PUTRAJAYA: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim akan mengadakan lawatan rasmi ke Arab Saudi dari 22 hingga 24 Mac 2023 atas jemputan Putera Mahkota Mohammed bin Salman bin Abdulaziz Al-Saud, yang juga Perdana Menteri Arab Saudi.
Kunjungan itu merupakan lawatan rasmi sulung beliau ke Arab Saudi selepas menyandang jawatan sebagai Perdana Menteri Malaysia ke-10.
Perdana Menteri dijadual mengadap ke atas Penjaga Dua Masjid Suci dan Raja Arab Saudi, Raja Salman bin Abdulaziz Al-Saud serta Putera Mahkota dan Perdana Menteri Arab Saudi, Mohammed bin Salman bin Abdulaziz Al-Saud.
Semasa lawatan itu, Perdana Menteri juga turut mengadakan sesi pertemuan bersama komuniti perniagaan serta diaspora Malaysia di Arab Saudi.
Lawatan itu mencerminkan hubungan istimewa dengan Arab Saudi yang wujud selama ini serta memberi peluang kepada kedua-dua negara untuk meningkatkan jalinan kerjasama dua hala, bertunjangkan kepentingan bersama dalam pelbagai bidang.
Arab Saudi merupakan rakan dagang terbesar dan sumber import terbesar Malaysia di rantau Asia Barat. Pada tahun 2022, jumlah dagangan dua hala dengan Arab Saudi mencecah RM45.52 bilion (AS$10.26 bilion), peningkatan sebanyak 159.2 peratus berbanding RM17.56 bilion (AS$4.23 bilion) pada tahun 2021.
Perdana Menteri akan diiringi Datuk Seri Dr Wan Azizah Dr. Wan Ismail; Menteri Luar, Datuk Seri Zambry Abd Kadir; Menteri Komunikasi dan Digital, Ahmad Fahmi Mohamed Fadzil serta pegawai kanan kerajaan.
- BERNAMA
Bernama
Wed Mar 22 2023

Datuk Seri Anwar Ibrahim akan mengadakan lawatan rasmi ke Arab Saudi dari 22 hingga 24 Mac 2023 atas jemputan Putera Mahkota Mohammed bin Salman bin Abdulaziz Al-Saud, yang juga Perdana Menteri Arab Saudi. - Gambar fail BERNAMA
InRealty: LBS Memacu Pembangunan Hartanah Lestari
LBS mengekalkan amalan lestari di dalam setiap pembangunan projek hartanah.
APMM tahan tujuh lelaki Indonesia ceroboh pelantar
Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Terengganu menahan tujuh lelaki warga Indonesia yang menceroboh pelantar minyak tidak berpenghuni di Lapangan Tembikai di kedudukan 77 batu nautika dari perairan Kuala Terengganu, semalam. #AWANInews
KPM pantau penjaja di luar premis sekolah - KP Pendidikan
Isu penjaja di luar kawasan sekolah akan dipantau ketat oleh Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) bagi menjamin keselamatan murid. #AWANInews
Cuba cabul kanak-kanak di masjid, polis tahan remaja 19 tahun
Polis telah menahan seorang suspek lelaki warga tempatan berusia 19 tahun berkaitan kes cubaan merogol kanak-kanak di sebuah masjid di Batang Kali, Hulu Selangor. #AWANInews
Dialog Anak Muda: Pindaan akta untuk berhimpun
Apa sebab Akta Perhimpunan Aman 2012 perlu ditambah baik? Bagaimana pindaan baharu Akta 736 ini boleh memenuhi keseimbangan kebebasan bersuara dan soal keselamatan negara? Dialog Anak Muda, 8.30 malam ini.
AWANI Sabah+: Keindahan Sabah menggamit pelancong asing
Peningkatan ketibaan pelancong dari tahun ke tahun ke Sabah telah menjana perbelanjaan pelancongan yang mencecah lebih RM5 billion pada tahun 2024 dan ia dijangka meningkat dengan pelbagai penambahbaikan yang memberi tumpuan kepada pemeliharaan warisan dan alam sekitar.
NASA kurangkan risiko impak Asteroid 2024 YR4 kepada 0.28 peratus
Nasa mengurangkan lagi kemungkinan impak daripada Asteroid 2024 YR4 ke Bumi pada 22 Disember 2032, kepada 0.28 peratus, menurut jangkaan terbaru NASA pada Khamis.
MARA sasar RM50 juta kutipan wakaf MARA MADANI - Asyraf Wajdi
Majlis Amanah Rakyat (MARA) menyasarkan kutipan dana Wakaf MARA MADANI berjumlah RM50 juta menjelang hari pelancarannya pada 15 Mac ini.
HUAWEI MatePad Pro 13.2, tablet OLED terbesar dengan prestasi PC
HUAWEI melancarkan HUAWEI MatePad Pro 13.2-inci, tablet flagship dengan paparan OLED Flexible PaperMatte Display pertama dalam industri, menawarkan pengalaman produktiviti dan kreativiti yang lebih maju.
Kedai karpet di Nilai 3 terbakar, peniaga rugi RM30 juta
Pemilik kedai karpet yang terbakar di Nilai 3 menganggarkan mengalami kerugian hampir RM30 juta selepas stok bagi jualan Aidilfitri turut musnah dalam kejadian itu.

PM Anwar tiba di Bahrain untuk lawatan rasmi
Perdana Menteri Anwar tiba Manama untuk lawatan rasmi ke Bahrain atas jemputan Putera Mahkota dan Perdana Menteri Bahrain, Salman Hamad Al Khalifa.

Lawatan PM Anwar ke Batu Caves bukti kerajaan perkukuhkan perpaduan
Kunjungan itu juga mencerminkan penghormatan Anwar terhadap tradisi agama dan budaya sekali gus menangkis dakwaan mengena pengabaian kaum India.

Presiden Uzbekistan tiba di Malaysia untuk lawatan rasmi dua hari
Ini adalah lawatan pertama Mirziyoyev ke negara ini sejak dilantik sebagai Presiden pada Disember 2016.

Anwar terima kunjungan Dr Omar Suleiman, bincang gencatan senjata di Gaza
Pertemuan itu membincangkan perkara berkaitan gencatan senjata di Gaza, situasi terkini perkembangan Islam di bawah kepimpinan Presiden Donald Trump.

Lawatan rasmi Presiden Uzbekistan ke Malaysia yang pertama dalam tempoh 20 tahun - Duta
Ini merupakan lawatan pertama Shavkat Mirziyoyev ke Asia Tenggara selepas pilihan raya presiden pada 2023.

Persoal usaha bangunkan semula Gaza hujah kurang cerdik, cermin kejahilan moral
Malaysia tidak akan berhenti untuk terus menghulurkan bantuan hanya kerana ada segelintir gerombolan berasa "terlalu jauh" untuk peduli.

Usaha babitkan perjuangan Palestin tidak wajar dipersoal - ABIM
Usaha itu turut digembleng bersama sumbangan peribadi rakyat Malaysia yang prihatin serta memperlihatkan solidariti nasional.

PM Anwar beri sumbangan kepada dua wanita sempena Tahun Baharu Cina
Perdana Menteri Anwar Ibrahim menyampaikan sumbangan kepada dua wanita di Kuantan, Pahang sempena Tahun Baharu Cina.

Anwar serah sumbangan kepada pesakit kanser payudara sempena Tahun Baharu Cina
Sumbangan berupa wang tunai, limau mandarin dan bakul makanan itu disampaikan oleh Setiausaha Politik Perdana Menteri, Ahmad Farhan Fauzi.

Agong santap pagi nasi lemak bersama Perdana Menteri
Seri Paduka Baginda bersama Perdana Menteri menikmati menu nasi lemak, di Nasi Lemak Burung Hantu, cawangan Semua House.