TOKYO: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam usahanya menangani ancaman ketaksuban, kecelaruan dan sikap tidak bertoleransi yang mengancam untuk memecahbelahkan masyarakat dan menjejaskan keamanan, menyeru agar rasa empati dan dialog terbuka dalam kalangan masyarakat pelbagai kaum, latar belakang dan agama dtingkatkan lagi.
Dalam ucapan sempena memperingati mendiang Profesor Toshihiko Izutsu di Universiti Keio di sini, perdana menteri berkata ditambah dengan faktor lain seperti politik dan etnosentrisme, kekurangan empati sebagai contohnya, menyebabkan lahirnya Islamofobia.
"Semasa kita memberi penghormatan kepada Toshihiko Izutsu, marilah juga kita renungkan keperluan mendesak untuk dialog peradaban dalam dunia kita yang semakin berpecah-belah.
"Dengan memupuk empati, persefahaman dan rasa hormat, kita boleh menentang perpecahan dan membina jambatan merentasi budaya, agama dan negara," katanya dalam ucapan selama 40 minit di hadapan kira-kira 200 hadirin.
Izutsu adalah seorang sarjana Jepun yang pakar dalam pengajian Islam dan perbandingan agama, dikenali sebagai penterjemah terbaik al-Quran ke dalam bahasa Jepun.
Anwar berkata teras kepada pendekatan Izutsu ialah doktrin empati beliau dalam pengajian agama, dan lensa empati ini amat relevan dalam masyarakat berbilang budaya seperti Malaysia, yang memiliki masyarakat pelbagai agama dan budaya yang wujud bersama.
"Saya percaya di Jepun, walaupun terdapat empati yang lebih besar dalam pendekatan terhadap kajian agama Buddha dan Kristian seperti ditunjukkan oleh tahap dan kekerapan dialog yang diadakan, nampaknya ia agak kurang dalam kes pendekatan terhadap Islam.
"Sebab itu saya memuji universiti ini dan merakamkan penghargaan yang tidak terhingga kerana menjemput saya untuk majlis pidato ini. Pada pandangan saya secara rendah hati saya katakan, jika kita ingin berpegang teguh kepada ajaran dan teladan mulia Izutsu, perlu ada dialog yang lebih besar juga antara umat Islam di satu pihak dan penganut Buddha dan Kristian di pihak yang lain," katanya.
Anwar seterusnya berkata adalah menjadi kewajipan bagi umat Islam untuk bersikap empati terhadap agama lain bagi menggalakkan dan memelihara keharmonian masyarakat, tetapi empati perlu bersifat timbal balik.
"Betapa penting bagi umat Islam untuk memahami dan wujud rasa ihsan terhadap agama lain, maka begitulah juga pentingnya penganut Buddha, Kristian, Hindu dan lain-lain mempunyai empati yang sama terhadap Islam," katanya.
Dalam mengetengahkan usaha Malaysia kearah persefahaman baru-baru ini, Anwar berkata Malaysia menjadi tuan rumah persidangan antarabangsa sulung pemimpin agama awal bulan ini, dengan tokoh agama dan intelektual dari seluruh dunia mengambil bahagian untuk menjalin pemahaman agama yang lebih besar dan dialog silang budaya.
"Dalam dunia yang wujudnya populisme dan ekstremisme etnik atau agama, seruan untuk empati mungkin bukan pendekatan yang paling mudah terutamanya bagi ahli politik yang ingin dipilih semula.
"Kita melihat ini di seluruh dunia terutamanya di Eropah dan Amerika Syarikat, itulah sebabnya keperluan untuk dialog silang budaya lebih mendesak berbanding sebelum ini," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Fri May 24 2024
Anwar menyampaikan ucapan bertajuk 'A Feast of Civilisations: The Life and Mind of Toshihiko Izutsu' ketika berucap di Bangunan Penyelidikan Timur, Universiti Keio, Tokyo, 24 Mei 2024. -- fotoBERNAMA
Jumlah mangsa banjir di Sarawak meningkat sedikit, Johor dan Perak kekal pagi ini
Jumlah mangsa banjir di Sarawak meningkat sedikit manakala di Johor dan Perak kekal setakat 8 pagi ini.
AWANI Pagi :Kurang minat SPM: Perlu empati atau kritikan
Diskusi 8.30 pagi Khamis bersama Dr. Nur Shahidah Paad, Pensyarah Kanan di Jabatan Dakwah dan Pembangunan Insan, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya (UM) membincangkan mengenai psikologi kumpulan pelajar yang tidak berminat dengan peperiksaan penting seperti SPM dan bagaimana cara sewajarnya memberi motivasi kepada mereka untuk mementingkan ilmu menjamin masa depan.
500 tan metrik kelapa sebulan di bawa masuk bermula Februari - KPKM
FAMA mengambil langkah proaktif bagi menangani isu kekurangan bekalan kelapa di pasaran dengan meningkatkan pembelian kelapa tua dari Indonesia.
Multilateralism: The key factor on climate control
Join Executive Director and Professor of Planetary Health at Sunway University, Tan Sri Dr. Jemilah Mahmood, as she highlights how multilateralism drives global solutions for climate change and a sustainable future.
Agak mustahil pakej umrah bawah RM6,000
Berdasarkan situasi semasa, kos umrah yang ideal adalah antara RM6,000 dan RM7,000 serta akan meningkat pada cuti sekolah dan Ramadan.
[Data & Statistik] Prestasi ringgit setakat 16 Januari 2025
Ketua ahli ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata dari segi teknikal, ringgit berada di kedudukan terlebih jual yang mungkin menarik minat peniaga untuk membeli mata wang tempatan itu. Bagaimana prestasi ringgit berbanding dolar US setakat pagi ini?
[Data & Statistik] Prestasi Bursa Malaysia setakat 16 Januari 2025
Bagaimana prestasi dagangan FBM KLCI pada pembukaan Rabu? Ikuti perkembangan lanjut di Niaga AWANI.
US Chip War: Malaysia’s tech aspirations under pressure, what lies ahead?
As Malaysia sets its sights on becoming a global AI and semiconductor hub, Tier 2 classification and GPU import restrictions could be a roadblock. Will these challenges stifle its technological ambitions and deter global investors, or can Malaysia navigate its way to maintain its competitive edge in the global semiconductor supply chain?
YTL group akan labur £4 bilion di uk dalam tempoh 5 tahun
Pelaburan tersebut yang merangkumi bandar baharu paling pintar akan turut menyediakan lebih 30,000 pekerjaan di seluruh UK.
Perjanjian gencatan senjata, Hamas puji sokongan Malaysia semasa krisis Gaza
Ahli biro politik Hamas Khalil al-Hayya memuji "pendirian terhormat" Malaysia dalam menyokong Palestin semasa konflik yang berterusan.
PM ucap tahniah kepada Cikgu Nazmi disenarai 50 finalis Hadiah Guru Global
Keikhlasan Nazmi mendidik pelajar dengan menyuntik daya cipta dalam pendidikan di sekolah luar bandar adalah contoh kepimpinan membanggakan.
YTL Group akan labur £4 bilion di UK, sedia lebih 30,000 peluang pekerjaan
Pelaburan tersebut yang merangkumi bandar baharu paling pintar, akan turut menyediakan lebih 30,000 pekerjaan di seluruh UK.
CPTPP saluran kritikal kembang pelaburan, perdagangan antara Malaysia, UK - PM Anwar
Anwar berkata ini dapat dilaksanakan susulan daripada langkah kedua-dua negara menyertai perjanjian tersebut.
Malaysia, UK optimis peroleh penyelesaian isu Gaza secepat mungkin
Anwar berkata perkara itu dibincangkan semasa pertemuan dengan rakan sejawatnya Sir Keir Starmer di No. 10, Downing Street, London, pada Rabu.
Lawatan ke UAE buahkan kejayaan bermanfaat untuk rakyat, negara - PM Anwar
Sebagai Pengerusi ASEAN 2025, Malaysia akan memainkan peranan lebih luas dan meningkatkan kerjasama strategik dalam beberapa bidang.
Perancis alu-alukan inisiatif baharu Malaysia di bawah kepengerusian ASEAN
Perancis mengalu-alukan kemajuan dan inisiatif baharu Malaysia di bawah Kepengerusian ASEAN tahun ini.
Kedudukan unik Malaysia bantu rangka dasar ekonomi komprehensif, mampan
Malaysia beruntung kerana stabil dari segi politik walaupun mempunyai rakyat yang berbilang budaya, agama dan bangsa.
Lawatan kerja: PM adakan perbincangan dengan Presiden Kenya, Uganda
Kenya dan Uganda menyatakan kesepakatan meningkatkan perdagangan dua hala dengan Malaysia.
MY-UAE CEPA: Rundingan FTA terpantas dalam sejarah Malaysia - Tengku Zafrul
MY-UAE CEPA telah mencipta rekod baharu untuk Malaysia sebagai perjanjian perdagangan bebas paling pantas dimuktamadkan.
MY-UAE CEPA tingkat akses pasaran, kurangkan tarif perdagangan – PM
Perjanjian Perkongsian Ekonomi Komprehensif antara Malaysia dan Emiriah Arab Bersatu (MY-UAE CEPA) membuka lembaran baharu dalam hubungan perdagangan dua hala.