JEDDAH: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim telah menyaksikan pemeteraian tiga Memorandum Persefahaman (MoU) antara syarikat swasta Malaysia dan Arab Saudi.
Ketiga-tiga MoU itu ditandatangani antara Dagang Nexchange Bhd dan Ajlan & Bros Holding Group Co; Dewan Perniagaan Antarabangsa Kuala Lumpur dan Wadi Makkah Knowledge Co; dan Qhub International Sdn Bhd dan Eromman Technologies Sdn Bhd.
Majlis yang turut disaksikan oleh Pengerusi Dewan Perniagaan dan Perindustrian Jeddah Sheikh Mohammed Yousuf Naghi berlangsung di The Ritz-Carlton Jeddah selepas solat Tarawih malam tadi.
Turut hadir ialah Menteri Luar Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir, Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil dan Duta Besar Malaysia ke Arab Saudi Datuk Wan Zaidi Wan Abdullah.
Terdahulu, Anwar dan delegasinya yang kini dalam lawatan rasmi tiga hari ke ke Arab Saudi telah mengadakan pertemuan dengan kira-kira 20 pemimpin syarikat negara itu dalam mesyuarat meja bulat untuk membincangkan bidang kerjasama dan sektor-sektor baharu yang boleh diterokai bersama.
Pada mesyuarat selama sejam itu, Perdana Menteri memberi jaminan kepada pemimpin industri Arab Saudi bahawa mereka kini boleh mengharapkan kestabilan politik di Malaysia serta pendekatan perniagaan yang lebih dinamik daripada kerajaan semasa.
Anwar juga berjanji bahawa pentadbirannya akan komited untuk memastikan tadbir urus yang baik.
Perdana Menteri turut diberi taklimat oleh ahli perniagaan Malaysia mengenai penglibatan meluas mereka dalam bandar futuristik Neom, projek mega terbaharu Arab Saudi, dan pelbagai peluang yang menanti pihak industri dari Malaysia.
Sementara itu, Sheikh Mohammed Yousuf menyifatkan Malaysia sebagai inspirasi untuk pembaharuan sambil menambah komuniti perniagaan Arab Saudi yakin dengan kestabilan politik di Malaysia dan bersedia untuk membawa usaha mereka ke peringkat seterusnya.
"Melangkah ke hadapan, kami mengintai peluang dalam tenaga boleh diperbaharui, dan kami berharap pelabur Arab Saudi boleh melibatkan diri dalam usaha sama dan memanfaatkan pengetahuan Malaysia," katanya.
Antara lain, syarikat-syarikat Arab Saudi telah menyatakan minat mereka untuk meneroka dalam pembuatan cip mikro dan semikonduktor, sektor perubatan dan pendidikan.
Perdana Menteri dan delegasi dijadual berlepas pulang hari ini.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Mar 24 2023
Anwar menyaksikan majlis menandatangani MoU antara syarikat swasta Malaysia dan Arab Saudi di The Ritz-Carlton Jeddah selepas solat Tarawih malam tadi. --fotoBERNAMA
Pantau Agenda Reformasi: Misi PM ke UK: Apa bakal kita dapat?
Selepas lawatan kerja rasmi ke UAE, PM meneruskan misi ke beberapa buah negara di Eropah seperti UK, Jerman dan Switzerland. Apa manfaat daripada hasil lawatan ini?
TRAVEX 2025 menghimpunkan peserta dari lebih 40 negara
Penganjuran ASEAN Travel Exchange (TRAVEX) 2025 yang diadakan bersempena dengan Forum Pelancongan ASEAN (ATF) 2025 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Persada Johor, menghimpunkan peserta dari 42 negara, mencerminkan jangkauan luasnya.
Syarikat pembekal sandwic kontroversi dakwa bahan mentah ada sijil halal
Syarikat itu memberitahu, penghasilan sandwic itu menggunakan roti, keju, dan kepingan daging ayam yang diperakukan halal oleh Jakim.
Malaysia perkukuh perdagangan minyak sawit, kerjasama serantau - MPOB
Malaysia komited memanfaatkan rangka kerja serantau seperti Perkongsian Ekonomi Komprehensif Serantau (RCEP) dan Perjanjian Perdagangan Bebas (FTA) ASEAN dengan negara seperti Korea Selatan, Australia dan New Zealand.
MOTAC seru negara anggota ASEAN tingkat kerjasama
Malaysia menyeru semua negara ASEAN mempertingkatkan kerjasama bagi melonjakkan sektor pelancongan di rantau ini.
Saya telah bertemu Jho Low di Abu Dhabi sebelum sertai 1MDB - Arul Kanda
Bekas Ketua Pegawai Eksekutif 1MDB Arul Kanda Kandasamy memberitahu beliau bertemu Jho Low di Abu Dhabi, empat tahun sebelum pelantikannya ke dalam syarikat itu.
Pengerusi ASEAN 2025: Malaysia akan turut fokus isu pemerdagangan bahan buangan
Timbalan Menteri MITI, Liew Chin Tong berkata, perkara itu memerlukan kerjasama semua negara anggota ASEAN, serta negara pembekal bahan buangan di Eropah dan Amerika Utara.
ASEAN 2025: Inisiatif label 'Buatan ASEAN' untuk perdagangan serantau
Cadangan inisiatif label 'Buatan ASEAN' sempena Pengerusian ASEAN 2025, dengan matlamat meningkatkan integrasi ekonomi serantau dan mempromosikan produk berkualiti premium setanding standard antarabangsa. Langkah ini turut menekankan kerjasama antara negara anggota untuk menghapuskan halangan perdagangan dan memperkasa PMKS di rantau ini.
Perancis harap kemajuan ASEAN di bawah kepimpinan Malaysia
Perancis menyatakan komitmen untuk terus bekerjasama rapat dengan blok Asia Tenggara, berikutan peranan Malaysia sebagai Pengerusi ASEAN tahun ini.
Perang dagang: ASEAN dijangka menerima manfaat terbesar
Firma penyelidikan RHB Investment Bank menjangka, manfaat terbesar akan dinikmati oleh Malaysia, Vietnam, Indonesia dan Thailand.
Lawatan ke UAE buahkan kejayaan bermanfaat untuk rakyat, negara - PM Anwar
Sebagai Pengerusi ASEAN 2025, Malaysia akan memainkan peranan lebih luas dan meningkatkan kerjasama strategik dalam beberapa bidang.
Perancis alu-alukan inisiatif baharu Malaysia di bawah kepengerusian ASEAN
Perancis mengalu-alukan kemajuan dan inisiatif baharu Malaysia di bawah Kepengerusian ASEAN tahun ini.
Kedudukan unik Malaysia bantu rangka dasar ekonomi komprehensif, mampan
Malaysia beruntung kerana stabil dari segi politik walaupun mempunyai rakyat yang berbilang budaya, agama dan bangsa.
Lawatan kerja: PM adakan perbincangan dengan Presiden Kenya, Uganda
Kenya dan Uganda menyatakan kesepakatan meningkatkan perdagangan dua hala dengan Malaysia.
MY-UAE CEPA: Rundingan FTA terpantas dalam sejarah Malaysia - Tengku Zafrul
MY-UAE CEPA telah mencipta rekod baharu untuk Malaysia sebagai perjanjian perdagangan bebas paling pantas dimuktamadkan.
MY-UAE CEPA tingkat akses pasaran, kurangkan tarif perdagangan – PM
Perjanjian Perkongsian Ekonomi Komprehensif antara Malaysia dan Emiriah Arab Bersatu (MY-UAE CEPA) membuka lembaran baharu dalam hubungan perdagangan dua hala.
Lawatan kerja PM: Malaysia-UAE meterai perjanjian perdagangan bebas
Malaysia dan Emiriah Arab Bersatu (UAE) menandatangani Perjanjian Perkongsian Ekonomi Komprehensif Malaysia-UAE (CEPA).
Lawatan kerja: Anwar bertemu PM UAE bincang pengembangan usahasama strategik
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim bertemu Perdana Menteri dan Naib Presiden Emiriah Arab Bersatu (UAE), Sheikh Mohammed Rashid Al Maktoum pada Isnin di Dubai.
Lawatan kerja ke UK: PM bakal adakan pertemuan dengan Keir Starmer
Anwar dijadual mengadakan mesyuarat dua hala dengan Perdana Menteri UK, Keir Starmer di No. 10, Downing Street pada 15 Januari.
Malaysia bakal terima pelaburan jangka panjang susulan lawatan kerja Perdana Menteri ke UAE
Anwar berkata sinergi padu antara Malaysia dan ADIA menjelmakan keyakinan terhadap potensi pertumbuhan ekonomi negara yang mampan.