KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengulangi gesaannya supaya Amerika Syarikat (AS) melakukan apa sahaja yang diperlukan untuk menghentikan keganasan Israel di Gaza.
Dalam satu temu bual bersama Al Jazeera semalam (Ahad), Anwar menegaskan bahawa kuasa besar itu mempunyai keupayaan untuk melakukannya.
"AS harus melakukan apa sahaja yang perlu untuk menghentikan keganasan...mereka mempunyai pengaruh, mekanisme dan kemahiran diplomatik, semuanya digabungkan untuk dapat memaksa Israel menghentikan (kekejaman)," katanya pada program Talk To Al Jazeera.
Anwar berkata AS dan kebanyakan negara di Barat, seperti agak hipokrit tentang apa yang mereka perkatakan mengenai hak asasi manusia dan demokrasi, dengan sikap bertolak ansur terhadap kekejaman yang berterusan kepada penduduk yang tidak bersalah di Gaza.
Menjawab pertanyaan Sami Zeidan sama ada beliau bersetuju bahawa Israel melakukan genosid di Gaza, Anwar berkata berdasarkan kepada jumlah kematian dan tahap kemusnahan, dengan keadaan kanak-kanak, wanita dan orang tua yang tidak berpeluang untuk meneruskan hidup, tiada istilah lain yang boleh digunakan lagi.
"Tiada seorang pun yang waras boleh menafikan hakikat bahawa ia sama ada penghapusan etnik atau apartheid atau genosid. Jelas sekali, itu yang berlaku," katanya.
Anwar mengakui beliau kecewa dengan respons AS terhadap rayuan Malaysia itu dan menyatakan bahawa beliau tidak lagi sanggup untuk melihat kekejaman dilakukan setiap hari terhadap wanita dan kanak-kanak.
"Saya telah merayu kepada Amerika Syarikat, di hadapan Presiden Joe Biden, yang telah mendengar dengan penuh perhatian terhadap luahan dan permintaan saya. Tidak ada sebarang jawapan. Tetapi saya bercakap sebagai seorang rakan," katanya.
Ditanya sama ada AS menekan Malaysia untuk cuba dan mengubah pendiriannya terhadap konflik Gaza, Anwar berkata tidak secara langsung kerana Malaysia mengekalkan hubungan baik dengan negara itu dan akan terus berbuat demikian.
Beliau berkata Malaysia sentiasa mengambil pendirian yang tetap terhadap perjuangan Palestin, selaras dengan pendirian dasar luarnya untuk mempertahankan hak asasi manusia dan aspirasi keabsahan semua negara.
Mengenai pertemuannya dengan pemimpin Hamas Ismail Haniyeh di Qatar baru-baru ini, Anwar berkata perkara itu adalah semata-mata diplomatik dan politik, serta memaklumkan mereka mengenai kebimbangan pihak lain.
Beliau berkata perkara itu merupakan sesuatu yang telah dilakukan Qatar, apabila cuba mendapatkan pembebasan tebusan melalui hubungan dan berurusan dengan Hamas.
"Saya memaklumkan perkara itu kepada Amir Qatar, mengenai siapa yang akan mengambil langkah yang memberi manfaat kepada masyarakat antarabangsa. Jika seseorang perlu berurusan dengan Hamas, sama ada anda suka atau tidak, mereka mewakili sebahagian daripada rakyat Palestin di Gaza dan anda tidak boleh menafikan itu," kata Anwar.
-- BERNAMA
Bernama
Mon May 20 2024
![PM Anwar ulangi gesaannya untuk AS hentikan keganasan Israel di Gaza PM Anwar ulangi gesaannya untuk AS hentikan keganasan Israel di Gaza](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/81716217234_TBANWAR.jpg)
Anwar menegaskan bahawa kuasa besar itu mempunyai keupayaan untuk melakukannya. - Gambar fail/BERNAMA
[TERKINI] Hamas tangguh pembebasan tebusan Israel yang dijadualkan pada Sabtu
Hamas berkata ia akan menangguhkan pembebasan tebusan yang dijadualkan pada hari Sabtu.
Naomi Campbell bertemu PM Thailand bincang industri fesyen
Shinawatra mengalu-alukan legenda pentas peragaan British itu ke pejabat perdana menteri di Bangkok bagi membincangkan cara membantu membangunkan industri fesyen Thailand.
China sedia jalin hubungan dengan negara kepulauan pasifik
China bersedia menjalin hubungan lebih rapat dengan negara-negara Kepulauan Pasifik termasuk Cook Island.
menurut Kementerian Luar China pada Isnin, kenyataan ini dibuat bagi meredakan kebimbangan yang semakin meningkat di New Zealand berhubung lawatan Perdana Menteri Cook Island, Mark Brown ke China minggu ini.
menurut Kementerian Luar China pada Isnin, kenyataan ini dibuat bagi meredakan kebimbangan yang semakin meningkat di New Zealand berhubung lawatan Perdana Menteri Cook Island, Mark Brown ke China minggu ini.
Pendengaran permohonan batal tahan Suk Yeol minggu depan
Sebuah mahkamah Korea Selatan akan mendengar sama ada akan membatalkan penahanan Presiden yang didakwa, Yoon Suk Yeol pada minggu depan, menurut sumber pada Isnin.
Afrika Selatan persoal keputusan Trump henti bantuan kewangan
Kementerian Luar Afrika Selatan mengecam perintah eksekutif yang ditandatangani oleh Presiden AS, Donald Trump, yang menghentikan bantuan kewangan ke negara itu.
Mereka berkata keputusan permohonan batal tidak tepat dan tidak mengiktiraf sejarah panjang kolonialisme serta apartheid di Afrika Selatan.
Mereka berkata keputusan permohonan batal tidak tepat dan tidak mengiktiraf sejarah panjang kolonialisme serta apartheid di Afrika Selatan.
Rasuah: Netanyahu sekali lagi hadir ke mahkamah
Netanyahu adalah pemimpin Israel pertama yang dihadapkan ke mahkamah sebagai defendan jenayah.
Busuk bau mayat reput, Penjara Muzenze di Congo dibersihkan
Memetik rakaman Reuters, ICRC turut dilihat melakukan proses pembersihan serta disinfeksi bagi mengelak berlakunya penularan wabak.
ASEAN punya potensi, Turkiye mahu main peranan lebih luas
Turkiye melihat faktor keaktifan ASEAN dalam geopolitik antarabangsa, selain turut mempunyai potensi pasaran lebih besar.
Hubungan erat Malaysia- Turki mampu buka peluang di peringkat global
Penasihat khas Menteri Luar Negeri (Kemanusiaan dan Pembangunan Semula), Datuk Ahmad Azam Ab Rahman berkata, ini kerana kedua-dua negara itu mempunyai lokasi strategik yang menjadi penghubung penting antara ASEAN dan Eropah.
Sultan Nazrin perkenan kurniakan Erdogan dengan anugerah tertinggi Universiti Malaya
Timbalan Yang di-Pertuan Agong, Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah pada Isnin telah berkenan mengurniakan anugerah tertinggi Universiti Malaya (UM), Ijazah Kehormat Doktor Hubungan Antarabangsa kepada Presiden Turkiye, Recep Tayyip Erdogan.
Sultan Nazrin, yang juga Canselor UM, berkenan menganugerahkan Ijazah Kehormat itu kepada Erdogan dalam satu Istiadat Konvokesyen Khas di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC).
Sultan Nazrin, yang juga Canselor UM, berkenan menganugerahkan Ijazah Kehormat itu kepada Erdogan dalam satu Istiadat Konvokesyen Khas di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC).
![PM Anwar lawat Batu Caves esok, tinjau persiapan Thaipusam - Ramanan PM Anwar lawat Batu Caves esok, tinjau persiapan Thaipusam - Ramanan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-01/41706182231_TBTHAIPUSAM.jpg)
PM Anwar lawat Batu Caves esok, tinjau persiapan Thaipusam - Ramanan
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim akan mengadakan lawatan ke Batu Caves, petang esok menjelang Thaipusam yang akan disambut penganut Hindu pada Selasa ini.
![Lawatan Mirziyoyev perkukuh hubungan Malaysia-Uzbekistan - PM Anwar Lawatan Mirziyoyev perkukuh hubungan Malaysia-Uzbekistan - PM Anwar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81738772325_AnwarIbrahim.jpg)
Lawatan Mirziyoyev perkukuh hubungan Malaysia-Uzbekistan - PM Anwar
Anwar turut menzahirkan keyakinan bahawa lawatan Mirziyoyev itu mampu memberi manfaat yang maksimum kepada Malaysia serta rakyat.
![PM Anwar, Ahli Parlimen Kerajaan Perpaduan hadir taklimat prapersidangan Dewan Rakyat PM Anwar, Ahli Parlimen Kerajaan Perpaduan hadir taklimat prapersidangan Dewan Rakyat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/51737785144_TBAnwarIbrahim.jpg)
PM Anwar, Ahli Parlimen Kerajaan Perpaduan hadir taklimat prapersidangan Dewan Rakyat
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menghadiri sesi taklimat prapersidangan Dewan Rakyat bersama Ahli Parlimen Kerajaan Perpaduan di Kompleks Seri Perdana.
![PM Anwar harap sambutan Tahun Baharu Cina jadi titik mula kukuhkan semangat kebersamaan PM Anwar harap sambutan Tahun Baharu Cina jadi titik mula kukuhkan semangat kebersamaan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/71738078622_TBanwaribrahim.jpg)
PM Anwar harap sambutan Tahun Baharu Cina jadi titik mula kukuhkan semangat kebersamaan
Perdana Menteri berharap ia menjadi satu titik permulaan baharu dan segar untuk terus memperkukuh semangat kebersamaan dan kekeluargaan demi negara.
![Keutuhan maruah, kekuatan kaum Melayu dibina atas asas nilai Islam - PM Anwar Keutuhan maruah, kekuatan kaum Melayu dibina atas asas nilai Islam - PM Anwar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/61737906024_AnwarIbrahim.jpg)
Keutuhan maruah, kekuatan kaum Melayu dibina atas asas nilai Islam - PM Anwar
Keutuhan maruah dan kekuatan sedia ada masyarakat Melayu dibina atas asas nilai Islam, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
![WEF 2025: Selatan Global perlu gesa kepada pembaharuan struktur antarabangsa - PM WEF 2025: Selatan Global perlu gesa kepada pembaharuan struktur antarabangsa - PM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/41737559135_AnwarIbrahim.jpg)
WEF 2025: Selatan Global perlu gesa kepada pembaharuan struktur antarabangsa - PM
Anwar berkata pakatan seperti BRICS adalah penting sebagai mekanisme untuk membincangkan mengenai pembaharuan dan membolehkan semua pihak mendapat manfaatnya.
![Dasar jelas Ekonomi MADANI bantu Malaysia raih pelaburan utama industri AI - PM Anwar Dasar jelas Ekonomi MADANI bantu Malaysia raih pelaburan utama industri AI - PM Anwar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/41737546039_AnwarIbrahim.jpg)
Dasar jelas Ekonomi MADANI bantu Malaysia raih pelaburan utama industri AI - PM Anwar
Kestabilan politik dan dasar jelas Ekonomi MADANI telah menggalakkan pemain utama dalam industri kecerdasan buatan (AI) termasuk syarikat semikonduktor untuk melabur di Malaysia.
![Lawatan PM Anwar ke Belgium berpotensi gerak semula rundingan FTA Malaysia-EU - Duta Lawatan PM Anwar ke Belgium berpotensi gerak semula rundingan FTA Malaysia-EU - Duta](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/81737155188_TBanwar.jpg)
Lawatan PM Anwar ke Belgium berpotensi gerak semula rundingan FTA Malaysia-EU - Duta
Perdana Menteri dijangka membawa perkhabaran positif berhubung usaha menghidupkan semula rundingan Perjanjian Perdagangan Bebas Malaysia-Kesatuan Eropah (MEUFTA) yang telah lama terhenti.
![PM Anwar hadir ramah mesra bersama rakyat Malaysia di Belgium PM Anwar hadir ramah mesra bersama rakyat Malaysia di Belgium](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/71737305341_AnwarIbrahim.jpg)
PM Anwar hadir ramah mesra bersama rakyat Malaysia di Belgium
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menghadiri Majlis Minum Petang dan Ramah Mesra bersama rakyat Malaysia di Belgium.
![PM Anwar tiba di Brussels untuk lawatan kerja dua hari ke Belgium PM Anwar tiba di Brussels untuk lawatan kerja dua hari ke Belgium](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/81737297207_AnwarIbrahim.jpg)
PM Anwar tiba di Brussels untuk lawatan kerja dua hari ke Belgium
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim tiba di sini pada Ahad untuk lawatan kerja dua hari ke Belgium, serta bertemu pemimpin Kesatuan Eropah (EU).