PUTRAJAYA: Perdana Menteri mahu syarikat telekomunikasi komited membantu pengajian Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) dan Pusat Ekonomi Digital (PEDi).
Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, antara perkara perlu diberi tumpuan adalah meningkatkan lagi kepakaran dalam bidang digital, yang menurut beliau masih kurang di Malaysia.
Tambah beliau, agenda membantu rakyat juga perlu menjadi tumpuan dan bukan hanya tertumpu kepada agenda pembangunan digital.
"Saya mahu syarikat-syarikat telekomunikasi, dengan asakan baharu, dengan peluang-peluang baharu, beri tumpuan yang lebih supaya agenda pembangunan ini bukan saja kecanggihan teknologi tapi juga bantu rakyat…termasuk melalui PEDi ini.
“Ia adalah supaya kemudahan ini tidak hanya diperoleh melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC) atau kementerian tapi juga oleh syarikat telekomunikasi yang berkembang maju pada hari ini.
“Dengan cara sedemikian, kita memaknai apa itu keadilan dan juga makna Madani yakni kita mengangkat martabat negara dan dari sudut transformasi digital…ia tercapai dan kita pastikan kemudahan itu meluas ke semua peringkat,” katanya.
Tambah beliau, PEDi merupakan strategi penting dan semua pihak perlu memastikan usaha itu berhasil dan menempa kejayaan.
Beliau berkata demikian ketika berucap semasa merasmikan Persidangan PEDi Madani 2023 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) di Putrajaya pada Rabu.
Turut hadir, Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil dan Timbalannya, Teo Nie Ching.
Astro AWANI pada 13 Oktober melaporkan peruntukan sebanyak RM25 juta yang diumumkan semasa pembentangan Belanjawan 2024 hari ini akan dimanfaatkan untuk memperkasakan peranan PEDi dalam membantu masyarakat setempat.
Fahmi sebelm ini dilaporkan berkata, setakat ini terdapat 911 PEDi di seluruh negara dan 186 lagi akan dibangunkan.
Ridauddin Daud
Wed Nov 29 2023

Kata Anwar, PEDi merupakan strategi penting dan semua pihak perlu memastikan usaha itu berhasil dan menempa kejayaan. - Gambar Astro AWANI

ACLE: Kemenangan JDT bantu Malaysia huni tangga kelima Asia Timur, ke-10 seluruh Asia
Kemenangan tempoh hari membenarkan mereka menjadi tunjang buat negara Malaysia untuk mempamerkan peningkatan di pentas Asia.

Warga asing ditahan jual tisu di lampu isyarat
Penahanan dilakukan sepasukan anggota dari Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik IPD Serdang selepas menerima aduan orang awam.

Pelajar Tingkatan Satu maut dirempuh lori selepas turun bas
Supt Mohammad Shofee Tayib berkata, laporan mengenai kejadian itu diterima daripada orang awam pada jam 7.45 petang.

Nurfakhira ditemui selamat di rumah nenek rakan lelaki
ACP Bahrin berkata, remaja berkenaan ditemui dalam keadaan baik di rumah nenek rakan lelakinya.

3 bas meletup di Tel Aviv, polis Israel tuduh pengganas
Dua butir bom turut ditemukan dalam bas yang berasingan berjarak kira-kira 500 meter antara satu sama lain.

‘Palestin bukan untuk dijual’: Presiden Abbas tegaskan tolak rancangan pemindahan paksa
Presiden Palestin tegaskan negaranya "bukan untuk dijual" dan menolak sebarang usaha pemindahan penduduk Palestin secara paksa.

Kanak-kanak dilanggar depan sekolah, terperosok bawah MPV
Pihak JBPM Putrajaya menerima laporan berhubung kejadian pada 4.55 petang, melibatkan sebuah MPV jenis Perodua Alza.

Malaysia komited pimpin ASEAN tangani jenayah rentas sempadan - Ahmad Zahid
Malaysia komited untuk memimpin ASEAN dalam menangani pelbagai bentuk jenayah rentas sempadan termasuk penipuan dalam talian.

Enam juruterbang TUDM jalani latihan kendali pesawat FA-50M di Korea Selatan Oktober ini
Enam juruterbang TUDM akan jalani latihan intensif untuk membiasakan diri dengan sistem operasi pesawat baharu FA-50M di Korea Selatan pada Oktober ini.

Tipu umrah: Polis rakam keterangan 9 individu
Menurut Ramli, pegawai penyiasat telah merakam percakapan sembilan individu antaranya pengadu, pengarah dan kakitangan syarikat berkenaan.
![[KOLUMNIS] Bukan omong kosong, ini bukti kerajaan sedaya upaya selesaikan MA63 [KOLUMNIS] Bukan omong kosong, ini bukti kerajaan sedaya upaya selesaikan MA63](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-10/71729517791_tbMASabahSaraw.jpg)
[KOLUMNIS] Bukan omong kosong, ini bukti kerajaan sedaya upaya selesaikan MA63
Anwar sebelum ini pernah berjanji untuk mempercepatkan proses penyelesaian tuntutan yang berkaitan dengan MA63.

Lelaki perlu implan tempurung kepala terima sumbangan Perdana Menteri
Muhammad Sufi Abdul Aziz, 36, menerima sumbangan itu daripada wakil Perdana Menteri, Pengarah Pejabat ICU Kedah Zaiton Yahya.

Rancangan kembalikan penerbangan terus Malaysia-Bahrain sedang dibincang - PM Anwar
Perkara itu antara dibangkitkan pada kunjungan hormat ke atas Putera Mahkota dan PM Bahrain Salman bin Hamad Al Khalifa di Istana Gudaibiya.

Diaspora perlu main peranan bersama, jaga imej negara di mata dunia - PM Anwar
Selain usaha pejabat kedutaan, penampilan dan pembawakan diri rakyat Malaysia di luar negara penting bagi mengekalkan nama baik sedia ada negara.

Agong berkenan terima menghadap Anwar di Bahrain
Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim berkenan menerima menghadap Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Bahrain pada Rabu.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Lawatan Anwar ke Bahrain perkukuh hubungan dua hala, jemput ke Sidang Kemuncak ASEAN
Jumlah eksport Malaysia ke Bahrain meningkat 17.4 peratus kepada RM251.2 juta (US$54.8 juta) daripada RM214.0 juta (US$46.9 juta) pada 2023.

Lawatan PM ke Bahrain bakal buka lembaran baharu hubungan diplomatik 50 tahun
Anwar juga dijadual menghadap Raja Bahrain Raja Hamad Isa Al Khalifa yang merupakan satu penghormatan tinggi kepada Malaysia.

Premier Sarawak ucap terima kasih kepada Anwar kerana iktiraf Petros
Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg menzahirkan ucapan terima kasih kepada Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim kerana mengiktiraf Petros.

PM Anwar mahu sekolah jadi tempat selamat, selesa
Beliau menekankan pentingnya tanggungjawab bersama oleh pemimpin, guru, pendidik, dan ibu bapa demi kejayaan anak bangsa, serta mengimbau peranan besar seorang guru dan pendidik.