Menurut Perdana Menteri, tindakan sama juga diambil terhadap himpunan oleh ahli keluarga tahanan Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA), berlangsung di hadapan Kompleks Penjara Sungai Buloh beberapa hari lalu.
"Tindakan (polis) sebelum ini iaitu siasatan terhadap semua mahasiswa yang terbabit dalam himpunan bebas rasuah, siasatan dihentikan dan tidak ada tindakan akan diambil. Juga mogok lapar, tunjuk perasaan mengenai SOSMA juga tidak akan diambil tindakan," katanya di Dewan Rakyat, di sini, pada Khamis.
Beliau berkata demikian sebagai menjawab soalan Khoo Poay Tiong (PH-Kota Melaka).
BERITA LANJUT MENYUSUL
![](https://img.astroawani.com/2024-10/51729493751_freesize.jpg)