SINGAPURA: Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim merupakan "rakan lama Singapura," kata Menteri Luar republik itu Dr Vivian Balakrishnan.
"Ramai Menteri Singapura mengenali rakan sejawat mereka di Malaysia sehingga selama beberapa dekad, dan kami sentiasa berhubung," katanya semasa perbahasan jawatankuasa perbekalan di Parlimen pada Isnin.
Balakrishnan berkata demikian sebagai jawapan balas kepada soalan yang dikemukakan dua Ahli Parlimen (MP) mengenai hubungan Singapura dengan Malaysia.
"Pada akhir Januari, kami menyambut kedatangan PM Anwar dalam lawatan sulungnya ke Singapura. Lawatan itu membuahkan hasil," katanya.
Semasa lawatan itu, kedua-dua negara menandatangani tiga Memorandum Persefahaman (MOU) G-to-G berkaitan Perjanjian Rangka Kerja Ekonomi Digital dan Lestari, serta MOU mengenai Perlindungan Data Peribadi, Keselamatan Siber dan Ekonomi Digital.
"Dan ini menandakan komitmen kami untuk mengusahakan bidang baharu yang menjadi tumpuan bersama.
"Kami mengalu-alukan PM Anwar untuk berkunjung semula ke Singapura pada akhir tahun ini bagi menghadiri Pemukiman Pemimpin Ke-10," kata Balakrishnan.
Menteri itu menegaskan bahawa "jalinan erat dengan Malaysia disokong oleh hubungan rakyat dengan rakyat yang kukuh dan pertukaran peringkat tinggi yang kerap."
Beliau berkata, kedua-dua pihak juga mempunyai projek kerjasama berterusan yang penting, termasuk Pautan Sistem Transit Rapid (RTS) antara Singapura dan Johor Bahru.
"Projek ini akan memudahkan perjalanan puluhan ribu rakyat yang merentasi sempadan setiap hari. Ia telah mencapai kemajuan yang memberangsangkan dan dijangka mula beroperasi pada penghujung 2026," katanya.
Bagaimanapun, menteri itu menjelaskan bahawa seperti mana-mana persahabatan, masalah akan timbul dari semasa ke semasa.
Memetik contoh, Balakrishnan berkata, walaupun isu kedaulatan ke atas Pedra Branca telah diselesaikan secara muktamad, Malaysia telah menimbulkan bantahan terhadap kerja-kerja pembangunan Singapura di Pedra Branca.
"Kerja-kerja ini perlu demi meningkatkan keselamatan maritim serta meningkatkan keupayaan mencari dan menyelamat di kawasan itu. Kerja-kerja itu juga akan memastikan bahawa Pedra Branca dilindungi daripada ancaman kenaikan paras laut," katanya.
Balakrishnan memberi jaminan kepada Ahli Parlimen bahawa kerja-kerja pembangunan berkenaan berdasarkan undang-undang antarabangsa dan kedaulatan Singapura ke atas pulau itu dan perairannya.
"Namun, atas semangat kerjasama dan kepercayaan, kami menggantung sementara kerja-kerja itu pada Mei 2022, untuk memudahkan perbincangan mengenai kebimbangan Malaysia dan menangani secara komprehensif berhubung persoalan Malaysia.
"Pada Disember 2022, Singapura mengemukakan cadangan kepada Malaysia untuk menyelesaikan isu berkenaan dan meneruskan kerja-kerja pembangunan di kawasan itu.
Selepas itu, kami bersetuju dengan permintaan Malaysia untuk diberi masa mempertimbangkan penjelasan dan cadangan kami," katanya.
Pada masa ini, menteri itu memaklumkan bahawa kerja pembangunan dihentikan sementara kerana musim tengkujuh.
"Kami akan menguruskan perbezaan kami secara konstruktif dan pragmatik dan tidak membenarkan sebarang isu membayangi keseluruhan perhubungan."
Menjawab soalan tambahan yang dikemukakan seorang ahli parlimen mengenai bila pembangunan di Pedra Branca dijangka dimulakan semula, Balakrishnan menjawab: "Saya tidak akan memberi anda tarikh tertentu kerana sebenarnya perbincangan dengan Malaysia masih diteruskan."
"Jadi, saya tidak mahu merumitkan dengan membuat pengumuman awam pada masa ini. Tetapi marilah kita teruskan perbincangan ini dengan Malaysia buat sementara waktu. Terdapat tarikh akhir, tetapi saya tidak mahu membuat kenyataan umum sehingga sesuai masanya."
Di Malaysia, Pedra Branca dirujuk sebagai Batu Puteh. - BERNAMA
Bernama
Mon Feb 27 2023

Datuk Seri Anwar Ibrahim (kanan) dan Dr Vivian Balakrishnan. - Gambar Facebook Anwar Ibrahim

ACC: Selamat datang! Azizulhasni Awang kini pengulas Astro Arena
Ia merupakan perasaan berbeza ketika beraksi sebagai atlet di dalam trek berbanding ketika melakukan ulasan di tempat duduk penonton.

Pemergian Ishsam kehilangan besar buat arena bola sepak negara - PBMM
Mohd Firdaus turut menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga Ishsam.

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.

PM Anwar komited tingkatkan hubungan Malaysia, ASEAN dengan Rusia
Malaysia sebagai Pengerusi ASEAN 2025 akan memastikan rantau ASEAN mempunyai kerjasama dan hubungan bilateral yang lebih baik dengan Rusia.

PM Anwar adakan perjumpaan dengan diaspora Malaysia di New Delhi
Beliau menekankan keperluan Malaysia membuat beberapa keputusan yang tidak popular untuk mengelak kekayaan negara daripada dieksploitasi pihak luar.

Tesla sedang rugi, Malaysia tidak begitu terjejas - PM
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, perkara itu adalah disebabkan syarikat Elon Musk itu sedang mengalami kerugian yang besar, dan tidak mampu bersaing dengan industri EV China.

Dasar ekonomi bertanggungjawab pacu kekuatan ringgit - PM Anwar
Kedudukan domestik dan kekuatan ringgit pada masa ini sangat memberangsangkan walaupun keadaan geopolitik di peringkat global amat membimbangkan.

Lantikan semula Azam Baki: PM Anwar ada beberapa pertimbangan - Fahmi
Perdana Menteri sudah membuat beberapa pertimbangan sebelum memutuskan mengenai pelantikan semula Tan Sri Azam Baki sebagai Ketua Pesuruhjaya SPRM.

PM Anwar arah tanam 100 pokok gantikan pohon terpaksa ditebang
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mahu setiap pohon yang terpaksa ditebang, digantikan dengan 100 pokok baharu yang wajib ditanam semula.

Nahas helikopter Lumut: Negara berduka cita, PM Anwar utus salam takziah
Tragedi berkenaan memberi kesan yang mendalam kepada keluarga ATM dan kehilangan besar buat negara, kata Anwar.

Nasib suami isteri sakit dapat perhatian Perdana Menteri
Sumbangan wang tunai daripada PM diharap dapat bantu ringankan beban Arman Othman sekeluarga.

Anwar bertemu diaspora Malaysia di Tokyo
Seramai 416 rakyat Malaysia di Jepun berpeluang bertemu Perdana Menteri pada majlis minum petang diaspora Malaysia.

Saya tak halang atau letak syarat ketat beri peruntukan wakil rakyat - Anwar
PM mahu peraturan dihormati iaitu Ahli Parlimen pembangkang perlu melakukan rundingan bersama TPM terlebih dahulu.