Menerusi perkongsian di Facebook, Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata pertemuan itu bagi membincangkan peranan KWSP sebagai syarikat pelaburan berkaitan kerajaan (GLIC) dalam membantu membina masa hadapan persaraan yang lebih baik untuk rakyat.
"Komitmen KWSP dalam melindungi simpanan akan memastikan pesara dan bakal pesara yang mencarum dapat mempunyai simpanan yang mencukupi untuk menikmati persaraan yang selesa," kata Anwar.
-- BERNAMA
![](https://img.astroawani.com/2024-10/51729493751_freesize.jpg)