Ringkasan AI
- Perdana Menteri Anwar Ibrahim akan menerima kunjungan hormat dari Duta Besar AS Edgard D. Kagan petang ini.
- Mereka akan membincangkan hubungan dan kerjasama antara Malaysia dan AS, serta kepengerusian ASEAN 2025.
- Butiran lanjut mengenai hasil pertemuan akan dimaklumkan kemudian.
Setiausaha Akhbar Kanan Perdana Menteri Tunku Nashrul Abaidah berkata Anwar dan Kagan dijangka membincangkan hubungan dan kerjasama antara kedua negara meliputi pelbagai bidang selain kepengerusian ASEAN 2025, terutamanya Sidang Kemuncak Khas ASEAN-Amerika Syarikat.
Beliau berkata butiran lanjut mengenai hasil pertemuan itu akan dimaklumkan kemudian.
Tunku Nashrul berkata demikian pada taklimat harian Pejabat Perdana Menteri (PMO) yang disiarkan secara langsung di Facebook Anwar Ibrahim dan Facebook PMO Malaysia hari ini.
-- BERNAMA
