KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim selaku Ketua Majlis Parlimen ke-15, merafak sembah ucapan tahniah kepada Sultan Johor Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar yang dipilih sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-17.
Ucapan itu dizahirkan Anwar pada usul Ucapan Tahniah Kepada Sultan Ibrahim yang dipilih sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-17 dan Ikrar Taat Setia Dewan, sebelum sesi Waktu Pertanyaan-pertanyaan Menteri di Dewan Rakyat, hari ini.
"Saya selaku Ketua Majlis Parlimen ke-15 bagi pihak Dewan yang mulia ini, dengan sepenuh ikhlas ingin merafak sembah dengan ucapan setinggi-tinggi tahniah dan ikrar taat setia Dewan ini dipersembahkankepada Sultan Ibrahim, Sultan Yang Dipertuan Bagi Negeri dan Jajahan Takluk Johor Darul Ta'zim sempena pemilihan Baginda sebagai Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong XVII (ke-17).
"Saya juga ingin merafak sembah dengan ucapan setinggi-tinggi tahniah dan ikrar taat setia Dewan ini turut dipersembahkan kepada Sultan Perak Sultan Nazrin Shah, Sultan Yang Dipertuan dan Raja Pemerintah Negeri Perak Darul Ridzuan atas pemilihan Baginda sebagai Timbalan Yang di-Pertuan Agong," kata beliau.
Pada masa sama, Anwar menzahirkan keyakinan kerajaan dan rakyat akan mendapat limpah rahmat dan kesejahteraan yang bertambah daripada pemerintahan seorang Raja yang adil, bijaksana dan prihatin terhadap rakyat jelata dan negara.
"Sebagai teras pemerintahan Raja Berperlembagaan, saya amat berkeyakinan dengan pemerintahan Duli Yang Maha Mulia Tuanku kelak, Malaysia bakal diberkati dengan nikmat perpaduan dan kemakmuranyang berpanjangan," kata beliau.
Terdahulu Dewan Rakyat dimaklumkan usul dikemukakan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi) Datuk Seri Azalina Othman Said, yang mahu persidangan hari ini dimulakan dengan ucapan tahniah atas pemilihan Yang di-Pertuan Agong ke-17 dan Timbalan Yang di-Pertuan Agong.
Majlis Raja-Raja dalam mesyuaratnya yang ke-263 (Khas) pada Jumaat lepas, telah mengisytihar keputusan pemilihan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong ke-17 dan Timbalan Yang di-PertuanAgong selama tempoh lima tahun mulai 31 Jan 2024.
Sultan Ibrahim akan menggantikan Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah yang bakal menamatkan tempoh pemerintahan pada 30 Jan depan.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Oct 31 2023
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim yang juga Menteri Kewangan ketika Sidang Dewan Rakyat di Bangunan Parlimen hari ini. - Foto Bernama
Pesawat menuju Turkiye mendarat semula di Uganda atas langkah keselamatan
Pesawat A333 itu selamat mendarat semula di Lapangan Terbang Antarabangsa Entebbe pada pukul 10.50 pagi waktu tempatan.
Jawatan Yang Dipertua, empat pemimpin utama PBB tidak dipertandingkan - Nanta
Borang penamaan calon untuk tujuh jawatan Naib Yang Dipertua serta 30 ahli majlis kerja tertinggi akan mula diedarkan beberapa hari lagi.
Filipina ambil tindakan terhadap 2,765 anggota polis bermasalah pada 2024
Filipina telah mengambil tindakan disiplin terhadap 2,765 anggota polis sepanjang 2024, dengan 903 daripadanya dipecat.
Perak berpesta gol benam Kelantan 7-0 di Manjung
Perak FC melonjak ke tangga kelima Liga Super selepas membelasah Kelantan Darul Naim FC 7-0.
Indonesia, India jalin kerjasama strategik dalam sektor digital
Kerjasama strategik ini merupakan langkah penting yang menyatukan dua kuasa digital di Asia untuk mencipta inovasi yang memberi impak.
UTeM cipta peralatan rehabilitasi bantu pulih pesakit dalam komuniti
Program itu bertujuan meningkatkan keberkesanan pemulihan fisioterapi untuk komuniti B40 di kawasan setempat.
Tahun Baharu Cina: Polis kenal pasti 21 lokasi 'blackspot' kemalangan di Terengganu
Polis juga mengenal pasti 34 lokasi yang kerap berlaku kesesakan disebabkan pertambahan kenderaan keluar masuk ketika musim perayaan di Terengganu.
MMA puji tindakan tegas terhadap klinik kesihatan haram
Dr Kalwinder menggesa orang ramai terus berwaspada dan melaporkan sebarang aktiviti kesihatan haram kepada pihak berkuasa tanpa kelewatan.
100 pemimpin wanita sertai program PERANTIS tahun ini - Nancy
Setiap daripada mereka akan menerima sehingga RM50,000 untuk melaksanakan program pembangunan kepimpinan dalam bidang masing-masing.
Umat Islam perlu kembali kepada al-Quran sebagai panduan utama - Raja Perlis
Baginda bertitah al-Quran adalah penyelesaian muktamad bagi perbezaan yang mungkin timbul dalam kalangan umat Islam.
PM minta himpunan 1,000 pesawah di Putrajaya ditunda
Seramai 1,000 pesawah yang merancang untuk berhimpun di Putrajaya pada Isnin diminta untuk menunda ke satu tarikh lain.
Himpunan Rakyat Benci Rasuah kemuka tiga tuntutan
Himpunan Rakyat Benci Rasuah yang diadakan di ibu negara pada Sabtu membuat tiga tuntutan kepada kerajaan.
Keterangkuman, kemampanan teras kebangkitan Malaysia dan ASEAN - PM Anwar
Keterangkuman dan kemampanan harus dijadikan teras dalam kebangkitan Malaysia dan ASEAN.
Moody's kekalkan penarafan kredit berdaulat Malaysia pada 'A3', tinjauan stabil
Pengesahan itu mencerminkan usaha berterusan kerajaan dalam memacu pertumbuhan ekonomi, serta kekal pada landasan pembaharuan fiskal.
Anwar tiada masalah dengan "Himpunan Rakyat Benci Rasuah", tapi gesa bersifat adil
Perdana Menteri secara peribadi tidak mempunyai masalah tentang penganjuran "Himpunan Rakyat Benci Rasuah" yang bakal berlangsung pada Sabtu.
Dunia semakin tidak menentu, Malaysia perlu perkukuh kekuatan dalaman – PM Anwar
PM Anwar gesa rakyat untuk bangkit dan memberi fokus kepada bidang yang kritikal seperti ilmu dan kemahiran, keterampilan dan AI.
WEF 2025: Pelbagai sektor bakal raih sinergi, pulangan lumayan - PM Anwar
Anwar Ibrahim berkata WEF 2025 juga menjadi platform untuk memperkukuh hubungan bilateral serta kerjasama antara Malaysia dan pihak berkaitan.
Tol percuma musim perayaan: Kerajaan teliti mekanisme terbaik - PM
Subsidi tol tidak boleh terus diberikan kepada golongan berkemampuan sama seperti subsidi elektrik dan minyak.
WEF 2025: Konglomerat global nyata hasrat melabur di Malaysia - PM
Hasrat itu dinyatakan oleh peneraju MNC dalam beberapa siri mesyuarat perniagaan di luar Forum Ekonomi Dunia (WEF) 2025.
WEF 2025: Potensi besar ASEAN jadi tumpuan di pentas global - Anwar
ASEAN berpotensi sebagai rantau yang terus berkembang dengan pertumbuhan ekonomi lebih pesat.