SADAO: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dijadual mengadakan lawatan ke Sadao hari ini dan bertemu rakan sejawatannya dari Thailand Srettha Thavisin, bagi membincangkan isu berkaitan kerjasama dua hala antara negara.
Bahagian Asia Tenggara Kementerian Luar dalam kenyataan malam tadi memaklumkan bahawa lawatan ini adalah susulan persetujuan-persetujuan yang dicapai semasa lawatan Srettha ke Malaysia pada 11 dan 12 Okt lepas.
Antara perkara utama akan dibincangkan kedua-dua pemimpin ialah berkenaan penubuhan pasukan petugas bersama Malaysia-Thailand untuk meningkatkan kerjasama dua hala dan projek-projek kesalinghubungan Malaysia-Thailand.
"Tumpuan utama lawatan Perdana Menteri ke Sadao, Wilayah Songkhla, Thailand ini adalah untuk melihat kemajuan projek jajaran jalan menghubungkan pusat pemeriksaan Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) Bukit Kayu Hitam di Malaysia serta Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin (CIQ) Sadao, Thailand.
"Projek ini dijangka dapat mengatasi masalah kesesakan trafik di sempadan, seterusnya memudahkan pergerakan penumpang dan barang-barang rentas sempadan," katanya dalam kenyataan kepada Bernama malam tadi.
Selain mengadakan lawatan ke bangunan baharu CIQ Sadao, kedua-dua pemimpin juga akan mengadakan mesyuarat dan sesi plenari sebelum melawat tapak titik pertemuan Projek Jajaran Jalan Menghubungkan ICQS Bukit Kayu Hitam dan CIQ Sadao.
Jajaran Jalan Menghubungkan ICQS Bukit Kayu Hitam dan CIQ Sadao itu merupakan projek dua hala yang sedang dilaksanakan Malaysia dan Thailand, dengan beberapa siri mesyuarat diadakan untuk memuktamadkan spesifikasi teknikalnya.
"Projek berkenaan sangat signifikan bagi lawatan ini kerana kedua-dua pemimpin akan diberi taklimat berhubung kemajuan pelaksanaannya. Pembinaan jajaran jalan ini dijangka menambah baik kesalinghubungan bagi kedua-dua negara," menurut kenyataan itu.
Kenyataan itu turut memaklumkan CIQ Sadao dan ICQS Bukit Kayu Hitam merupakan sempadan penting kedua-dua negara dan merupakan antara pintu keluar dan masuk utama perdagangan dan pelancongan dua hala antara Malaysia dan Thailand.
Tahun lepas, jumlah dagangan dua hala melalui ICQS Bukit Kayu Hitam dan CIQ Sadao menjangkau jumlah RM33.67 bilion, sementara kemasukan pelancong warganegara Thailand ke Malaysia melalui sempadan berkenaan bagi tempoh Januari hingga Jun 2023 adalah 212,691 orang.
Kenyataan itu turut memaklumkan kedua-dua pemimpin dijangka membincangkan isu-isu berkepentingan bersama seperti meningkatkan dagangan dua hala, kerjasama di sempadan dan pelancongan pada pertemuan hari ini.
Sementara itu, Kementerian Luar dalam kenyataan berasingan memaklumkan lawatan berkenaan memperlihatkan komitmen kedua-dua negara untuk memperkukuhkan lagi hubungan persahabatan yang baik dan erat di antara dua negara berjiran, terutamanya dalam pembangunan bersama di sempadan.
Menurutnya Anwar akan diiringi beberapa menteri, timbalan menteri termasuk Timbalan Menteri Luar Datuk Mohamad Alamin serta pegawai-pegawai kanan kerajaan dalam lawatannya.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Nov 26 2023
Antara perkara utama akan dibincangkan kedua-dua pemimpin ialah berkenaan penubuhan pasukan petugas bersama Malaysia-Thailand.
Astro menang kes hak cipta, kafe pool didenda RM175,000 siar EPL secara haram
Astro menganggap kemenangan ini sebagai sebahagian daripada usaha berterusan untuk mempertahankan pencipta, bakat, serta inovasi yang menjadi teras industri hiburan.
Samsung sahkan kerjasama bangunkan cermin mata pintar dengan Google
Cermin mata ini dijangka dilengkapi kamera dan kemampuan pemahaman multimodal AI dari Google Project Astra.
Seorang maut, lelaki tikam secara rambang di stesen keretapi
Sekurang-kurang seorang maut, dua cedera selepas beberapa orang ditikam secara rambang pada petang Rabu di sebuah stesen kereta api Jepun.
Menurut media tempatan, suspek lelaki berusia sekitar 40-an bagaimanapun melarikan diri dari tempat kejadian.
Menurut media tempatan, suspek lelaki berusia sekitar 40-an bagaimanapun melarikan diri dari tempat kejadian.
Cabaran digital dan realiti kehidupan pascaperang di Syria
Hanya sekitar 36% populasi Syria terhubung dengan internet, dengan kelajuan yang sangat rendah dan sering terganggu, terutama di kawasan luar bandar yang terjejas akibat konflik.
Lelaki kenya kerat bini, sumbat dalam beg galas
Polis Kenya menahan seorang lelaki didakwa membawa anggota badan isterinya yang telah dikerat-kerat dalam sebuah beg galas.
Menurut kenyataan dari Direktorat Siasatan Jenayah Kenya (DCI), pihak polis yang curiga dengan tingkah laku suspek, John Kiama Wambua, 29, telah memeriksa beg galasnya dan menemui anggota badan manusia di dalamnya.
Menurut kenyataan dari Direktorat Siasatan Jenayah Kenya (DCI), pihak polis yang curiga dengan tingkah laku suspek, John Kiama Wambua, 29, telah memeriksa beg galasnya dan menemui anggota badan manusia di dalamnya.
AWANI Ringkas: Keputusan Jemaah Menteri
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Perbuatan bakar anak hidup-hidup kejam - Bapa
Bapa kepada mangsa bunuh dibakar ketika hidup dalam rumah bersama bapa angkatnya, disifatkan sebagai perbuatan kejam.
KKM nilai beberapa faktor sebelum laksana WBB secara menyeluruh
Pelaksanaan Sistem Waktu Bekerja Berlainan (WBB) di fasiliti kesihatan kerajaan masih di peringkat percubaan dan hanya akan dilaksanakan secara menyeluuruh selepas mendapat repon positif daripada semua pihak.
Industri getah perlu revolusi, tarik minat generasi muda - Ahmad Zahid
Ahmad Zahid menekankan pentingnya strategi mampan, progresif, dan inklusif untuk memperkasakan komuniti pekebun kecil, termasuk latihan kemahiran dan pengurusan moden.
Projek pembangunan Ipoh Sentral bermula enam bulan lagi
Projek ini bertujuan mengubah landskap Ipoh dengan menghubungkan ruang kediaman, komersial, dan rekreasi, serta dijangka membawa manfaat besar kepada ekonomi tempatan dan nasional.
WEF 2025: Pelbagai sektor bakal raih sinergi, pulangan lumayan - PM Anwar
Anwar Ibrahim berkata WEF 2025 juga menjadi platform untuk memperkukuh hubungan bilateral serta kerjasama antara Malaysia dan pihak berkaitan.
Tol percuma musim perayaan: Kerajaan teliti mekanisme terbaik - PM
Subsidi tol tidak boleh terus diberikan kepada golongan berkemampuan sama seperti subsidi elektrik dan minyak.
WEF 2025: Konglomerat global nyata hasrat melabur di Malaysia - PM
Hasrat itu dinyatakan oleh peneraju MNC dalam beberapa siri mesyuarat perniagaan di luar Forum Ekonomi Dunia (WEF) 2025.
WEF 2025: Potensi besar ASEAN jadi tumpuan di pentas global - Anwar
ASEAN berpotensi sebagai rantau yang terus berkembang dengan pertumbuhan ekonomi lebih pesat.
Dialog WEF PM Anwar: Daripada Manchester United, cabaran serantau, hingga imbangi dinamik kuasa besar global
Keupayaan Perdana Menteri mengimbangi perbualan dalam perbincangan beliau mempamerkan kedudukan unik Malaysia dalam diplomasi global.
Kepengerusian Malaysia dalam ASEAN beri harapan untuk tangani krisis Myanmar - Utusan PBB
Bishop menekankan peranan penting ASEAN dalam menangani krisis itu, dengan menggariskan pendirian berkecualinya dalam isu dalaman.
Sebagai Pengerusi ASEAN, Malaysia beri tumpuan kepada tenaga, ketersambungan - PM Anwar
Selain itu, Anwar berkata, ASEAN juga akan melibatkan diri secara membina dengan kuasa global utama sambil melindungi kedaulatannya.
ASEAN ambil pendekatan berhati-hati dalam isu Myanmar, kritikal untuk pastikan keamanan - PM Anwar
Pendekatan ASEAN bukanlah dalam bentuk menguatkuasakan sistem tertentu, sebaliknya memastikan wujudnya keterangkuman dan keamanan.
Kerajaan Negeri Sembilan mohon pembinaan hospital baharu di Seremban
Kerajaan negeri telah memohon kepada Kementerian Kesihatan untuk mempertimbangkan pembinaan sebuah hospital baharu berikutan kesesakan di Hospital Tuanku Ja'afar (HTJ) di Seremban.
PM Anwar akan bertemu pengasas WEF, pimpin sesi pleno ASEAN pada akhir WEF 2025
Perdana Menteri akan menerima kunjungan hormat Pengasas dan Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah WEF Prof Klaus Schwab di hari terakhir WEF 2025.