KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Sabtu mengadakan mesyuarat dua hala dengan Presiden Iran, Ebrahim Raisi.
Mesyuarat itu diadakan di luar sesi kelapan Sidang Kemuncak Tergempar Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) bagi membincangkan serangan dan kekejaman berterusan Israel terhadap Palestin yang dihadiri oleh kedua-dua pemimpin.
Anwar berkata, dalam pertemuan itu beliau dan Raisi sebulat suara bersetuju agar kekejaman oleh Israel terhadap Palestin perlu dihentikan segera.
"Kami juga mendukung segala usul yang dibawa oleh OIC termasuk paling penting proses gencatan senjata oleh Israel dilakukan serta-merta.
"Kami juga turut menggesa supaya bantuan kemanusiaan yang lebih banyak dibawa masuk ke Palestin bagi membantu mereka yang memerlukan dan mahukan OIC memainkan peranan yang lebih besar khususnya dalam melibatkan isu kemanusiaan sejagat," katanya dalam muat naik di laman media sosial, pada Ahad.
Dalam pertemuan itu juga, Anwar berkata, Malaysia dan Iran menyatakan kesediaan untuk mempertingkatkan hubungan dua hala termasuk dalam bidang ekonomi, pendidikan, sains dan teknologi serta meneroka peluang kerjasama baharu.
Tambah beliau, Presiden Iran menyambut baik langkah Malaysia untuk mempertingkat hubungan dua hala serta menyatakan Malaysia dan Iran sebagai dua buah negara yang berpengaruh, perlu memainkan peranan yang besar dalam dunia Islam.
"Dalam pertemuan ini, kami turut memanjangkan jemputan untuk mengadakan lawatan rasmi ke negara masing-masing.
"Saya juga mengulangi komitmen untuk mengadakan Mesyuarat Suruhanjaya Bersama (JCM) di antara kedua-dua negara bagi memperhalusi pelbagai bidang kerjasama," katanya.
Pada tahun 2022, jumlah perdagangan antara Malaysia dan Iran ialah sebanyak RM3.68 bilion (meningkat sebanyak 40.2 peratus dari tahun 2021) dan kelapa sawit merupakan produk utama perdagangan Malaysia dan Iran.
Afiezy Azaman
Sun Nov 12 2023
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengadakan mesyuarat dua hala dengan Presiden Iran, Ebrahim Raisi di Riyadh, Arab Saudi pada Sabtu. - Gambar Twitter ANWAR IBRAHIM
Ahmad Zahid, Fadillah junjung titah Agong, Parlimen sebagai platform semak, imbang
Ahmad Zahid dan Fadillah menjunjung titah Sultan Ibrahim bahawa Parlimen mesti berfungsi sebagai platform semak dan imbang.
Dua bangunan warisan di Miri bakal dinaik taraf sebagai musium biodiversiti
Muzium biodiversiti ini bakal dilengkapi teknologi kecerdasan buatan, pertama seumpamanya di dunia dan proses naik taraf dijangka selesai dalam tempoh tiga tahun.
Polis tahan pasangan kekasih bantu siasatan kes bunuh wanita warga emas
Polis menahan sepasang kekasih bagi membantu siasatan berhubung penemuan mayat seorang wanita warga emas yang dipercayai dibunuh dalam kejadian di sebuah rumah di Pangsapuri Seri Orkid.
'Pejuang Dari Rimba Ke Astana' serlah keperibadian Wan Junaidi
Buku 'Pejuang Dari Rimba Ke Astana' antara lain berkongsi bagaimana Tun Wan Junaidi Tuanku Jaafar menjadi antara figura penting dan tokoh yang banyak memainkan peranan penting ketika PBB berdepan pergolakan.
Clean Thaipusam perluas usaha, pastikan perayaan bebas sampah
Melibatkan 500 sukarelawan di seluruh negara, kempen itu menumpukan pada pengurusan sisa, kutipan buah-buahan dan kitar semula di lima tapak kuil utama.
Mangsa banjir di PPS Sarawak menurun
Setakat jam empat petang isnin, jumlah mangsa berkurangan kepada 9,312 orang berbanding 9877orang yang direkodkan pada jam 12 tengahari tadi.
JPBN Sarawak menilai kos baikpulih kerosakan infrastruktur
Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak sedang dalam proses
menilai kos baikpulih bagi kerosakan infrastruktur yang terjejas akibat
bencana, bagi memastikan langkah pemulihan dapat dilaksanakan
dengan segera dan berkesan.
menilai kos baikpulih bagi kerosakan infrastruktur yang terjejas akibat
bencana, bagi memastikan langkah pemulihan dapat dilaksanakan
dengan segera dan berkesan.
KKM kesan lebih 800 kes kesihatan dalam kalangan mangsa banjir dI Sabah, Sarawak
KKM memaklumkan sebanyak 671 kes jangkitan salur pernafasan akut, 82 kes jangkitan kulit, 37 kes gastroenteritis akut, 17 kes konjunktivitis, serta satu kes penyakit tangan, kaki dan mulut telah dikesan.
Bomba terus pantau banjir dI Sabah, Sarawak melalui PGOK
Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) JBPM Datuk Ahmad Izram Osman berkata maklumat yang diperoleh daripada PGOK juga sudah pasti akan memudahkan urusan pegawai dan anggota menjalankan tugas di lokasi termasuk tanah runtuh dan sebagainya dengan pantas
JPBB Miri Hantar 1,200kg Bekalan Makanan Melalui Udara
Jawatankuasa Pengurusan Bencana Bahagian (JPBB) Miri telah melancarkan misi penghantaran bantuan makanan melalui udara kepada mangsa banjir dan tanah runtuh di pedalaman Miri pada Isnin melibatkan sebuah helikopter Airbus EC135 milik Hornbill Skyways.
Persoal usaha bangunkan semula Gaza hujah kurang cerdik, cermin kejahilan moral
Malaysia tidak akan berhenti untuk terus menghulurkan bantuan hanya kerana ada segelintir gerombolan berasa "terlalu jauh" untuk peduli.
Usaha babitkan perjuangan Palestin tidak wajar dipersoal - ABIM
Usaha itu turut digembleng bersama sumbangan peribadi rakyat Malaysia yang prihatin serta memperlihatkan solidariti nasional.
PM Anwar beri sumbangan kepada dua wanita sempena Tahun Baharu Cina
Perdana Menteri Anwar Ibrahim menyampaikan sumbangan kepada dua wanita di Kuantan, Pahang sempena Tahun Baharu Cina.
Anwar serah sumbangan kepada pesakit kanser payudara sempena Tahun Baharu Cina
Sumbangan berupa wang tunai, limau mandarin dan bakul makanan itu disampaikan oleh Setiausaha Politik Perdana Menteri, Ahmad Farhan Fauzi.
Agong santap pagi nasi lemak bersama Perdana Menteri
Seri Paduka Baginda bersama Perdana Menteri menikmati menu nasi lemak, di Nasi Lemak Burung Hantu, cawangan Semua House.
PM Anwar teguh perjuangkan kebebasan kehakiman walau hadapi ujian peribadi, kata Setiausaha Politik
Perdana Menteri sentiasa teguh dalam memperjuangkan kebebasan badan kehakiman, walaupun pernah menjadi mangsa kepada sistem kehakiman yang dipengaruhi oleh agenda politik.
PM Anwar tiba di Davos untuk hadiri Mesyuarat Tahunan WEF 2025
Perdana Menteri tiba di Davos untuk lawatan kerja selama tiga hari menghadiri Sidang Kemuncak Tahunan Forum Ekonomi Dunia (WEF) 2025.
Malaysia, Belgium, EU sambut baik gencatan senjata di Gaza - PM Anwar
PM Anwar berkata, semua pihak berasa lega apabila terdapat kesediaan Israel dan Hamas untuk mencari pendamaian.
Anwar sertai WEF 2025 selepas 27 tahun, ini enam tugas penting Perdana Menteri
Penyertaan Perdana Menteri dalam WEF 2025 adalah amat bertepatan dengan Kepengerusian ASEAN-Malaysia pada tahun 2025.
Rakyat Malaysia di luar negara perlu punyai hak yang sama untuk mengundi - PM Anwar
SPR perlu memberi peluang kepada setiap rakyat Malaysia untuk mengundi, kata Perdana Menteri.