TOKYO: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menyertai pemimpin-pemimpin ASEAN yang lain pada Sidang Kemuncak Peringatan ASEAN-Jepun, antara acara utama pada lawatan lima hari beliau ke Jepun.
Pemimpin daripada 10 negara anggota kecuali Myanmar, berada di Tokyo untuk sidang kemuncak itu. Sidang itu juga turut disertai Timor Leste.
Perdana Menteri menjadi pemimpin ASEAN kelima untuk tiba pada mesyuarat tersebut, dengan Perdana Menteri Timor Leste Xanana Gusmao menjadi orang pertama tiba.
Kesemua pemimpin negara ASEAN telah disambut Perdana Menteri Jepun, Fumio Kishida.
Sidang kemuncak setengah hari itu bermula pada 9.30 pagi (waktu tempatan) di Hotel Okura dan pada akhir sidang kemuncak itu, para pemimpin akan mengeluarkan Kenyataan Wawasan Bersama dan Pelan Pelaksanaannya pada 1.35 tengah hari.
Turut bersama Anwar pada sidang itu, Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan; Ketua Setiausaha Kementerian Luar, Datuk Seri Amran Mohamed Zin; Duta Malaysia ke Jepun, Datuk Shahril Effendi Abd Ghany dan Ketua Pengarah bagi Sekretariat Kebangsaan ASEAN, Datuk Zanariah Zainal Abidin.
Sidang itu merupakan kemuncak kepada aktiviti memperingati ulang tahun ke-50 hubungan dialog ASEAN-Jepun.
Acara peringatan itu bermula dengan simposium di Jakarta, Indonesia, pada Februari dan di Tokyo pada Mac.
Sepanjang tahun ini, pelbagai acara dan projek telah dianjurkan oleh pihak swasta dan kerajaan bagi memperingati ulang tahun ke-50 itu. Ini termasuk Minggu Perniagaan ASEAN-Jepun pada Jun, Mesyuarat Khas Menteri Kehakiman ASEAN-Jepun pada Julai, dan Dialog Khas Menteri Pelancongan ASEAN-Jepun pada Oktober.
Selepas sesi pertama, Anwar yang tiba di sini pada Jumaat, dijangka akan mengadakan pertemuan dua hala ringkas di luar acara bersama Perdana Menteri Vietnam, Pham Minh Chinh pada 11.20 pagi, sebelum sesi kedua diteruskan pada 11.50 pagi.
Pada sebelah petang, Anwar akan ditemu bual dua media Jepun: Biro Jakarta Asahi Shimbun pada 3.30 petang dan Nihon Keizai Shimbun pada 4:15 petang.
Perdana Menteri bersama isterisnya Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail juga akan menghadiri Pre-Gala Commemorative Lighting Ceremony, diikuti dengan majlis makan malam pada jam 7 malam, di hotel yang sama sidang kemuncak itu diadakan. - BERNAMA
Bernama
Sun Dec 17 2023
Datuk Seri Anwar Ibrahim (dua dari kanan) hari ini menyertai pemimpin-pemimpin ASEAN yang lain pada Sidang Kemuncak Peringatan ASEAN-Jepun, antara acara utama pada lawatan lima hari beliau ke Jepun. - Gambar Bernama
Penjaja kecil sumbang 15% tenaga kerja sektor tidak formal
Penjaja skala kecil di Malaysia menyumbang kira-kira 15 peratus daripada tenaga kerja sektor tidak formal pada 2023 dengan 73 peratus daripada mereka tertumpu di kawasan bandar.
Tiada pembayaran insentif getah untuk pekebun kecil bagi Januari 2025 - LGM
Insentif Pengeluaran Getah (IPG) tidak diaktifkan untuk pekebun kecil getah di Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak bagi Januari 2025, kata Lembaga Getah Malaysia (LGM).
Dalam kenyataannya hari ini, agensi itu berkata ini berikutan IPG berkenaan akan hanya diaktifkan jika harga purata bulanan peringkat ladang bagi getah sekerap mencecah paras RM3.00 sekilogram ke bawah.
Dalam kenyataannya hari ini, agensi itu berkata ini berikutan IPG berkenaan akan hanya diaktifkan jika harga purata bulanan peringkat ladang bagi getah sekerap mencecah paras RM3.00 sekilogram ke bawah.
Sidang parlimen: Tumpu ekonomi digital, tipu dalam talian
Usaha pemerkasaan ekonomi digital perlu menjadi antara agenda penting yang dibahaskan oleh ahli-ahli Parlimen. Penganalisis ekonomi dari UniKL Business School, Prof. Madya Dr. Aimi Zulhazmi Abdul Rashid berpandangan, jalan penyelesaian konkrit perlu diwujudkan untuk mengatasi isu-isu seperti infrastruktur dan penipuan dalam talian.
Presiden Uzbekistan adakan lawatan rasmi ke Malaysia bermula Selasa
Presiden Uzbekistan Shavkat Mirziyoyev akan mengadakan lawatan rasmi ke Malaysia selama dua hari bermula Selasa.
Jalaluddin Hassan sedia beri kerjasama, Ziana Zain kunci mulut
Datuk Jalaluddin Hassan bersedia untuk memberi kerjasama penuh kepada SPRM sekiranya dipanggil bagi membantu siasatan kes rasuah melibatkan sebuah syarikat perunding kewangan.
Bomba terus pantau banjir di Sabah, Sarawak melalui PGOK
Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia akan terus memantau keadaan banjir di Sabah dan Sarawak menerusi Pusat Gerakan Operasi Kebombaan Kebangsaan.
AWANI Ringkas: Kadar caruman rendah pekerja asing
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
KKM kesan lebih 800 kes kesihatan dalam kalangan mangsa banjir di Sabah, Sarawak
22 daripada 30 fasiliti kesihatan di Sarawak dan 27 fasiliti kesihatan di Sabah yang terjejas akibat banjir telah beroperasi semula.
Kenaikan gaji minimum RM1,700 rangsang ekonomi negara, tingkat kuasa beli rakyat
Peningkatan gaji minimum dijangka merangsang kuasa beli rakyat sekali gus menggerakkan ekonomi negara dan dapat memberi manfaat kepada semua pihak.
Pendaki sesat mendaki Gunung Yong Yap ditemukan selamat
Seorang lelaki yang dilaporkan hilang semasa menyertai ekspedisi mendaki Gunung Yong Yap dekat Kuala Mu, Sungai Siput semalam, ditemukan selamat.
Persoal usaha bangunkan semula Gaza hujah kurang cerdik, cermin kejahilan moral
Malaysia tidak akan berhenti untuk terus menghulurkan bantuan hanya kerana ada segelintir gerombolan berasa "terlalu jauh" untuk peduli.
Usaha babitkan perjuangan Palestin tidak wajar dipersoal - ABIM
Usaha itu turut digembleng bersama sumbangan peribadi rakyat Malaysia yang prihatin serta memperlihatkan solidariti nasional.
PM Anwar beri sumbangan kepada dua wanita sempena Tahun Baharu Cina
Perdana Menteri Anwar Ibrahim menyampaikan sumbangan kepada dua wanita di Kuantan, Pahang sempena Tahun Baharu Cina.
Anwar serah sumbangan kepada pesakit kanser payudara sempena Tahun Baharu Cina
Sumbangan berupa wang tunai, limau mandarin dan bakul makanan itu disampaikan oleh Setiausaha Politik Perdana Menteri, Ahmad Farhan Fauzi.
Agong santap pagi nasi lemak bersama Perdana Menteri
Seri Paduka Baginda bersama Perdana Menteri menikmati menu nasi lemak, di Nasi Lemak Burung Hantu, cawangan Semua House.
PM Anwar teguh perjuangkan kebebasan kehakiman walau hadapi ujian peribadi, kata Setiausaha Politik
Perdana Menteri sentiasa teguh dalam memperjuangkan kebebasan badan kehakiman, walaupun pernah menjadi mangsa kepada sistem kehakiman yang dipengaruhi oleh agenda politik.
PM Anwar tiba di Davos untuk hadiri Mesyuarat Tahunan WEF 2025
Perdana Menteri tiba di Davos untuk lawatan kerja selama tiga hari menghadiri Sidang Kemuncak Tahunan Forum Ekonomi Dunia (WEF) 2025.
Malaysia, Belgium, EU sambut baik gencatan senjata di Gaza - PM Anwar
PM Anwar berkata, semua pihak berasa lega apabila terdapat kesediaan Israel dan Hamas untuk mencari pendamaian.
Anwar sertai WEF 2025 selepas 27 tahun, ini enam tugas penting Perdana Menteri
Penyertaan Perdana Menteri dalam WEF 2025 adalah amat bertepatan dengan Kepengerusian ASEAN-Malaysia pada tahun 2025.
Rakyat Malaysia di luar negara perlu punyai hak yang sama untuk mengundi - PM Anwar
SPR perlu memberi peluang kepada setiap rakyat Malaysia untuk mengundi, kata Perdana Menteri.