dan kami sepakat untuk lebih bekerjasama dalam bidang perbankan, program latihan pegawai dan diplomat selain pendidikan serta industri agrikultur.
Arakian, saya juga mengadakan pertemuan bilateral dengan rakan sejawat dari Timor Leste, Taur Matan Ruak dan saya mengulangi sokongan penuh berkaitan permohonan republik itu dalam keanggotaan keluarga ASEAN," katanya.
Anwar berkata perbincangan bersama Perdana Menteri Timor Leste itu juga menyentuh keperluan meningkatkan peluang kerjasama dalam pelaburan, perdagangan, agrikultur dan bidang pembuatan makanan yang menuntut kebersamaan serta komitmen berterusan kedua-dua negara.
Perdana Menteri dan pemimpin ASEAN lain menghadiri sidang kemuncak yang berlangsung selama dua hari bermula hari ini, untuk membincangkan beberapa isu kepentingan bersama kepada perkumpulan serantau tersebut.
Sebanyak lapan ketua kerajaan daripada 10 negara anggota ASEAN menyertai sidang kemuncak itu kecuali Myanmar yang tidak dijemput dan Thailand yang menghadapi pilihan raya pada 14 Mei ini.
-- BERNAMA
Bernama
Wed May 10 2023

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim (tiga, kiri) mengadakan pertemuan dua hala dengan Sultan Brunei Sultan Hassanal Bolkiah ketika menyertai Sidang Kemuncak ASEAN ke-42 2023, hari ini. - Foto BERNAMA
AWANI Borneo [21/2/2025] – Tindakan tegas| Kesesakan lalu lintas| Perusahaan akuakultur
AWANI Borneo Jumaat, 21 Februari 2025 bersama Nickyson Nyambar.
1. KPM tidak kompromi isu buli, gangguan seksual.
2. Sarawak guna AI mantapkan mobiliti trafik.
3. Sektor perikanan pacu ekonomi di Sabah.
1. KPM tidak kompromi isu buli, gangguan seksual.
2. Sarawak guna AI mantapkan mobiliti trafik.
3. Sektor perikanan pacu ekonomi di Sabah.

Motosikal sumbang lebih 55 peratus kemalangan di Singapura 2024
Penunggang dan pembonceng motosikal terbabit dalam 55.2 peratus daripada keseluruhan kemalangan jalan raya di Singapura.
Pantau Agenda Reformasi: Memahami di sebalik penyakit kusta
Situasi di sebalik kes wabak kusta di Negeri Sembilan. Adakah orang ramai perlu panik? Bagaimana nak address situasi ini? Kemampuan sistem kesihatan Malaysia mengawal wabak kusta.

Zon khas waktu solat daerah Rompin diperkenal 1 Mac - Mufti
Zon Khas Waktu Solat untuk daerah Rompin akan diperkenalkan mulai 1 Mac ini seperti diputuskan Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Pahang yang bersidang 19 Feb lepas.
UMNO yakin BN dapat mentadbir semula
Ketua Penerangan UMNO Sabah, Datuk Suhaimi Nasir, menegaskan bahawa sama ada parti tempatan atau tidak, itu tidak seharusnya menjadi pengukur di dalam Pilihan Raya Negeri SABAH akan datang.
Sistem Pengurusan Trafik Vesel akan dilaksana di Sungai Miri
Menteri Pengangkutan Sarawak, Datuk Seri Lim Kim Shin memberitahu Sistem Pengurusan Trafik Vesel (VTMS) yang moden bakal dilaksanakan di Sungai Miri.
Sarawak guna AI mantapkan mobiliti trafik
Sarawak menerusi kementerian pengangkutannya kini melaksanakan pelbagai inisiatif berteknologi tinggi bagi memantapkan mobiliti trafik khasnya di kawasan bandar.
Sistem digital agtech diperkenal di Sarawak - Wilson Ugak
Lima sistem pertanian digital berteraskan kecerdasan buatan (AI) bernilai RM150,000 akan diperkenalkan untuk manfaat sektor akuakultur di Sarawak tahun ini.
Sarawak cadang tambah dua PUSPEN
Kementerian Pembangunan Wanita Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak bercadang untuk menambah dua pusat pemulihan narkotik (PUSPEN) di Sarawak.

Kes cabul di masjid: Polis siasat dakwaan suspek miliki kad OKU
Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata suspek baru sahaja ditahan dan pihaknya masih menyiasat kesahihan dakwaan terbabit.

Lawatan Anwar ke Bahrain perkukuh hubungan dua hala, jemput ke Sidang Kemuncak ASEAN
Jumlah eksport Malaysia ke Bahrain meningkat 17.4 peratus kepada RM251.2 juta (US$54.8 juta) daripada RM214.0 juta (US$46.9 juta) pada 2023.

Sidang Kemuncak ASEAN 2025: DBKL tubuh jawatankuasa persiapan Kuala Lumpur
DBKL telah diberikan tanggungjawab untuk menganggotai Jawatankuasa Kecil Kesejahteraan Awam di peringkat nasional.

Tidak kira siapa presiden, AS terus komited perkukuh hubungan dengan lndo-Pasifik - Blinken
Ini kerana, Blinken berkata, kepentingan strategik di rantau ini adalah jelas.

Naib Presiden Indonesia Ma’ruf Amin dan PM Anwar eratkan hubungan semasa Sidang Kemuncak ASEAN
Kedua-dua pemimpin menekankan keakraban hubungan dua hala antara Indonesia dan Malaysia semasa waktu rehat, sambil berbual dan menikmati minuman.

Pemimpin ASEAN nantikan penyertaan penuh Timor-Leste dalam keluarga ASEAN - Siphandone
Pemimpin blok itu menantikan keahlian penuh negara termuda di Asia Tenggara dalam keluarga ASEAN pada masa akan datang.

Malaysia, Singapura capai kesepakatan, kemajuan beberapa isu tertunggak - Anwar
Anwar berkata ia akan dibincangkan dengan lebih lanjut dalam sesi permukiman tahunan Malaysia-Singapura hujung tahun ini.

Malaysia usulkan tiga langkah, tingkatkan potensi ASEAN dalam perdagangan
Malaysia menggariskan tiga langkah dalam usaha meningkatkan potensi ASEAN dalam memacu pertumbuhan perdagangan, hubungan pelaburan dan transformasi digital.

Malaysia sedia bekerjasama dengan UNESCAP promosi pelaburan - Tengku Zafrul
Malaysia sedia meneroka peluang kerjasama dengan UNESCAP dalam mempromosi pelaburan dan pelaburan hijau.

Sidang Kemuncak ASEAN diharap dapat selesaikan isu Myanmar - Mohamad
Negara bersempadan dengan Myanmar kini terpaksa mendepani masalah dibawa negara itu yang ketika ini menjadi negara utama dalam kegiatan jenayah.

Mesyuarat Menteri Luar ASEAN bermula di Laos sebelum Sidang Kemuncak ke-44 dan ke-45
Antara topik utama yang dibincangkan termasuk usaha membina Komuniti ASEAN, hala tuju strategik masa depan, serta pengurusan hubungan luar ASEAN.