Ringkasan AI
- Penggunaan AI dan Pekerjaan: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyatakan bahawa penggunaan teknologi kecerdasan buatan (AI) tidak akan menyebabkan kehilangan pekerjaan, sama seperti penerimaan teknologi maklumat (IT) sebelum ini.
- Latihan dan Nilai Tempatan: Kerajaan komited untuk melatih anak tempatan dalam bidang AI, dengan sasaran melatih 50,000 orang menjelang 2025 melalui program MyMahir. Latihan ini penting untuk memastikan AI mencerminkan nilai dan identiti tempatan.
- Komitmen Kerajaan: Kerajaan menekankan pentingnya nilai, moral, dan etika dalam penggunaan AI, memastikan teknologi ini digunakan untuk kebaikan manusia dan bukan sekadar mesin.
Beliau turut mengingatkan, revolusi pendigitalan yang berlaku sebelum ini pada awalnya juga mendatangkan kebimbangan.
Namun seiring masa, orang ramai mula menerima penggunaan teknologi maklumat (IT) dengan baik.
"Kemudian penggunaan IT, orang bimbang tapi kita boleh mampu. Maknanya keupayaan pemikiran untuk menyelesaikan masalah ini tetapi latihan sangat perlu dan mendesak.
"Saya ingat, saya berbincang dengan Jensen Huang, dari YTL dan Microsoft Google, AWS, saya ke China jumpa Huawei, semua saya tekankan bagaimana dengan jati diri kita, keyakinan kita, nilai keluarga kita.
"Sebab itu kita harus latih keupayaan anak tempatan untuk memberikan perisian supaya yang dimuntahkan, dilontarkan oleh AI itu adalah yang dimasukkan oleh kita bukan hanya dimasukkan oleh pandangan Barat atau Timur atau sistem lain.
"Dimasukkan semuanya dari dunia tetapi ada yang khusus dari kita," katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap di Majlis Peluncuran Pejabat AI Kebangsaan di MITEC Kuala Lumpur pada Khamis.
Jelas beliau lagi, kerajaan terus komited untuk melatih anak tempatan seperti yang dilakukan dalam program MyMahir dan berharap dapat melatih 50,000 orang menjelang 2025 dalam Kemahiran, Peraturcaraan dan Analisis Data Kecerdasan Buatan.
"Saya tambah soal pemupukan nilai. Apa yang penting dalam negara kita, Madani ini ialah soal identiti, nilai, moral, etika kerana kita bicara soal manusia, kita tidak bicara soal mesin. Kita tidak hanya bicara AI dari segi mesin, kita bicara manusia," katanya lagi.