KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menzahirkan harapan agar Kongres Ekonomi Bumiputera (KEB) 2024 mampu mencetuskan anjakan terhadap usaha memperkasa dan mereformasi agenda pembangunan ekonomi Bumiputera.
Beliau juga berharap kongres itu, yang berlangsung selama tiga hari bermula hari ini, dapat menjadi platform bagi merancang hala tuju dalam pembangunan ekonomi Bumiputera.
"Mengharapkan wacana yang kritis sepanjang kongres berlangsung sehingga Sabtu ini dan mampu mencadangkan hala tuju serta pendekatan baharu untuk mencetus anjakan terhadap usaha memperkasa dan mereformasi agenda pembangunan ekonomi Bumiputera," katanya menerusi hantaran di laman Facebook pada Khamis.
Petang semalam, Anwar meluangkan masa meninjau perjalanan KEB 2024 yang berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya.
Beliau turut melawat reruai yang disediakan selain beramah mesra dengan usahawan Bumiputera.
Menerusi hantaran sama, Perdana Menteri turut meluahkan rasa kagum dengan usaha dan daya kreatif usahawan terbabit dalam membangunkan produk mereka.
KEB 2024, yang dianjurkan oleh Kementerian Ekonomi serta Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah melalui Majlis Amanah Rakyat (MARA), diadakan bagi menetapkan hala tuju, dasar dan pendekatan baharu agenda pemerkasaan bumiputera.
- BERNAMA
Bernama
Thu Feb 29 2024

Anwar menyapa beberapa peniaga yang menjual produk di reruai yang disediakan sempena penganjuran Kongres Ekonomi Bumiputera (KEB) 2024 di Putrajaya. - Foto Facebook/Anwar Ibrahim

Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar US berikutan sentimen berhati-hati
Pada pukul 8 pagi, ringgit meningkat kepada 4.4040/4310 berbanding mata wang AS daripada 4.4270/4320 ketika ditutup semalam.
HUAWEI lancar model HUAWEI Mate XT, peranti tiga lipat pertama di dunia
HUAWEI melancarkan HUAWEI Mate XT Ultimate Design di Malaysia, telefon pintar tiga lipat pertama di dunia yang membawakan teknologi inovatif dalam reka bentuk, engsel, dan paparan.

OKU terselamat, seorang lelaki sesak nafas dalam kebakaran di Siol Kandis
Kebakaran melibatkan tiga kediaman tidak kekal dengan api telah meranapkan dua rumah pertama dan sedang membakar rumah ketiga.
AWANI Pagi: Berita tumpuan & menarik di astroawani.com [21 Februari 2025]
Fokus AWANI Pagi bersama Afiezy Azaman & Farhan Hakimi
- Kadar kesuburan di Malaysia menurun sejak 2013
- JAWI panggil individu berpakaian menyerupai wanita dalam acara hiburan
- 606 sekolah tahfiz tidak pernah daftar JAIS sejak 2008
#AWANIpagi #AWANInews
- Kadar kesuburan di Malaysia menurun sejak 2013
- JAWI panggil individu berpakaian menyerupai wanita dalam acara hiburan
- 606 sekolah tahfiz tidak pernah daftar JAIS sejak 2008
#AWANIpagi #AWANInews

Mahkamah khas SOSMA: Pendekkan atau hapus tempoh tahanan 28 hari tanpa bicara
Kerajaan juga wajar mempertimbangkan pindaan akta termasuk peruntukan mengenai isu jaminan bagi mengurangkan kesesakan di penjara.

Malaysia semakin popular sebagai destinasi acara korporat India
Segmen MICE merupakan antara bidang tumpuan utama Tourism Malaysia pada SATTE tahun ini di New Delhi.

Pemandu maut, nahas dua lori di Lebuhraya Utara Selatan
Mangsa yang berusia 43 tahun meninggal dunia di tempat kejadian.

PGA tumpas cubaan seludup 1,000 anak pokok Bromeliad
Anggota Batalion 8 PGA menahan sebuah lori yang dipandu dalam keadaan mencurigakan pada kira-kira 5.30 petang, dalam Op Taring Wawasan.

When Legend Rise: KO! Adli Hafidz tumbangkan peninju Indonesia dalam pusingan ketiga
Adli Hafidz Pauzi menumbangkan Sony Manakane secara knockout (KO) dalam pertarungan When Legend Rise, di Bangkok, malam tadi.

Sanggup bujang, kerja sambilan demi jaga bapa
Bagi Noraziana, bapanya adalah segala-galanya dan sudah menjadi tanggungjawabnya untuk menjaga dengan sebaiknya sebagai membalas jasa beliau.

KEB: 74 resolusi, 150 program dimuktamadkan hari ini - Ahmad Zahid
Resolusi dan program itu, telah dirangkumkan di bawah Transformasi Ekonomi Bumiputera.

KEB mesra Bumiputera atau hanya wayang - Ahmad Fadhli
Pas mempersoalkan hala tuju Kongres Ekonomi Bumiputera (KEB) Madani yang dilaksana Kerajaan Perpaduan sama ada mesra Bumiputera atau hanya sekadar wayang.

Kejayaan Bumiputera penting untuk kejayaan Malaysia Madani - Nga
Nga Kor Ming berkata kejayaan masyarakat Bumiputera penting untuk menjayakan aspirasi Malaysia Madani yang inklusif merangkumi semua kaum.

Kerajaan peruntuk dana RM1 bilion lahir generasi baharu usahawan Bumiputera - PM Anwar
Kerajaan akan memperuntukkan dana berjumlah RM1 bilion bagi melahirkan generasi baharu usahawan bumiputera dalam bidang pertumbuhan tinggi.

Golongan pertengahan Bumiputera digesa main peranan pencipta nilai - Rafizi
Golongan pertengahan Bumiputera digesa agar mengubah peranan mereka daripada sebagai penambah nilai kepada pencipta nilai bagi membantu meningkatkan ekonomi negara.

Ramli cadang buka kuota Orang Asli masuk ke MRSM, SBP
Kerajaan dicadang membuka sekurang-kurangnya lima peratus kuota kemasukan pelajar Orang Asli ke Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) dan Sekolah Berasrama Penuh (SBP).

PM Anwar harap KEB 2024 cetus anjakan usaha perkasa agenda ekonomi Bumiputera
KEB 2024 juga diharap dapat menjadi platform bagi merancang hala tuju dalam pembangunan ekonomi Bumiputera.

PM luang masa tinjau perjalanan KEB 2024
Perdana Menteri meluangkan masa meninjau perjalanan Kongres Ekonomi Bumiputera 2024 yang bermula hari ini di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya.

KEB untuk nilai transformasi ekonomi bumiputera, bukan ganti DEB - Mohamad Hasan
Kongres Ekonomi Bumiputera (KEB) 2024 bertujuan menilai semula transformasi ekonomi bumiputera dan bukannya untuk menggantikan Dasar Ekonomi Baru.

KEB 2024: “Jangan biarkan ‘Ali Baba’ terus manipulasi ekonomi Bumiputera” - Ahmad Zahid
'Ali dan Baba' tidak seharusnya dibenarkan memanipulasi peluang dan mengambil jalan mudah mengaut keuntungan, tegas Ahmad Zahid.