DAVOS : Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memulakan lawatan kerja rasmi ke Davos dengan mengadakan beberapa mesyuarat perniagaan bersama syarikat multinasional.

Pertemuan itu adalah bertujuan untuk memperkukuhkan kerjasama serta membincangkan potensi pelaburan.

Mesyuarat itu melibatkan tokoh-tokoh dunia korporat utama termasuk Ketua Pegawai Eksekutif AstraZeneca, March Dunoyer; Pengerusi Eksekutif Fortescue, Dr. Andrew Forrest AO serta Pengerusi DP World, Sultan Ahmed Sulayem.

Turut hadir dalam mesyuarat adalah Naib Presiden Kanan Medtronic, Majid Kaddaoumi; Naib Presiden Eksekutif Nestle, Remy Ejel; dan Presiden Google, Ruth Porat.

Setiap pertemuan berlangsung selama kira-kira 30 minit, di mana pelbagai isu kerjasama ekonomi dan peluang pelaburan strategik dibincangkan secara mendalam.

Perdana Menteri diiringi oleh Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz dan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Zambri Abrul Kadir.

Lawatan kerja antara lain mencerminkan komitmen kerajaan dalam memperkukuh hubungan dengan pelabur antarabangsa dan mempromosikan Malaysia sebagai destinasi pelaburan berdaya saing.