PUTRAJAYA: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini diisytiharkan sebagai Presiden Agung Persekutuan Pengakap Malaysia (PPM).
Pengisytiharan tersebut disempurnakan oleh pemangku Ketua Pengakap Negara merangkap Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negara Mej Jen (B) Prof Datuk Dr Mohd Zin Bidin di Pejabat Perdana Menteri di sini.
Pengisytiharan itu juga selaras dengan Prosedur Organisasi dan Pindaan (POR) pindaan 27 Mac 2010, Bahagian II, Seksyen 1 iaitu perdana menteri adalah Presiden Agung PPM.
Pada majlis sama, Anwar turut menerima Anugerah Bintang Semangat Padi Emas iaitu anugerah tertinggi PPM yang eksklusif diberikan dalam kalangan pemimpin negara dan negeri-negeri.
Turut hadir ialah Timbalan Yang Dipertua Majlis Pengakap Negara Datuk Ahmad Shazily Ismail Bakti dan Bendahari Majlis Pengakap Negara Tan Sri Abdullah Taib.
Mohd Zin berkata pengisytiharan Anwar sebagai Presiden Agung dapat mengangkat imej PPM ke tahap yang lebih tinggi sekali gus memperkukuhkan lagi peranan pergerakan kepengakapan tanah air sebagai organisasi pendidikan tidak formal terbesar di negara ini.
"Semoga pelantikan ini dapat menarik ahli-ahli muda di peringkat universiti dan sekolah menyertai pengakap kerana kita ada sistem latihan yang mantap," katanya ketika ditemui selepas majlis itu.
-- BERNAMA
Bernama
Tue May 02 2023

Anwar (kanan) menerima pemasyhuran sebagai Presiden Agung Persekutuan Pengakap Malaysia (PPM) dari Pemangku Ketua Pengakap Negara merangkap Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negara, Profesor Datuk Mohd Zin Bidin (dua, kiri) hari ini. - BERNAMA
AWANI Ringkas: 'Gummy' mata - Jabatan Kesihatan Pulau Pinang siasat
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

New York saman pengedar vape jual e-rokok kepada kanak-kanak
New York pada Khamis menyaman beberapa pengedar rokok elektronik terbesar di negara itu, menuduh syarikat itu melanggar undang-undang negeri yang melarang penjualan vape kepada kanak-kanak.

X naikkan harga langganan X Premium+ sekali lagi, kini RM177 sebulan
X telah meningkatkan harga langganan untuk pelan X Premium kepada RM177 sebulan, selepas peningkatan sebelumnya pada Disember 2024.

Warga emas hilang ketika memancing ditemukan lemas
Mayat mangsa dijumpai oleh orang awam selepas timbul di Jeti Pink Rompin pagi ini pada jarak 2.5 kilometer dari lokasi mangsa dipercayai terjatuh.

Veteran DAP, Kulasegaran tarik diri pemilihan parti
M Kulasegaran mengumumkan keputusan untuk tidak mempertahankan jawatan dalam Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) parti itu bagi memberi laluan kepada kepimpinan baharu.

Man Tiger tidak mengaku cuba bunuh suami isteri
Suspek ditahan dalam tempoh 24 jam selepas kejadian dan mempunyai 27 rekod jenayah lampau berkaitan jenayah dan dadah.
3 bas meletup di Tel Aviv, polis Israel tuduh pengganas
Tiga buah bas meletup, di Tel Aviv pada Khamis dalam kejadian yang didakwa oleh polis Israel sebagai serangan pengganas.
Inflasi Januari 2025, apa pendorong situasi dan prestasi terkini?
Untuk mengulas lanjut angka terkini inflasi ini, kita bersama Prof Emeritus Dr Barjoyai Bardai, Provost, Malaysia University of Science & Technology MUST.

Jabatan Kesihatan rampas gula-gula kenyal dijual dekat sekolah Mohamad Fahmi
JKN Pulau Pinang sedang siasat lebih lanjut keselamatan produk makanan itu, tindakan selanjutnya akan diselaras di peringkat ibu pejabat.

Bapa dakwa anak autistik didera di taska, ada kesan lebam
Seorang kanak-kanak autistik, didakwa menjadi mangsa dera di taska apabila bapanya menemukan kesan lebam yang besar pada belakang badan ketika ingin memandikan anak sulungnya itu.

Persekutuan Pengakap Malaysia sasar 500,000 anggota menjelang 2025
PPM atur pelbagai perancangan pada 2024 bagi memastikan peningkatan keanggotaan yang ketika ini mempunyai lebih 300,000 anggota.

Pakaian seragam pengakap tidak pernah berubah, hasrat segarkan semula jenama
Hasrat Persekutuan Pengakap Malaysia adalah untuk menyegarkan semula jenama pengakap di negara ini agar ia selaras dengan peredaran semasa.

PM Anwar diisytihar Presiden Agung Persekutuan Pengakap Malaysia
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini diisytiharkan sebagai Presiden Agung Persekutuan Pengakap Malaysia (PPM).

Tun Mahathir diisytihar sebagai Presiden Agung Persekutuan Pengakap Malaysia
Perdana Menteri Tun Mahathir Mohamad hari ini diisytiharkan sebagai Presiden Agung, Persekutuan Pengakap Malaysia (PPM).