Mengesahkan perkara itu, Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Datuk Seri R. Ramanan berkata lawatan bersejarah Anwar itu juga bagi meninjau persiapan perayaan berkenaan di kuil Batu Caves.
Ramanan yang juga dipertanggungjawab untuk hal ewal komuniti India berkata Perdana Menteri telah memaklumkan hasrat untuk mengadakan lawatan itu kepada beliau, petang semalam.
"Perdana Menteri maklum kepada saya mahu melihat perkembangan semasa menjelang sambutan Thaipusam, di samping dapat meluangkan masa bersama komuniti India.
"Beliau cukup teruja dapat turun padang ke Batu Caves tahun ini bersama komuniti India," kata Ahli Parlimen Sungai Buloh itu ketika dihubungi Bernama hari ini.
-- BERNAMA