SHAH ALAM: Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob digesa bertindak lebih proaktif dengan memulakan tindakan memecat atau merehatkan Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki.
Ahli Parlimen Johor Bahru, Akmal Nasrullah Mohd Nasir berkata, berdasarkan Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009, Seksyen 5, (3) bahawa Perdana Menteri boleh menasihatkan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.
"Merujuk kepada laporan media, Azam memaklumkan tidak akan berundur daripada jawatan disandang dan tiada mana-mana pihak boleh menamatkan tugasnya selain Yang di-Pertuan Agong.
"Namun, berdasarkan Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009, Seksyen 5, (3) Ketua Pesuruhjaya hendaklah, dalam tempoh pelantikannya sebagaimana yang dinyatakan dalam surat cara pelantikannya, memegang jawatan selama diperkenankan oleh Agong tertakluk kepada nasihat Perdana Menteri.
"Ini bermakna, sebarang keputusan memecat atau merehatkan Ketua Pesuruhjaya SPRM boleh dimulakan oleh Perdana Menteri seperti undang-undang sedia ada," katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.
Akmal yang juga Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Parti Keadilan Rakyat (PKR), juga mengulangi pendirian mahu tindakan lebih berani dibuat oleh kerajaan untuk mempertahankan integriti.
BACA SEMUA BERHUBUNG SPRM DAN AZAM BAKI DI SINI
"Ismail sepatutnya lebih proaktif untuk menyelesaikan kemelut ini dengan segera dan seterusnya membuat pindaan undang-undang agar proses pelantikan Ketua Pesuruhjaya SPRM perlu melalui proses Parlimen.
"Keengganan kerajaan untuk bertindak dan sebaliknya cuba menegakkan benang yang basah hanya akan terus melemahkan institusi SPRM serta membawa negara ke kancah ‘darurat integriti’ lebih mendalam," katanya.
Artikel asal ini diterbitkan di portal Sinar Harian
Sinar Harian
Wed Jan 12 2022

Ismail Sabri Yaakob digesa bertindak lebih proaktif dengan memulakan tindakan memecat atau merehatkan Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki. - Gambar fail
10 Berita Pilihan - (4 Mac 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Malaysia desak pelaksanaan penuh Semua fasa perjanjian di Gaza
Malaysia mendesak pelaksanaan penuh dan segera bagi semua fasa perjanjian gencatan senjata, termasuk pertukaran tebusan dan tahanan seperti yang dipersetujui semua pihak.
Hamas tolak syarat Israel minta 'lucutkan senjata'
Hamas pada Selasa menolak gesaan Israel dan Amerika Syarikat agar kumpulan itu 'melucutkan senjata' atau menarik kumpulan pejuang mereka dari Gaza, sebelum meneruskan fasa kedua gencatan senjata.
Ribuan penduduk diarah berpindah ekoran kebakaran hutan
Penduduk bandar Ofunato, Jepun hilang tempat tinggal susulan kebakaran hutan melanda bahagian timur laut negara itu.
KPK bongkar skandal kredit, negara rugi 11.7 trilion rupiah
Menurut KPK, siasatan dimulakan sejak Mac 2024, dengan fokus terhadap 11 peminjam yang mendapat pinjaman daripada LPEI.
Iran tak akan berbincang dengan AS di bawah tekanan
Iran pada 25 Februari lalu berkata pihaknya tidak akan tunduk kepada tekanan susulan pusingan sekatan baharu yang dikenakan oleh Amerika Syarikat, yang menyasarkan industri minyak Iran, sumber pendapatan utama Republik Islam tersebut.
Dua individu ditahan, dadah bernilai RM6.3 juta dirampas
Dua suspek jerat diri sendiri apabila kantoi menyorokkan dadah di Waffel Braker untuk diterbangkan ke Sarawak menerusi Kuala Lumpur Imternational Airport (KLIA)
116 aduan diterima, Perak catat kes tertinggi
Sebanyak 116 aduan diterima sepanjang Ops Pantau dijalankan, Perak mencatat jumlah kes tertinggi iaitu 10 kes, diikuti oleh Selangor dengan empat kes
Malaysia bekerjasama sama rapat dengan AS, Singapura
Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) dalam kenyataan pada Selasa memaklumkan, kementerian itu juga akan terus bekerjasama rapat dengan AS dan Singapura untuk mencari cara yang berkesan bagi menangani isu tersebut.
Polis terima 6 laporan, siasat tiga pengacara Radio Era FM
Polis membuka kertas siasatan terhadap petugas radio Era FM milik Astro selepas tular video yang menyaksikan perbuatan tiga pengacara stesen berkenaan yang didakwa mempersendakan upacara keagamaan Hindu

Rakaman percakapan Ismail Sabri ditangguh - Azam Baki
Penangguhan tersebut dibuat susulan masalah kesihatan Ahli Parlimen Bera itu.

Persepsi SPRM hanya tangkap ‘bilis’ mesti ditangani dengan keupayaan siasatan canggih - Penganalisis
Persepsi negatif terhadap SPRM yang mengaitkan agensi itu dengan bersikap pilih bulu adalah berdasarkan kepada statistik siasatan badan berkanun itu.

Wartawan portal berita disyaki terbabit rasuah dibebaskan hari ini - Azam Baki
Wartawan sebuah portal berita yang ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada Jumaat lepas kerana disyaki terbabit dalam kes rasuah, dibebaskan hari ini.

Kertas siasatan kes rasuah wartawan diserah kepada Timbalan Pendakwa Raya - Azam Baki
Kertas siasatan kes rasuah membabitkan seorang wartawan sebuah portal berita yang ditahan pada Jumaat lepas, akan diserahkan kepada Timbalan Pendakwa Raya untuk tindakan lanjut.

Ismail Sabri dipanggil semula Rabu ini, tunggu kesihatan pulih - Azam Baki
Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob akan dipanggil semula untuk dirakam keterangan tambahan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada Rabu ini.

SPRM nafi pilih bulu kes wartawan terima rasuah RM20,000
SPRM menegaskan pihaknya tidak pernah memilih bulu dalam menjalankan siasatan membabitkan isu rasuah termasuk terhadap individu bergelar wartawan.

SPRM tahan seorang wartawan bagi membantu siasatan kes rasuah
Azam berkata penahanan wartawan itu dibuat berhubung dakwaan kes rasuah, bukannya mengenai sebarang laporan berita yang ditulisnya.

Lapan lagi saksi akan dipanggil SPRM berkait kes bekas pegawai Ismail Sabri
Azam berkata, kesemua saksi tersebut akan dipanggil dalam masa terdekat iaitu dalam minggu ini.

Tiga bekas pegawai kanan Ismail Sabri dibebaskan petang ini - Azam Baki
Tiga bekas pegawai kanan mantan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob akan dibebaskan dengan jaminan petang Selasa.

4 pegawai bekas PM ditahan: SPRM panggil beberapa individu, kenamaan bantu siasatan
SPRM akan memanggil beberapa individu termasuk kenamaan dalam masa terdekat untuk membantu siasatan membabitkan penahanan empat pegawai yang mempunyai kaitan dengan bekas Perdana Menteri.