KUALA LUMPUR : Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan mengadakan lawatan rasmi ke Filipina pada 1 dan 2 Mac 2023.
Menurut kenyatan Wisma Putra, lawatan dua hari tersebut merupakan lawatan rasmi sulung beliau ke republik itu selepas menyandang jawatan Perdana Menteri.
"Perdana Menteri akan diiringi isteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, Menteri Luar Negeri, Datuk Seri Zambry And Kadir, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail dan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Ewon Benedick serta pegawai kerajaan daripada kementerian dan agensi berkaitan.
"Perdana Menteri akan mengadakan pertemuan dengan Presiden Filipina, Ferdinand R. Marcos Jr. Kedua-dua pemimpin dijangka akan membincangkan pelbagai perkara berkaitan kerjasama dua hala seperti kerjasama keselamatan, pertanian dan industri halal dan ekonomi digital.
"Kedua-dua pemimpin juga akan membincangkan isu serantau serta antarabangsa yang mempunyai kepentingan bersama," katanya pada Selasa.
Anwar juga dijadualkan menyampaikan syarahan umum bertajuk '30 Tahun Selepas Gelombang Kebangkitan Asia: Pengajaran Strategik Buat ASEAN' di Universiti Filipina dan akan mengadakan pertemuan dengan diaspora Malaysia di Filipina.
Lawatan ini mencerminkan hubungan akrab antara Malaysia dan Filipina selaku jiran rapat serta negara anggota ASEAN. Ia juga akan memberi peluang kepada kedua-dua belah pihak untuk memperkasakan jaringan kerjasama dua hala, bertunjangkan kepentingan bersama, peningkatan kerjasama ekonomi dan politik, serta jalinan antara rakyat.
Pada 2022, Republik Filipina merupakan rakan dagangan dunia ke-15 terbesar Malaysia dan ke-5 terbesar dalam kalangan negara-negara anggota ASEAN dengan jumlah dagangan bernilai RM41.45 bilion, dengan peningkatan sebanyak 20.1 peratus berbanding jumlah dagangan pada 2021.
Nursyazwani Saiful Sham
Tue Feb 28 2023
Kedua-dua pemimpin dijangka akan membincangkan pelbagai perkara berkaitan kerjasama dua hala seperti kerjasama keselamatan, pertanian dan industri halal dan ekonomi digital.
JBPM dijangka terima tiga helikopter baharu tahun depan
JBPM dijangka menerima tiga helikopter baharu AgustaWestland AW139 pada tahun depan, dalam usaha meningkatkan keupayaan penyelamatan terutama di kawasan pedalaman.
NRES siasat dakwaan tanah pusaka dijual pihak tidak dikenali - Nik Nazmi
Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam akan siasat dakwaan sebuah keluarga kerugian RM500,000 apabila tanah pusaka diwarisi mereka dijual pihak tidak dikenali.
MPOC unjur penurunan bermusim eksport minyak sawit pada Januari, Februari 2025
Hala tuju harga minyak sawit pada 2025 akan banyak bergantung kepada dinamik bekalan eksport dari Malaysia dan Indonesia, bersama-sama dengan peralihan dasar di Amerika Syarikat dan Indonesia.
MITI sambut baik penyambungan semula MEUFTA
MITI berkata, ia merupakan detik penting dalam peningkatan hubungan perdagangan dan integrasi ekonomi kedua-dua pihak.
[TERKINI] Donald Trump angkat sumpah Presiden Amerika Syarikat
Langsung Majlis Angkat Sumpah Jawatan Presiden Amerika Syarikat ke 47 Donald Trump di Capitol Rotunda, Washington.
Buletin AWANI Khas: Donald Trump angkat sumpah Presiden AS
Ikuti secara langsung Buletin AWANI Khas sempena Majlis Angkat Sumpah Donald Trump sebagai Presiden Amerika Syarikat yang baharu.
#AWANInews
#AWANInews
Peserta pelbagai negara sertai pertandingan robotik China
Pertandingan akhir robotik antarabangsa yang dianjurkan di Zhengzhou, China menarik kehadiran peserta yang datangnya dari pelbagai pelusuk dunia. Peserta berbakat yang menyertai saingan hebat reka cipta robot itu ada yang datang dari Amerika Syarikat, Pakistan serta Jerman.
Thailand tingkat langkah keselamatan sempadan & migrasi
Thailand komited mempercepatkan pelaksanaan langkah komprehensif bagi menangani isu migrasi rentas sempadan dan membanteras aktiviti haram di sepanjang sempadannya, khususnya di sempadan Thailand-Myanmar.
Kilang BYD $1 bilion di Indonesia selesai akhir 2025
Pembangunan kilang syarikat pembuatan automotif Build Your Dream (BYD) di Indonesia dijangka siap sepenuhnya hujung tahun 2025 ini. Kilang pembuatan kenderaan elektrik dari China itu menelan belanja $1 bilion dolar Amerika. Kilang itu terletak dua jam dari bandaraya Jakarta.
Upacara pengebumian dua hakim Mahkamah Agung di Tehran
Para penduduk di sekitar Tehran, Iran memberi penghormatan terakhir dalam satu majlis pengebumian dua hakim Mahkamah Agung yang dibunuh lelaki bersenjata baru-baru ini.
WEF2025: ABCD - The world’s biggest problems
Davos discussions seek to transform economic, geopolitical, and environmental challenges into opportunities.
PM tekankan nilai kemanusiaan, kebersamaan rakyat di perantauan
Anwar menyeru rakyat Malaysia di luar negara agar berganding bahu bersama semua pihak dalam usaha membangun dan memajukan negara.
Pembinaan semula Gaza dijangka 1 trilion dolar - PM Anwar
Inisiatif Jepun untuk membantu pemulihan Gaza dibincangkan semasa lawatan Shigeru Ishiba ke Malaysia awal bulan ini.
Malaysia perlu adaptif, berdaya tahan dalam ketidaktentuan global - PM
Malaysia perlu bersifat adaptif, berdaya tahan, berprinsip, dan mempunyai pandangan yang jelas untuk memposisikan negara di tengah-tengah arus ketidaktentuan global.
Masyarakat antarabangsa perlu hormati gencatan senjata di Gaza - PM Anwar
Masyarakat antarabangsa mesti memastikan gencatan senjata antara Hamas dan Israel dihormati.
PM Anwar buat kemunculan semula di LSE, selepas 15 tahun
Selepas kali terakhir membuat kemunculan pada 2010, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini hadir ke London School of Economics bagi menyampaikan syarahan umum.
Penerokaan TNB dalam RE beri manfaat kepada ekonomi Malaysia - PM
Kerajaan juga memberi galakan kepada TNB dan syarikat-syarikat lain untuk memberi tumpuan kepada pelaburan baharu di Malaysia.
PM Anwar adakan pertemuan dengan CEO GLIC, kapten industri UK
Pertemuan tersebut yang berlangsung selama sejam melibatkan 30 syarikat tempatan di United Kingdom dan 13 syarikat GLIC dari Malaysia.
Malaysia harap gencatan senjata di Gaza berterusan - PM
Malaysia berharap perjanjian gencatan senjata antara Israel dan Hamas di Gaza dapat diteruskan dalam usaha mengelakkan kemusnahan harta benda dan kehilangan nyawa rakyat Palestin.
PM Anwar bertemu 15 kapten industri UK, tarik pelaburan ke Malaysia
Sesi yang berlangsung selama kira-kira 45 minit itu melibatkan pelbagai sektor antaranya pelaburan, pakar pasaran baru muncul, pengurusan aset, dan kewangan.