JOHOR BAHRU: Insentif berhubung pelaksanaan inisiatif Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ) dijangka akan diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim pada pembentangan Belanjawan 2025.
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata perkara itu akan dibincangkan jemaah menteri dalam waktu terdekat.
"Menteri Besar Johor Datuk Onn Hafiz Ghazi ada bertanya mengenai insentif sempena JS-SEZ, antara permintaannya termasuklah 'tax holiday' (pengurangan atau penghapusan sementara cukai). Mungkin itu boleh dipertimbangkan.
"Saya akan sampaikan pesanan itu kepada Perdana Menteri esok. Sekiranya bersesuaian beliau mungkin umumkan insentif JS-SEZ semasa pembentangan belanjawan akan datang," katanya pada sidang media selepas merasmikan Program 'Halal on Track@Johor Darul Ta'zim' di Pusat Konvensyen Antarabangsa Persada Johor di sini hari ini.
Sementara itu, Ahmad Zahid dalam ucapannya ketika merasmikan program itu menyarankan pengusaha produk halal tempatan mengambil peluang terhadap pasaran domestik China melibatkan seramai 1.4 bilion penduduk.
"Semasa lawatan ke China baru-baru ini, Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri menyarankan supaya produk halal Malaysia turut dipasarkan di negara itu, sama ada melalui syarikat Fortune 500 atau syarikat lain.
"Ini kerana produk halal bukan sahaja bersesuaian untuk masyarakat Muslim tetapi kerana kandungan, proses dan kebersihannya melalui ujian saintifik, ia turut diterima penganut bukan Islam di negara itu," katanya.
Sementara itu, Onn Hafiz dalam ucapannya berkata antara industri yang difokuskan kerajaan negeri dan persekutuan menerusi JS-SEZ adalah industri halal.
"Tidak lama lagi, perjanjian antara Malaysia dan Singapura mengenai JS-SEZ akan ditandatangani, dijangka berlangsung pada September tahun ini.
"Johor juga mempunyai Iskandar Halal Park berkeluasan 4.04 hektar dengan 70 peratus daripadanya telah dihuni usahawan manakala 30 peratus lagi akan diisi. Kita juga merancang untuk meluaskan lagi kawasan tersebut pada masa depan," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Jun 04 2024

Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi ketika menyampaikan ucaptama pada perasmian Program Halal On Track di Pusat Konvensyen Antarabangsa Persada Johor, hari ini. - Foto BERNAMA

ACC: Selamat datang! Azizulhasni Awang kini pengulas Astro Arena
Ia merupakan perasaan berbeza ketika beraksi sebagai atlet di dalam trek berbanding ketika melakukan ulasan di tempat duduk penonton.

Pemergian Ishsam kehilangan besar buat arena bola sepak negara - PBMM
Mohd Firdaus turut menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga Ishsam.

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.

PM dijangka umum insentif, pengecualian cukai JS-SEZ dalam Belanjawan 2025 - Ahmad Zahid
Insentif berhubung pelaksanaan inisiatif Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ) dijangka akan diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim pada pembentangan Belanjawan 2025.