TASHKENT: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim telah diberikan sambutan rasmi di Kediaman Presiden Kuksaroy di sini pada Jumaat sempena lawatan tiga hari beliau ke Uzbekistan.
Ketibaan Anwar disambut oleh Presiden Uzbekistan Shavkat Mirziyoyev pada 4 petang waktu tempatan (7 malam waktu Malaysia) sebelum kedua-dua pemimpin saling memperkenal barisan menteri masing-masing.
Perdana Menteri kemudian mengadakan mesyuarat dengan Presiden Uzbekistan itu.
Pada pertemuan yang berlangsung selama sejam itu, kedua-dua pemimpin membincangkan hubungan antara Malaysia dan Uzbekistan bagi meneroka bidang kerjasama yang berpotensi.
Kedua-dua pemimpin juga dijangka menandatangani satu kenyataan bersama dan mengadakan sidang akhbar.
Pada sebelah malam, Anwar dan delegasi Malaysia dijadual menghadiri Majlis Makan Malam Rasmi yang dihoskan oleh Mirziyoyev.
Terdahulu, pesawat khas yang membawa Perdana Menteri dari Kazakhstan mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Tashkent di sini pada 2.15 petang waktu tempatan (5.15 petang waktu Malaysia).
Dari lapangan terbang itu, Anwar akan ke Monumen Kemerdekaan di Taman Yangi Uzbekistan untuk upacara meletakkan kalungan bunga sebelum meneruskan perjalanan ke kediaman presiden.
Semasa lawatannya ke Uzbekistan, Perdana Menteri akan disertai oleh Menteri Luar Datuk Seri Mohamad Hassan; Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz; Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Datuk Seri Tiong King Sing; Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Na'im Mokhtar serta Duta Besar Malaysia ke Uzbekistan Ilham Tuah Illias.
Anwar berada di Uzbekistan dalam rangka lawatan rasmi yang bertujuan mempertingkat hubungan dua hala dalam pelbagai bidang antara kedua-dua negara.
Kementerian Luar dalam kenyataan memaklumkan lawatan rasmi ini adalah atas jemputan Mirziyoyev.
Uzbekistan adalah perhentian terakhir lawatan Anwar ke tiga negara Asia Tengah. Perdana Menteri sebelum ini mengadakan lawatan rasmi ke Kyrgyzstan dan Kazakhstan.
Pada Sabtu, Perdana Menteri dijadualkan melawat Kompleks Imam Hazrati di sini yang menyimpan manuskrip asal al-Quran pada era Khalifah Usman Affan (Mashaf Uthmani) iaitu tertua di dunia.
Dari Tashkent, Perdana Menteri akan berlepas ke Samarkand di mana beliau dijadual menyampaikan ucapan di Forum Perniagaan Peringkat Tinggi Uzbekistan-Malaysia di Kompleks Pelancongan Laluan Sutera Samarkand.
Malaysia dan Uzbekistan menjalin hubungan akrab sejak 1992.
Uzbekistan pernah menjadi sebahagian daripada Kesatuan Soviet sebelum mengisytiharkan kemerdekaannya pada 1991.
Ia dikelilingi oleh lima negara - Kazakhstan di utara, Kyrgyzstan di timur laut, Tajikistan di tenggara, Afghanistan di selatan dan Turkmenisten di barat daya.
Pada 2023, nilai perdagangan Malaysia-Uzbekistan ialah RM451.1 juta (US$94.03 juta), dengan eksport ke Uzbekistan berjumlah RM449 juta (US$93.6 juta) dan import berjumlah RM1.99 juta (US$414,518).
-- BERNAMA
Bernama
Fri May 17 2024

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim diiringi Presiden Uzbekistan Shavkat Mirziyoyev semasa isitiadat sambutan rasmi di Istana Presiden Kuksaroy sempena lawatan rasmi beliau ke Uzbekistan bermula hari ini hingga 19 Mei. - Foto BERNAMA

31 Julai pendengaran injunksi 1MDB untuk bekukan aset Rosmah lebih AS$346 juta
Mahkamah tetapkan 31 Julai untuk mendengar permohonan injunksi difailkan 1MDB terhadap Rosmah bagi menghalang beliau daripada mengeluarkan atau melupuskan mana-mana asetnya bernilai lebih RM1.6 bilion

Duterte mungkin hadapi hukuman penjara sehingga 30 tahun atau seumur hidup - Malacanang
Sabitan boleh dirayu, dan mahkamah juga boleh mengarahkan pampasan untuk mangsa.
Indonesia benar pegawai sandang jawatan agensi negeri
15 agensi negeri di Indonesia dikenal pasti untuk anggota tentera menyandang peranan kepimpinan.

GT Jepun akhirnya kembali ke bumi Malaysia selepas 12 tahun
Selepas 12 tahun, Siri perlumbaan Super GT akhirnya akan bakal kembali menggegarkan Litar Antarabangsa Sepang, Jun ini.
Indonesia gesa bonus pemandu e-hailing dan kurier
Kerajaan Indonesia menggesa syarikat pengangkutan dan perkhidmatan penghantaran memberikan bonus Aidilfitri.
Malaysia perkukuh rantaian bekalan dengan negara ASEAN
Malaysia berusaha mengukuhkan rantaian bekalan sektor semikonduktor dengan negara anggota ASEAN.
Pantau Agenda Reformasi: TVET aras tinggi untuk sokong keperluan industri
Bersama Prof Madya Dr Nor Lisa Sulaiman, Ketua Pusat Advance Centre for Technical and Vocational Education (ACTiVE), Fakulti Pendidikan Teknikal dan Vokasional Universiti Tun Hussein Onn Malaysia membincangkan tentang TVET aras tinggi untuk sokong keperluan industri.
Indonesia lancar program sekolah rakyat bantu murid miskin
Program sekolah rakyat bakal menyediakan pendidikan percuma kepada murid daripada keluarga miskin.
Vietnam catat peningkatan dalam pelbagai sektor
Vietnam mencatatkan peningkatan tahun ke tahun sebanyak 7.2 peratus dalam indeks pengeluaran perindustrian atau IIP untuk dua bulan pertama 2025.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia perkukuh hubungan perdagangan
Bagi perniagaan Jerman yang ingin menembusi pasaran Asia Tenggara, Malaysia menyediakan pintu masuk utama untuk berinteraksi dengan pasaran ASEAN.

PM Anwar lancar buku "Amanat Integriti dan Tatakelola: Malaysia MADANI"
Institut Integriti Malaysia (IIM) dengan kerjasama Yayasan Pusat Polisi dan Hal Ehwal Ekonomi Malaysia (Yayasan PEACE) hari ini melancarkan buku Amanat Integriti dan Tatakelola: Malaysia MADANI.

PM Anwar santuni pengamal media pada Majlis Berbuka Puasa Bersama Perdana Menteri
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menyantuni pengamal media dalam Majlis Berbuka Puasa Perdana Menteri Bersama Pengamal Media di Angkasapuri.

'Jadi ejen perpaduan’ - Nasihat PM kepada trio DJ Era FM
Jadi ejen perpaduan, fokus kepada Ramadan. Itu mesej yang disampaikan oleh Perdana Menteri kepada tiga penyampai radio Era FM.

PM Anwar terima kunjungan hormat Duta Besar AS ke Malaysia
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menerima kunjungan hormat Duta Besar Amerika Syarikat (AS) ke Malaysia Edgard D Kagan di Putrajaya petang ini.

Fiji berminat contohi model pembangunan Malaysia - PM Anwar
Fiji menyatakan minat terhadap model pembangunan Malaysia, khususnya pendekatan Majlis Amanah Rakyat (MARA) dalam memperkasakan sektor ekonomi dan pendidikan negara.

PM Anwar sertai 10,000 hadirin berbuka puasa di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin
Anwar yang lengkap berpakaian baju Melayu bewarna biru muda tiba di perkarangan masjid sekitar jam 7 malam.

Malaysia-Thailand terus berusaha capai kejayaan bersama - PM Anwar
Malaysia dan Thailand akan terus berusaha mencapai kejayaan bersama-sama dan juga rantau ASEAN, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Agong, Raja Permaisuri berbuka puasa bersama PM, Jemaah Menteri
Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim dan Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah berkenan berangkat ke majlis berbuka puasa bersama Jemaah Menteri dan perwakilan asing di Istana Negara, malam ini.

Jangan mudah buat andaian kes Ismail Sabri - PM Anwar
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengingatkan semua pihak agar tidak mudah membuat andaian terhadap siasatan yang dihadapi Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

PM Anwar seru umat Islam perkukuh ibadah dan takwa di bulan Ramadan
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyeru umat Islam di Malaysia untuk memperkukuh amal ibadah dan meningkatkan ketakwaan dalam menghayati keberkatan bulan Ramadan.