KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengucapkan selamat mengundi kepada pengundi di kawasan Parlimen Pulai dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Simpang Jeram yang akan menunaikan tanggungjawab mereka pada Pilihan Raya Kecil (PRK) di dua kawasan itu esok.
Perdana Menteri berkongsi ucapan itu menerusi satu hantaran di Facebook malam ini.
Beliau turut mengingatkan pengundi di Pulai dan Simpang Jeram untuk mengekalkan gelombang perpaduan di Pulai dan Simpang Jeram.
"Kepada yang akan pulang mengundi, berhati-hati di jalan raya dan semoga pergi dan pulang dengan selamat Insya-Allah. Selamat mengundi saya ucapkan! Pilih Harapan, Pilih Perpaduan," katanya.
Bernama terdahulu melaporkan seramai 205,810 pengundi berdaftar layak menunaikan tanggungjawab mereka pada PRK Parlimen Pulai dan DUN Simpang Jeram, esok.
Seramai 165,509 pemilih berdaftar akan mengundi bagi Parlimen Pulai, sementara bagi DUN Simpang Jeram melibatkan 40,301 pengundi, akan memilih wakil rakyat baharu untuk menggantikan penyandangnya Allahyarham Datuk Seri Salahuddin Ayub.
PRK di kedua-dua kerusi itu diadakan susulan kekosongan luar jangka berikutan kematian Salahuddin yang juga Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup pada 23 Julai lepas.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Sep 08 2023
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengucapkan selamat mengundi kepada pengundi di kawasan Parlimen Pulai dan DUN Simpang Jeram yang akan menunaikan tanggungjawab mereka pada PRK di dua kawasan itu esok. - Gambar fail/BERNAMA
UTM sedia menerajui pembangunan AI negara
Universiti Teknologi Malaysia sedia jadi peneraju pembangunan bidang teknologi kecerdasan buatan (AI) negara khususnya melibatkan institusi pengajian tinggi (IPT).
FAMA tingkat perolehan kelapa pastikan bekalan mencukupi
FAMA Pahang tangani isu kekurangan bekalan kelapa di pasaran dengan meningkatkan pembelian bagi memastikan bekalan mencukupi terutama menjelang musim perayaan.
'Barber Komuniti' akan diperluas, tingkat sosioekonomi warga kota - Dr Zaliha
Inisiatif 'Barber Komuniti' akan diperluas ke Projek Perumahan Rakyat (PPR) dan Perumahan Awam (PA) di sekitar ibu negara dalam usaha meningkatkan taraf sosioekonomi penduduk.
Laporan portal berita mengelirukan, berniat jahat - Arifin Arif
Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Sabah, Datuk Mohd Arifin Mohd Arif menafikan pendedahan sebuah portal yang mendakwa beliau menawarkan penyelesaian bagi menuduh mulut individu yang mendedahkan skandal rasuah melibatkan aktiviti perlombongan di Sabah.
1,500 anggota, pegawai PDRM ditugaskan di sekitar Batu Caves
Sebanyak 1,500 pegawai dan anggota polis kontinjen Selangor akan ditempatkan di sekitar Batu Caves bagi mengawal keadaan sempena sambutan Thaipusam, Selasa depan.
PAC panggil Loke bukan atas dasar politik - Mas Ermieyati
Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) terkejut dengan kenyataan Menteri Pengangkutan bahawa cadangan untuk memanggil Anthony Loke dianggap bermotifkan politik.
Pengerusinya, Datuk Mas Ermieyati Samsudin berkata, badan siasatan itu adalah sebuah Jawatankuasa Pilihan ditubuhkan Majlis Dewan Rakyat yang bertindak secara profesional.
Pengerusinya, Datuk Mas Ermieyati Samsudin berkata, badan siasatan itu adalah sebuah Jawatankuasa Pilihan ditubuhkan Majlis Dewan Rakyat yang bertindak secara profesional.
MAHAR kecam keras rancangan pemindahan rakyat Palestin
Malaysian Humanitarian Aid & Relief (MAHAR) dengan tegas menolak dan mengutuk rancangan pemindahan rakyat Palestin seperti dicadangkan Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump.
Akaun aplikasi X Tun Dr Mahathir digodam
Aplikasi X milik bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad iaitu @chedetofficial digodam dan tidak dapat diakses pada Rabu.
Hamas tolak sekeras-kerasnya cadangan Trump
Pemimpin Kanan Hamas, Izzat el-Reshiq berkata pihaknya menolak sekeras-kerasnya cadangan Presiden Donald Trump ke atas Gaza.
Palestin milik rakyatnya, cadangan Trump dikecam
Cadangan Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump untuk mengambil alih Semenanjung Gaza mendapat tentangan rakyat Palestin dan menyifatkan ia pelanggaran serius undang-undang antarabangsa.
Politik negara lebih stabil pada 2024
Tahun kedua di bawah pentadbiran Kerajaan Perpaduan menyaksikan pentas politik negara lebih stabil berbanding tahun 2023.
Menang majoriti lebih 20,000, BN kekalkan kerusi DUN Mahkota
Syed Hussein memperoleh 27,995 undi, jauh mengatasi Mohamad Haizan Jaafar yang hanya meraih 7,347 undi.
MUDA, Urimai tidak bertanding PRK Sungai Bakap
Parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA) tidak akan menghantar calon untuk bertanding pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Bakap.
PRK Sungai Bakap: Peluang sama rata bagi calon anak jati PKR, Pas
Dua gabungan politik terbesar negara mengatur strategi dengan mempertaruhkan anak jati tempatan dalam gelanggang Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Bakap.
PRK: PKR kekal bertanding di DUN Sungai Bakap
PRK: PKR kekal bertanding di DUN Sungai Bakap
Speaker Pulau Pinang serah notis kekosongan DUN Sungai Bakap kepada SPR
Speaker DUN Pulau Pinang menyerahkan notis kekosongan DUN Sungai Bakap kepada SPR berikutan kematian penyandangnya, Nor Zamri Latiff.
PRK Kuala Kubu Baharu: BN sokong mana-mana calon daripada Kerajaan Perpaduan
Calon yang dipilih berdasarkan persefahaman bersama dalam kalangan BN, Pakatan Harapan (PH) atau parti-parti komponen yang lain.
PRK Kuala Kubu Baharu: PN muktamad calon esok, umum 25 April - Muhyiddin
PN memuktamadkan calon bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu esok dan dijangka mengumumkan calon mereka pada 25 April ini.
PRK Kuala Kubu Baharu: Wanita DAP punyai beberapa calon layak untuk diketengahkan
Wanita DAP mempunyai beberapa nama untuk diketengahkan sebagai calon mewakili Pakatan Harapan (PH), pada PRK Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu, Selangor, 11 Mei ini.
Mesyuarat khas SPR PRK DUN Kuala Kubu Baharu pada 4 April
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan mengadakan satu mesyuarat khas bagi urusan Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu, Selangor pada 4 April ini.