MARANG: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata beliau telah meminta syarikat minyak dan gas terbesar di dunia, Saudi Aramco untuk melabur di Kemaman, Terengganu.
Beliau berkata sebelum ini Pengerusi Aramco Yasir O. Al-Rumayyan memaklumkan kepadanya bahawa syarikat itu mahu menjadikan Johor sebagai pusat gerakan mereka di rantau Asia Tenggara.
"Tetapi saya kata tidak apa dan saya bagi tahu suruh pergi ke Kemaman," katanya semasa berucap pada Ceramah Mega Jelajah Perpaduan MADANI Terengganu di Wakaf Tapai malam ini.
Mengulas lanjut, Anwar berkata semasa Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berangkat menunaikan haji baru-baru ini, Raja Arab Saudi Raja Salman bin Abdulaziz Al- Saud dan Perdana Menteri Putera Mohammed bin Salman bin Abdulaziz Al-Saud memaklumkan bahawa negara itu bersetuju untuk jadikan Malaysia sebagai pusat pelaburan terbesar Arab Saudi di Asia Tenggara.
"Ini semua bukan sebab Anwar Ibrahim, tetapi kerana kerjasama Pakatan Harapan, Barisan Nasional dan Sabah serta Sarawak. Mereka tahu kerajaan kita sekarang ini stabil," katanya.
Dalam pada itu, Anwar berkongsi perasaan terhutang budinya pada dua tokoh pemimpin politik Allahyarham Tan Sri Nik Abdul Aziz Nik Mat dan Allahyarham Datuk Fadzil Noor.
"Saya tidak pernah melupakan jasa Tuan Guru Nik Aziz dan Ustaz Fadzil Noor. Mereka menunjukkan contoh terbaik sebagai orang Islam yang membela nasib rakyat dan kasih pada semua orang dan bukannya seperti pemimpin pembangkang ketika ini yang suka menghina orang lain," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Aug 09 2023

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berucap pada program Ceramah Mega Jelajah Perpaduan MADANI Terengganu di Wakaf Tapai hari ini. - Foto BERNAMA
Iran adakan majlis pengebumian, berkabung atas kematian Hassan Nasrallah
Iran mengadakan majlis berkabung bagi memperingati pemimpin Hezbollah yang dibunuh, Hassan Nasrallah, di ibu negara Tehran pada Ahad, hari yang sama Nasrallah dikebumikan dalam satu upacara pengebumian besar-besaran di Beirut.
Didik anak-anak bezakan kesahihan maklumat - Dr Wan Azizah
Kepesatan penyebaran pelbagai maklumat ketika ini menuntut ibu bapa memainkan peranan sangat penting dalam mendidik anak-anak untuk lebih bijak menilai serta membezakan kesahihan berita diterima, khususnya dengan kemunculan teknologi kecerdasan buatan (AI).
Polis perak berkas 15 ahli sindiket tawar pekerjaan tidak wujud
Polis berjaya menumpaskan satu sindiket penipuan pekerjaan dalam talian yang beroperasi di sebuah rumah inap di Pulau Pangkor, dalam serbuan pada Jumaat lepas.
Dua maut dalam kemalangan babit sebuah kereta, empat motosikal
Dua penunggang motosikal maut dalam kemalangan melibatkan sebuah kereta dan empat motosikal di kilometer 84, jalan Kota Tinggi-Kluang, Kluang tengah malam Ahad.
KPKT sasar bina 112 Taman Rekreasi MADANI tahun ini
Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) menerusi Jabatan Landskap Negara (JLN) menyasarkan pembinaan 112 Taman Rekreasi MADANI (TRM) di seluruh negara pada tahun ini.
Timbalan menterinya Datuk Aiman Athirah Sabu berkata ia termasuk pembinaan lapan TRM yang akan dibangunkan di Selangor melibatkan peruntukan RM4 juta.
Timbalan menterinya Datuk Aiman Athirah Sabu berkata ia termasuk pembinaan lapan TRM yang akan dibangunkan di Selangor melibatkan peruntukan RM4 juta.

Chery akan bangunkan Taman Perindustrian Automotif Pintar di Hulu Selangor
Taman Perindustrian Chery Smart Auto akan dibangunkan dalam tempoh lima tahun dengan pelaburan sebanyak RM2.2 bilion.

Sarawak capai kejayaan dalam elektrifikasi luar bandar dengan peluasan grid RES di Daro
Julaihi berkata projek itu akan membekalkan tenaga elektrik kepada 186 isi rumah di lapan kampung.

2 kanak-kanak maut dalam insiden letupan di Kemboja
Peluru 66mm (B-63) yang dipercayai peninggalan perang itu meletup pada Sabtu di Kampung Kranhong, Komun Ta Siem, Daerah Svay Leu.

Kerajaan peruntuk RM16.21 juta bagi pembangunan Orang Asli di Johor
Peruntukan menerusi JAKOA itu meliputi pelaksanaan pelbagai program ekonomi, keusahawanan, bantuan perumahan, pembangunan infrastruktur.

ATC 2025: Skuad Malaysia capai sasaran pingat
Sebelum ini, Mohd Harnizam meletakkan sasaran tiga pingat tanpa mengira warna bagi kejohanan itu.

Perdana Menteri akan bertemu Petronas untuk bincang mengenai projek di Pengerang
Beliau berkata terdapat satu lagi aspek yang perlu dibincangkan berhubung komitmen Saudi Aramco memperluas fasiliti di Pengerang.

Aramco sasar operasi runcit di Malaysia, Asia Tenggara
Saudi Aramco berhasrat mengembangkan aktiviti hilirannya di Malaysia sejajar dengan sasaran untuk menjadikan Kompleks Bersepadu Pengerang (PIC) di Johor sebagai hab terbesar di Asia Tenggara.

Saudi Aramco komited perluaskan fasiliti di Pengerang, Johor - PM Anwar
Perkara itu dinyatakan kepimpinan Saudi Aramco pada sesi perbincangan bersama Anwar di Hotel Ritz-Carlton di Riyadh pada pagi Sabtu.

Belum ada perbincangan mengenai pelaburan Saudi Aramco di Terengganu - Tengku Zafrul
Pihaknya bersedia menerima cadangan dan berbincang dengan syarikat minyak dan gas terbesar di dunia itu.

PM Anwar minta Saudi Aramco melabur di Kemaman
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata beliau telah meminta syarikat minyak dan gas terbesar di dunia, Saudi Aramco untuk melabur di Kemaman, Terengganu.

Geely, Saudi Aramco berminat jadikan Malaysia hab terbesar di Asia Tenggara - PM Anwar
Anwar mengumumkan syarikat pengeluar kenderaan Geely Automobile Holdings Ltd dari China bakal menjadikan Proton City Tanjung Malim sebagai kota automobil terbesar di Asia Tenggara.

Syarikat minyak dan gas dijangka raih keuntungan tinggi pada 2023 dan seterusnya - Ahli Ekonomi
Menurut Shan, pasaran minyak bergerak antara landskap geopolitik dan ekonomi geostrategik yang sangat berbeza daripada 2008.

Syarikat minyak dan gas dunia dijangka kerugian besar tahun ini
Fitch Ratings melaporkan pandemik COVID-19 dijangka mengakibatkan kejatuhan pendapatan syarikat pengeluar dan penerokaan minyak dan gas sebanyak AS$1.8 trilion tahun ini.

Apple jadi syarikat AS pertama bernilai AS$2 trilion
Saham Apple telah meningkat hampir 60 peratus pada tahun ini ketika ia mengatasi penutupan kilang di China yang menghasilkan iPhone dan penutupan kedai fizikalnya akibat COVID-19.

Terserah kepada Petronas untuk putuskan tawaran Saudi Aramco - Tun Mahathir
Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamed berkata terserah sepenuhnya kepada Petroliam Nasional Bhd (Petronas) untuk memutuskan sama ada mahu mengambil bahagian dalam tawaran IPO Saudi Aramco.