PUTRAJAYA : Datuk Seri Anwar Ibrahim mengesahkan beliau akan membuat pengumuman rombakan Kabinet pada pukul 11 pagi ini.
Menurut Perdana Menteri, pengumuman berkenaan akan dibuat di pejabatnya sebelum ke Istana Negara
pada pukul 2.30 petang bagi menghadiri Istiadat Pengurniaan Surat Cara Pelantikan dan Mengangkat Sumpah Jawatan dan Setia serta Sumpah Simpan Rahsia Menteri Persekutuan.
"Saya akan umumkan senarai rombakan pada 11 pagi dan Istiadat angkat sumpah di Istana Negara pukul 2.30 petang," katanya kepada pemberita ketika ditemui selepas perhimpunan bulanan Kementerian Kewangan, di sini, pagi ini.
Sementara itu, Anwar yang juga Menteri Kewangan ketika ditanya sama ada rombakan itu akan melibatkan pertambahan anggota Jemaah Menteri berkata: "Sedikit pertambahan."
Pada satu soalan lain, Perdana Menteri juga ditanya sama ada ia akan menjadi Kabinet terbesar, Anwar berkata: "Lebih kecil sedikit daripada (Kabinet) sebelum ini.”
Beliau juga tidak ketinggalan memberi bayangan akan memindahkan sebahagian tanggungjawabnya ketika ini.
"Saya akan memindahkan sebahagian daripada tugas dan tanggungjawab,” kata Anwar.
Sementara itu, sumber memaklumkan terdapat dua individu dijangka mengangkat sumpah sebagai Ahli Dewan Negara di Dewan Negara pada pukul 10 pagi.
Desas-desus rombakan kabinet masih berlegar apabila beberapa nama disebut akan bertukar portfolio dan kemungkinan akan ada kehadiran wajah baharu dalam kabinet kerajaan.
Ketika ini, Kabinet Kerajaan Perpaduan yang dibentuk pada Disember 2022 terdiri daripada 28 menteri dan 27 timbalan menteri termasuk Perdana Menteri dan dua Timbalan Perdana Menteri.
Sementara portfolio Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup berlaku kekosongan susulan kematian penyandangnya Datuk Seri Salahuddin Ayub pada Julai lepas.
Salahuddin, 61, meninggal dunia di Hospital Sultanah Bahiyah di Alor Setar, Kedah pada malam 23 Julai lalu, selepas menjalani pembedahan akibat pendarahan otak.
Jawatan itu kini dipangku Datuk Armizan Mohd Ali yang merupakan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah, Sarawak dan Tugas-tugas Khas).
Astro AWANI akan membawakan perkembangan terkini di semua platform media sosial kami.
Astro Awani
Tue Dec 12 2023
Datuk Seri Anwar Ibrahim mengesahkan beliau akan membuat pengumuman rombakan Kabinet pada pukul 11 pagi ini.
Pilihan raya Delhi: Pemberian percuma jadi taruhan politik
Lebih 13,000 pusat mengundi akan dibuka di seluruh bandar bagi membolehkan pengundi memilih 70 anggota dewan negeri yang baharu.
Presiden Uzbekistan tiba di Malaysia untuk lawatan rasmi dua hari
Ini adalah lawatan pertama Mirziyoyev ke negara ini sejak dilantik sebagai Presiden pada Disember 2016.
Dua bekas juruterbang Japan Airlines digantung tugas kerana berbohong minum arak
Kedua-dua mereka "memberikan penjelasan palsu kepada syarikat selepas tiba dan cuba menutup kesalahan pengambilan alkohol secara berlebihan."
Ciri baharu jadikan penjejakan pedati Thaipusam lebih menarik
Lebih 1.5 juta penganut Hindu dari seluruh negara serta pelancong dijangka membanjiri Pulau Pinang bagi sambutan Thaipusam tahun ini.
Ahli sains China bangunkan model baharu AI bagi ramalan siklon
Ramalan cuaca berangka dan pendekatan statistik sering gagal mengambil kira faktor persekitaran dan struktur yang kompleks.
Singapura hantar bantuan kemanusiaan ketujuh ke Gaza
Pengaturan penghantaran bantuan telah disahkan dengan Menteri Luar Jordan, Ayman Safadi.
Lima orang ditembak dalam insiden di sekolah Sweden - Polis
Polis menggesa orang ramai menjauhkan diri dari sekolah berkenaan yang terletak di bandar Orebro, kira-kira 160 km ke barat Stockholm.
Bekas ketua NATO, Stoltenberg dilantik sebagai Menteri Kewangan Norway
Stoltenberg pernah berkhidmat sebagai Perdana Menteri Norway dari 2000 hingga 2001 dan dari 2005 hingga 2013.
Mangsa banjir di Sarawak menurun, Sabah kekal
Jumlah mangsa banjir di Sarawak terus menurun manakala di Sabah kekal setakat 8 malam Selasa.
10 Berita Pilihan - (4 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
CEO baharu KWSP akan diumumkan dalam masa terdekat
CEO baharu KWSP akan diumumkan dalam masa terdekat susulan pelantikan Datuk Seri Amir Hamzah Azizan sebagai Menteri Kewangan II.
Dilantik Menteri Kewangan II, ini latar belakang Amir Hamzah
Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), Datuk Seri Amir Hamzah Azizan dilantik sebagai Menteri Kewangan II susulan rombakan Kabinet pada Selasa.
Johari Abdul Ghani kembali jadi menteri, ini latar belakang beliau
Bekas Menteri Kewangan II Datuk Seri Johari Abdul Ghani telah dilantik sebagai Menteri Perladangan dan Komoditi baharu berikutan rombakan Kabinet pada Selasa.
Rombakan Kabinet dilaksanakan untuk penuhi tuntutan semasa negara - PM
Rombakan Kabinet Kerajaan Perpaduan bertujuan untuk membuat penyesuaian dalam memenuhi tuntutan dan keadaan semasa.
Seorang menteri, dua timbalan digugurkan
Kabinet baharu Kerajaan Madani menyaksikan seorang menteri dan dua timbalan menteri digugurkan daripada senarai.
Istiadat angkat sumpah menteri persekutuan petang ini
Menurut sumber, turut berlangsung adalah Istiadat Pengurniaan Surat Cara Pelantikan.