Ringkasan AI
- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menghadap Sultan Kedah di Istana Anak Bukit, Alor Setar, untuk membincangkan pembangunan negara dan negeri serta kesejahteraan rakyat.
- Anwar turut menyertai Sultan Kedah dan Raja Muda Kedah untuk santapan tengah hari selepas sesi menghadap.
- Anwar mendoakan kesejahteraan dan kedaulatan Sultan Kedah serta seluruh Kerabat Diraja.
Menerusi hantaran di Facebook, Anwar memaklumkan telah berkesempatan menyembah maklum kepada Sultan Kedah mengenai pembangunan negara dan negeri itu, selain menyentuh soal kesejahteraan serta kebajikan rakyat.
"Usai sesi menghadap, saya menyertai Baginda Tuanku dan Tengku Sarafudin Badlishah Ibni Sultan Sallehuddin, Raja Muda Kedah untuk santapan tengah hari.
"Mendoakan ke hadrat Allah Subhanahu Wa Ta'ala semoga Tuanku Sultan dan Sultanah serta seluruh Kerabat Diraja sentiasa berada dalam keadaan 'afiyah dan penuh kedaulatan. Daulat Tuanku," kata Anwar.
-- BERNAMA
