Pejabat Peguam Negara (OAG) Switzerland menjelaskan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak bukan antara individu yang dituduh melakukan kesalahan dalam siasatan terhadap dakwaan kononnya berlaku penyelewengan dana berkaitan 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
"Dalam prosiding jenayah oleh pejabat Peguam Negara ketika ini, Najib bukan merupakan antara pegawai awam yang dituduh," kata jurucakap OAG, Andre Marty, yang dipetik berkata demikian oleh Nikkei Asian Review.
OAG memulakan prosiding jenayah pada Ogos lepas terhadap dua bekas pegawai 1MDB dan "individu tidak dikenali" berkaitan dengan dakwaan kononnya disyaki sebanyak US$4 bilion telah diselewengkan.
Dalam meneruskan siasatan itu, OAG menegaskan Najib bukan suspek.
Minggu lepas, Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali membersihkan Najib daripada apa-apa kesalahan berkaitan siasatan ke atas bekas anak syarikat 1MDB, SRC International Sdn Bhd dan RM2.6 bilion yang didakwa telah didepositkan ke dalam akaun bank Perdana Menteri.
Mohamed Apandi berkata siasatan mendapati amaun yang didepositkan adalah sebanyak RM2.08 bilion, dan ia merupakan sumbangan peribadi daripada kerabat diraja Arab Saudi pada 2013, dan sebanyak RM2.03 bilion daripada amaun itu telah dikembalikan semula kepada penyumbang pada tahun yang sama.
Sementara itu, 1MDB dalam satu kenyataan menyatakan pihaknya tidak dihubungi oleh mana-mana pihak berkuasa undang-undang negara asing mengenai apa-apa perkara berkaitan syarikat itu.
BACA: 1MBD: Pihak berkuasa Singapura rampas "sejumlah besar" akaun bank
BACA: Ahmad Zahid tegur Peguam Negara Switzerland buat kenyataan terbuka
BACA: Peguam Negara Malaysia akan beri kerjasama kepada Switzerland
Bernama
Tue Feb 02 2016

Minggu lalu, Peguam Negara Malaysia telah membersihkan Najib daripada apa-apa kesalahan berkaitan siasatan ke atas bekas anak syarikat 1MDB, SRC International Sdn Bhd dan RM2.6 bilion yang didakwa telah didepositkan ke dalam akaun banknya.

Aidilfitri: 12,600 tiket tambahan ETS mula dijual hari ini
Tiket bagi perkhidmatan tren tambahan ini akan mula dijual pukul 10 pagi ini (4 Mac).

Sultan Selangor terima zakat perniagaan anak syarikat negeri RM13.2 juta
Sultan Sharafuddin berkenan menerima zakat perniagaan berjumlah lebih RM13.2 juta daripada enam anak syarikat kerajaan negeri, pada Isnin.

Negara perlu lebih ramai wanita dalam bidang politik - ADUN KKB
Penyertaan wanita penting dalam membawa perspektif yang lebih inklusif dalam perbincangan dan mesyuarat sesebuah parti politik.

Seorang maut, beberapa individu cedera dalam insiden kereta rempuh pejalan kaki di Mannheim, Jerman
Pihak berkuasa belum mengesahkan sama ada insiden itu diklasifikasikan sebagai serangan pengganas.

Turkish Airlines perkenal laluan Phnom Penh menjelang akhir tahun
Turkish Airlines akan memulakan penerbangan ke ibu negara Kemboja, Phnom Penh mulai 10 Disember.

Lelaki lengan emas Australia yang selamatkan 2.4 juta bayi meninggal dunia
James Harrison yang telah menderma plasmanya lebih daripada 1,100 kali meninggal dunia pada usia 88 tahun.

Kebakaran hutan terbesar Jepun dalam dekad ini, kediaman di Iwate dalam bahaya
Kebakaran hutan besar di timur laut Jepun terus merebak pada Isnin dengan lebih 2,100 hektar musnah sejak minggu lepas.

Festival Makanan Ramadan ASEAN Putrajaya tampilkan hidangan serantau
Raikan kepelbagaian budaya ASEAN melalui keunikan tradisi kulinari sekali gus menyatukan masyarakat dalam semangat perpaduan.

Forum Antarabangsa Astana 2025 tumpu dialog kritikal mengenai isu global dan keutamaan
Forum itu antara lain akan meneroka penyelesaian praktikal terhadap cabaran dunia dalam suasana ketidaktentuan dan polarisasi global.

EU salur AS$70.9 juta untuk tangani krisis Rohingya
Dana itu akan diguna untuk membantu komuniti tuan rumah di Bangladesh serta penduduk yang terjejas akibat keganasan di Rakhine, Myanmar.

Pegawai khas bekas Peguam Negara fail rayuan saman fitnah terhadap Rewcastle-Brown
Pegawai khas bekas Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali memfailkan rayuan di Mahkamah Rayuan berhubung keputusan Mahkamah Tinggi yang menolak saman fitnahnya.

1MDB: Mahkamah Persekutuan tolak permohonan Apandi dalam kes saman Kit Siang
Mahkamah Persekutuan menolak permohonan Apandi untuk mendapatkan kebenaran meneruskan rayuannya terhadap penolakan Mahkamah Rayuan berkenaan tuntutan RM10 juta yang difailkannya terhadap Kit Siang.

Apandi gagal merayu saman Kit Siang
Tan Sri Mohamed Apandi Ali gagal dalam rayuannya berhubung kes saman fitnah RM10 juta terhadap Penasihat DAP, Tan Sri Lim Kit Siang.

Tun M jawab soalan Apandi isu tuntutan Pulau Batu Puteh, Sulu dan kekayaan anaknya
Jika Malaysia memungkiri perjanjian antarabangsa, negara lain tidak akan percaya Malaysia mampu menunaikan perjanjian sekali gus menyebabkan negara akan hilang kredibiliti.

Mahkamah tolak saman fitnah Apandi terhadap Kit Siang
Mahkamah Tinggi di sini hari ini menolak saman RM10 juta yang difailkan bekas Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali terhadap veteran DAP Lim Kit Siang.

Mohamed Apandi sedia selesai kes saman Dr Mahathir, kerajaan secara mediasi
Tan Sri Mohamed Apandi Ali bersedia untuk menyelesaikan kes samannya terhadap bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dan kerajaan secara baik menerusi proses mediasi.

UMNO belum terima surat peletakan jawatan Apandi - Annuar
Annuar enggan mengulas lanjut berhubung keputusan Apandi itu ekoran tiada surat rasmi diterima pihaknya.

'Malaysia kini tiada Peguam Negara' - Tun M
"Kami telah meletakkan sekatan tertentu ke atas beberapa orang yang dipercayai mungkin terlibat dalam melakukan kesalahan," kata Perdana Menteri.

Hubungan Malaysia dan Singapura tidak terjejas oleh kes Pulau Batu Puteh
Hubungan Malaysia dengan Singapura tidak akan terjejas susulan permohonan bagi semakan terhadap keputusan Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) berhubung kedaulatan ke atas Pulau Batu Puteh.

Jabatan Peguam negara kekal teguh sekalipun 'diserang' hebat, kata Apandi
Jabatan Peguam Negara (AGC) kekal teguh sekalipun menerima serangan kritikan yang hebat tahun lalu, kata Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali.