Perdana Menteri Belanda Mark Rutte tiba di sini hari ini untuk lawatan rasmi sehari di Malaysia bagi membincangkan perkembangan terkini berkaitan pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH17 yang ditembak jatuh.
Rutte tiba dengan menaiki pesawat MAS penerbangan MH19 di Lapangan Terbang Antarabangsa KL (KLIA) pada 7.30 pagi dan disambut oleh Timbalan Menteri Pertahanan Datuk Abdul Rahim Bakri.
Ini merupakan lawatan pertama Rutte ke Malaysia selepas dilantik sebagai Perdana Menteri Belanda pada 14 Okt 2010 untuk mengukuhkan hubungan baik dua hala sedia ada antara kedua-dua negara.
Diiringi pegawai kanan dari Kementerian Luar Belanda, Rutte dijadual mengadakan mesyuarat yang padat dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, selepas diberikan sambutan rasmi di Dataran Perdana, Putrajaya.
Beliau juga dijadual menghadiri majlis rasmi jamuan tengah hari kediaman perdana menteri di Seri Perdana, juga di Putrajaya. Menurut Wisma Putra, kedua-dua pemimpin juga dijangka mengadakan perjumpaan dengan pegawai Malaysia yang terlibat dengan penyiasatan nahas dalam kejadian MH17 selepas pertemuan mereka.
Penerbangan MH17 terhempas di timur Ukraine pada 17 Julai ketika dalam penerbangan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur dengan membawa 283 penumpang dan 15 anak kapal.
Pesawat Boeing 777-200 itu dipercayai ditembak jatuh di zon yang sedang bergolak.
Terdapat 193 rakyat Belanda dan 44 rakyat Malaysia dalam pesawat berkenaan dan semua mangsa rakyat Malaysia telah dikenal pasti.
Kenyataan Wisma Putra menjelaskan bahawa lawatan itu juga akan memberi peluang kepada kedua-dua pemimpin untuk bertukar-tukar pandangan tentang isu dua hala, serantau dan antarabangsa yang menjadi kepentingan bersama.
Bernama
Wed Nov 05 2014

Mark Rutte tiba dengan menaiki pesawat MAS penerbangan MH19 di KLIA pada 7.30 pagi
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
PM akui prestasi Kabinet tidak sempurna
Datuk Seri Anwar Ibrahim mengakui prestasinya ahli Kabinet tidak begitu sempurna dan masih mempunyai ruang untuk penambahbaikan.
Rasuah: Dua anggota penguat kuasa Pulau Pinang direman lima hari
Dua anggota penguat kuasa negeri ini direman lima hari kerana disyaki meminta dan menerima rasuah kira-kira RM3,000 bagi menutup kes siasatan melibatkan kesalahan dadah.
Polis Pulau Pinang sahkan ADUN Ayer Kuning meninggal dunia petang tadi
ADUN Ayer Kuning Ishsam Shahruddin, 59, meninggal dunia setelah tidak sedarkan diri selepas perlawanan bola sepak persahabatan di Stadium Bandaraya di George Town, Pulau Pinang pada Sabtu.

Isu peruntukan pembangkang: Tidak pernah ada syarat perlu sokong saya - PM Anwar
Anwar berkata tidak pernah ada sebarang syarat yang menetapkan Ahli Parlimen pembangkang perlu menyokong beliau bagi mendapatkan peruntukan.

Rasuah: Dua anggota penguat kuasa Pulau Pinang direman lima hari
Dua anggota penguat kuasa negeri Pulau Pinang direman lima hari kerana disyaki meminta dan menerima rasuah kira-kira RM3,000 bagi menutup kes siasatan melibatkan kesalahan dadah.

Malaysia buka jalur baharu dengan negara berkembang, perluas skop dagangan negara - PM
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata perubahan dalam landskap geopolitik dunia pada masa ini memerlukan penyesuaian dalam strategi perhubungan antarabangsa.

Kerajaan Persekutuan, Sarawak akan perinci skop kerjasama Petronas-Petros - PM Anwar
Kerajaan Persekutuan akan mengadakan perbincangan dengan kerajaan Sarawak bagi memperincikan skop kerjasama antara Petroleum Sarawak Bhd (Petros) dan Petroliam Nasional Bhd (Petronas).
AWANI Ringkas: Gegaran di Butterworth berpunca latihan TUDM
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Usaha basmi miskin tegar akan dilipat ganda, lebih agresif - PM Anwar
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan bahawa usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.

Setiausaha Agung NATO Rutte bertemu Presiden Terpilih AS Trump di Florida - NATO
Rutte bersama pasukannya turut bertemu dengan Anggota Kongres Mike Waltz, yang dilantik Trump sebagai penasihat keselamatan nasional.

Mark Rutte ambil alih jawatan ketua NATO
Bekas Perdana Menteri Belanda, Mark Rutte pada Selasa secara rasmi mengambil alih jawatan sebagai setiausaha agung NATO yang baharu.

Mark Rutte bakal ganti Stoltenberg sebagai ketua NATO
Media rasmi Belanda NOS melaporkan ini selepas beliau mendapat sokongan Hungary dan Slovakia.

Belanda hormati pendirian Malaysia berhubung isu Palestin - Anwar
Belanda menghormati pendirian Malaysia berhubung isu Palestin serta bersetuju perlu ada langkah segera untuk menghentikan serangan Israel ke atas Palestin.

Belanda setuju sokong Malaysia pada mesyuarat MSPO kedua Disember ini - Fadillah
Pengiktirafan MSPO ini bertujuan memastikan aktiviti penanaman kelapa sawit di negara ini tidak menjejaskan alam sekitar dan dihasilkan berdasarkan amalan pertanian yang baik serta mampan.

PM Belanda Mark Rutte tiba untuk lawatan kerja dua hari ke Malaysia
Perdana Menteri Belanda Mark Rutte tiba di Kuala hari ini untuk lawatan kerja dua hari ke Malaysia.

MH17: Malaysia tunggu keputusan Mahkamah Belanda sebelum bertindak
Malaysia hanya akan bertindak berhubung tragedi MH17 selepas Mahkamah Belanda memutuskan nasib empat suspek pada 17 November depan.

PM Belanda mahu keadilan terhadap mangsa MH17
Rutte merupakan pemimpin Eropah terbaharu, mengikuti langkah perdana menteri Britain dan Poland melawat Kyiv sebagai tanda solidariti.

COVID-19: Kes baharu di Belanda melonjak lima kali ganda selepas kelonggaran sekatan
Salah satu punca peningkatan kes datangnya dari pembukaan semula premis sosial seperti pusat hiburan dan kelab malam.

COVID-19: Belanda lanjut tempoh sekatan hingga 20 April
Perintah berkurung akan dilaksanakan dari 10 malam hingga 4.30 pagi bermula 31 Mac.