Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menggesa kerajaan negeri meningkatkan lagi prestasi penggunaan dana pemberian perbelanjaan penyenggaraan jalan negeri (Pemberian MARRIS) kerana peruntukan besar yang disediakan kerajaan persekutuan untuk memastikan kualiti dan kemudahan jalan raya yang selesa kepada rakyat tidak digunakan sepenuhnya.
Tahun 2013, kerajaan negeri telah membelanjakan 82.1 peratus daripada jumlah disalurkan kerajaan persekutuan iaitu sebanyak RM3.570 juta.
Prestasi ini lebih rendah berbanding tahun 2012 dimana sebanyak 91.2 peratus daripada RM2.85 juta yang disalurkan digunakan.
"Masih ada ruang untuk diperbaiki perbelanjaan di bawah pemberian MARRIS, kerajaan negeri perlu lihat semula kemampuan dan prestasi masing-masing supaya dapat menjamin tujuan MARRIS diwujudkan iaitu untuk menjamin keselamatan dan keselesaan rakyat," katanya.
Najib berkata demikian selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Kewangan Negara 2014 di Putrajaya.
Hadir sama ialah Menteri Kewangan Kedua Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah dan Timbalan Menteri Datuk Ahmad Maslan dan Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Dr Ali Hamsa,
Antara faktor pemberian MARRIS kurang memberangsangkan adalah proses pembahagian kerja antara majlis tempatan serta cuaca.
Sehubungan itu kerajaan negeri diminta melihat semula proses pembahagian kerja supaya prestasi lebih mengalakkan di masa hadapan.
Mesyuarat tahunan ini membincangkan peruntukan kepada semua negeri dan pengurusan kewangan negeri serta perkara-perkara yang berkaitan.
Dalam mesyuarat sama kerajaan persekutuan juga memperuntukkan RM470 juta kepada Kumpulan Wang Simpanan Negeri bagi tahun 2016.
Daripada jumlah itu, RM190 juta adalah pembiayaan caruman kepada negeri yang menghadapi kekurangan wang dalam akaun mengurus.
"Pemberian itu diberikan kepada negeri yang mengalami defisit jadi semua yang defisit dari segi perbelanjaan pengurusan ditampung melalui satu formula yang telah kita tetapkan,” katanya
Sejumlah RM280 juta lagi diberikan berdasarkan tahap pembangunan ekonomi, infrastruktur dan kesejahteraan hidup.
Majlis Kewangan Negara turut meluluskan caruman tambahan bagi tahun 2015 sebanyak RM50 juta.
Najib yang juga Menteri Kewangan turut mengumumkan penubuhan jawatankuasa hasil negeri bagi membantu negeri-ngeri mengenal pasti sumber hasil baru.
Ia juga diharap dapat meningkatkan kecekapan kutipan hasil termasuk mengurangkan ketirisan.
Hakim Rahman
Tue Jul 08 2014

NAJIB: Kerajaan negeri perlu lihat semula kemampuan dan prestasi masing-masing. -AstroAWANI/HAKIM RAHMAN
Tumpuan Isnin – 24 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (23 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tentera Israel luaskan serangan di utara Tebing Barat
Rejim Zionis memperhebat serangan di utara Tebing Barat dengan mengerahkan kereta kebal di sekitar bandar Jenin buat kali pertama sejak serangan mereka di wilayah itu pada 2002.
Pendekatan berpasukan cerminan dasar-dasar negara dilaksanakan berkesan
Penganalisis politik berpandangan penekanan terhadap pendekatan berpasukan dalam menangani cabaran utama termasuk hubungan luar negara dan perubahan kedudukan geoplitik mencerminkan keperluan untuk memastikan dasar-dasar negara dilaksanakan dengan lebih berkesan.
Dakwaan wujud kem dalam DAP perkara biasa - Loke
Setiausaha Agung DAP Anthony Loke menyifatkan dakwaan wujudnya kem tertentu dalam parti itu menjelang pemilihan Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) sebagai perkara biasa yang ditimbulkan pihak luar bagi mengganggu-gugat ketenteraman parti.
Jawatankuasa ditubuhkan kaji beban tugas pensyarah
Sebuah jawatankuasa ditubuhkan bagi meneliti dan mengkaji beban kerja yag ditanggung tenaga akademik di universiti awam.
Tidak perlu kategori sekolah, tumpu naik taraf sekolah daif
Pendekatan Kementerian Pendidikan membahagikan sekolah kepada tiga kategori iaitu sekolah fokus, sekolah aspirasi dan sekolah inspirasi hanya akan mencetus jurang perbezaan antara sekolah di negara ini.
Dua platform jualan 'online' diarah turunkan iklan gula-gula kenyal
Kementerian Kesihatan (KKM) mengarahkan dua platform jualan dalam talian untuk menurunkan iklan penjualan gula-gula kenyal atau 'gummy' berbentuk mata yang sebelum ini dikatakan meragut nyawa seorang kanak-kanak di Pulau Pinang.
Kuala Lumpur paling rendah, Terengganu tertinggi
Kadar kelahiran di Kuala Lumpur adalah yang terendah di Malaysia dengan 10.7 bagi setiap seribu penduduk pada 2023.
Polis nafi kejadian samun, serangan terhadap pasangan suami isteri di Bangi
Polis menafikan dakwaan berlakunya kejadian samun dan serangan terhadap pasangan suami isteri bersama anak mereka di Bangi dekat sini, seperti yang tular di media sosial.

Majlis Kewangan Negara: 'Surat untuk singkirkan saya memang wujud' - Sanusi
Muhammad Sanusi mendakwa terdapat surat daripada Kementerian Kewangan dihantar kepada Pejabat Sultan Kedah berhubung cubaan menyingkirkannya daripada Majlis Kewangan Negara.

Mahfuz tempelak Sanusi isu dakwaan singkir daripada Majlis Kewangan Negara
Mahfuz mendakwa ia satu kenyataan yang sangat jahat dan menyifatkan Menteri Besar Kedah itu cuba menarik simpati orang ramai.

Kerajaan sedia semak semula akta berkaitan peruntukan kewangan
Kerajaan ingin memastikan semua kerajaan negeri mendapat layanan yang adil dan pada masa sama meningkatkan urus tadbir yang lebih baik.

PM gesa kerajaan negeri agar guna peruntukan sepenuhnya
Kerajaan negeri telah membelanjakan 82.1 peratus daripada jumlah disalurkan kerajaan persekutuan iaitu sebanyak RM3.570 juta.