PUTRAJAYA: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mahu pemantauan dan penguatkuasaan dilakukan lebih kerap bagi menangani isu kekurangan beras putih tempatan (BPT) di pasaran.
Beliau yang juga Menteri Kewangan berkata pendekatan pemantauan dan penguatkuasaan itu menuntut perubahan bagi memastikan edaran BPT lebih berkesan.
"Saya sendiri mendengar permasalahan yang diluahkan oleh peniaga berhubung isu kekurangan BPT," katanya ketika berucap pada Perhimpunan Bersama Warga Kementerian Kewangan di sini hari ini.
Menyentuh mengenai Mesyuarat Khas Majlis Tindakan Sara Hidup Negara (NACCOL) baru-baru ini, beliau berkata ketegasan kerajaan dalam menangani isu harga dan bekalan beras telah dizahirkan sehingga membawa kepada penurunan harga beras putih import (BPI) di pasaran.
"Alhamdulillah turun RM3, ada sesetengah tempat RM2, tapi umumnya (penurunan) RM2 hingga RM3, nilai yang dah cukup besar untuk pembeli dan pengguna biasa," kata Anwar.
Mengenai kekurangan BPT dalam pasaran, beliau berkata mesyuarat NACCOL turut mendedahkan bahawa negara mempunyai 150,000 metrik tan beras tempatan untuk diedar, tapi ia tidak mencukupi untuk semua.
Anwar berkata ketika ini BPT dijual dan diedar Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) dan Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) pada harga RM26.
"Namun kenyataannya ialah harga beras, gula, minyak mentah kita (Malaysia) paling murah di Asia Tenggara dan ia tidak diberi penekanan," katanya.
Pada 19 Mac lepas, Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) memaklumkan harga BPI turun antara RM2 hingga RM3 di pasaran berkuat kuasa semalam.
Pada masa ini harga runcit BPI di pasaran adalah sekitar RM38 hingga RM45 untuk pek 10 kilogram (kg) dan dengan pengumuman pelarasan harga baharu, harga runcit BPI dijangka turun kepada RM35 untuk pek yang sama.
Sementara itu Perdana Menteri menerusi catatan di Facebook beliau berkata Kerajaan MADANI bertegas memastikan rakyat tidak diasak oleh pihak-pihak yang ingin mengambil keuntungan berlebihan, lebih-lebih lagi bagi barangan keperluan harian seperti beras.
Anwar berkata kerajaan akan terus konsisten dengan pendekatan menyasarkan semula bantuan serta subsidi, seterusnya memastikannya ia sampai kepada rakyat yang memerlukan dan ia lebih dekat dengan makna keadilan.
"Sekiranya kita faham bahawa pendekatan subsidi pukal yang diguna pakai dahulu turut memanfaatkan golongan kaya dan warga asing, mengapa lagi mahu diteruskan?
"Lantaran itu subsidi mesti diarahkan (disasarkan) semula kepada masyarakat yang melarat dan terpinggir, dan ini tentunya mencakup golongan miskin bandar dan desa," katanya.
Anwar turut memanjatkan kesyukuran dan penghargaan kepada seluruh penjawat awam dan warga agensi kerajaan.
"Ikhtiar serta kudrat kalian untuk meningkatkan kesejahteraan rakyat pasti akan mendatangkan hasil, tidak hanya kepada kalian sahaja tetapi kepada negara," kata Perdana Menteri.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Mar 21 2024

Anwar (kiri) ketika berucap pada Perhimpunan Bersama Warga Kementerian Kewangan hari ini. -Facebook Anwar Ibrahim
HUAWEI lancar model HUAWEI Mate XT, peranti tiga lipat pertama di dunia
HUAWEI melancarkan HUAWEI Mate XT Ultimate Design di Malaysia, telefon pintar tiga lipat pertama di dunia yang membawakan teknologi inovatif dalam reka bentuk, engsel, dan paparan.

OKU terselamat, seorang lelaki sesak nafas dalam kebakaran di Siol Kandis
Kebakaran melibatkan tiga kediaman tidak kekal dengan api telah meranapkan dua rumah pertama dan sedang membakar rumah ketiga.
AWANI Pagi: Berita tumpuan & menarik di astroawani.com [21 Februari 2025]
Fokus AWANI Pagi bersama Afiezy Azaman & Farhan Hakimi
- Kadar kesuburan di Malaysia menurun sejak 2013
- JAWI panggil individu berpakaian menyerupai wanita dalam acara hiburan
- 606 sekolah tahfiz tidak pernah daftar JAIS sejak 2008
#AWANIpagi #AWANInews
- Kadar kesuburan di Malaysia menurun sejak 2013
- JAWI panggil individu berpakaian menyerupai wanita dalam acara hiburan
- 606 sekolah tahfiz tidak pernah daftar JAIS sejak 2008
#AWANIpagi #AWANInews

Mahkamah khas SOSMA: Pendekkan atau hapus tempoh tahanan 28 hari tanpa bicara
Kerajaan juga wajar mempertimbangkan pindaan akta termasuk peruntukan mengenai isu jaminan bagi mengurangkan kesesakan di penjara.

Malaysia semakin popular sebagai destinasi acara korporat India
Segmen MICE merupakan antara bidang tumpuan utama Tourism Malaysia pada SATTE tahun ini di New Delhi.

Pemandu maut, nahas dua lori di Lebuhraya Utara Selatan
Mangsa yang berusia 43 tahun meninggal dunia di tempat kejadian.

PGA tumpas cubaan seludup 1,000 anak pokok Bromeliad
Anggota Batalion 8 PGA menahan sebuah lori yang dipandu dalam keadaan mencurigakan pada kira-kira 5.30 petang, dalam Op Taring Wawasan.

When Legend Rise: KO! Adli Hafidz tumbangkan peninju Indonesia dalam pusingan ketiga
Adli Hafidz Pauzi menumbangkan Sony Manakane secara knockout (KO) dalam pertarungan When Legend Rise, di Bangkok, malam tadi.

Sanggup bujang, kerja sambilan demi jaga bapa
Bagi Noraziana, bapanya adalah segala-galanya dan sudah menjadi tanggungjawabnya untuk menjaga dengan sebaiknya sebagai membalas jasa beliau.
JAWI panggil individu pakai seperti wanita dalam acara hiburan
Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) akan memanggil semua individu yang berpakaian menyerupai wanita dalam sebuah acara hiburan pada 16 Februari lalu.
![[KOLUMNIS] Bukan omong kosong, ini bukti kerajaan sedaya upaya selesaikan MA63 [KOLUMNIS] Bukan omong kosong, ini bukti kerajaan sedaya upaya selesaikan MA63](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-10/71729517791_tbMASabahSaraw.jpg)
[KOLUMNIS] Bukan omong kosong, ini bukti kerajaan sedaya upaya selesaikan MA63
Anwar sebelum ini pernah berjanji untuk mempercepatkan proses penyelesaian tuntutan yang berkaitan dengan MA63.

Lelaki perlu implan tempurung kepala terima sumbangan Perdana Menteri
Muhammad Sufi Abdul Aziz, 36, menerima sumbangan itu daripada wakil Perdana Menteri, Pengarah Pejabat ICU Kedah Zaiton Yahya.

Rancangan kembalikan penerbangan terus Malaysia-Bahrain sedang dibincang - PM Anwar
Perkara itu antara dibangkitkan pada kunjungan hormat ke atas Putera Mahkota dan PM Bahrain Salman bin Hamad Al Khalifa di Istana Gudaibiya.

Diaspora perlu main peranan bersama, jaga imej negara di mata dunia - PM Anwar
Selain usaha pejabat kedutaan, penampilan dan pembawakan diri rakyat Malaysia di luar negara penting bagi mengekalkan nama baik sedia ada negara.

Agong berkenan terima menghadap Anwar di Bahrain
Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim berkenan menerima menghadap Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Bahrain pada Rabu.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Lawatan Anwar ke Bahrain perkukuh hubungan dua hala, jemput ke Sidang Kemuncak ASEAN
Jumlah eksport Malaysia ke Bahrain meningkat 17.4 peratus kepada RM251.2 juta (US$54.8 juta) daripada RM214.0 juta (US$46.9 juta) pada 2023.

Lawatan PM ke Bahrain bakal buka lembaran baharu hubungan diplomatik 50 tahun
Anwar juga dijadual menghadap Raja Bahrain Raja Hamad Isa Al Khalifa yang merupakan satu penghormatan tinggi kepada Malaysia.

Premier Sarawak ucap terima kasih kepada Anwar kerana iktiraf Petros
Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg menzahirkan ucapan terima kasih kepada Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim kerana mengiktiraf Petros.

PM Anwar mahu sekolah jadi tempat selamat, selesa
Beliau menekankan pentingnya tanggungjawab bersama oleh pemimpin, guru, pendidik, dan ibu bapa demi kejayaan anak bangsa, serta mengimbau peranan besar seorang guru dan pendidik.