PUTRAJAYA: Majikan digesa tidak bergantung sepenuhnya kepada negara sumber tradisi pengambilan pekerja asing.
Sebaliknya, Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, majikan perlu mempertimbangkan pengambilan pekerja asing dari negara lain yang diluluskan kerajaan.
Beliau berkata, kerajaan yang kekal komited mendepani isu dan cabaran pengambilan pekerja asing juga menggesa Kementerian Sumber Manusia (KSM) mempercepatkan pelaksanaan proses temu duga majikan dengan menambah bilangan penemu duga di Pusat Sehenti (OSC) mengikut zon dan negeri.
"Majlis Tindakan Ekonomi yang bermesyuarat hari ini turut membuat ketetapan agar kementerian Sumber Manusia dan Kementerian Dalam Negeri bersama pihak industri, persatuan perniagaan dan pihak berkenaan mengadakan pertemuan secara bersemuka bagi menyelesaikan isu-isu pengambilan pekerja asing sehingga penghujung bulan Julai ini," katanya dalam kenyataan di sini, pada Selasa.
Terdahulu beliau mempengerusikan Mesyuarat Majlis Tindakan Ekonomi.
Menurut Perdana Menteri, kerajaan mendengar keluhan dan pandangan daripada pemain industri berkaitan pasaran buruh negara yang kini berdepan dengan kekurangan tenaga kerja asing yang kritikal.
Katanya, kerajaan akan terus mempertingkatkan kerjasama dengan pihak swasta melalui sesi libat urus yang berterusan.
Ismail Sabri berkata kerajaan juga menggesa Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC) untuk menyelesaikan kes-kes kompleks dalam masa 60 hari berikutan kejayaan agensi itu menyelesaikan 30 peratus isu yang diterima melalui MyMudah dalam masa kurang daripada dua bulan.
Beliau berkata mesyuarat bersetuju supaya MPC menyegerakan penubuhan Unit MyMudah di kementerian yang belum melaksanakannya selain memberi tumpuan kepada penubuhannya di peringkat Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) bagi memastikan isu birokrasi di peringkat berkenaan dapat ditambah baik.
"Mesyuarat mengambil maklum prestasi program MyMudah yang telah dilaksanakan di peringkat kementerian oleh MPC bagi mengurangkan kerenah birokrasi, namun masih banyak rungutan diterima daripada pihak industri.
"Oleh itu, MPC diminta menyelesaikan isu-isu berkaitan kerenah birokrasi melalui pengukuhan program MyMudah," katanya.
Perdana Menteri juga berkata Kementerian Pertanian dan Industri Makanan diminta melaksanakan program-program berkaitan sekuriti makanan negara yang telah dipersetujui kerajaan dengan segera.
Beliau berkata kerajaan sentiasa berusaha memastikan permasalahan yang dihadapi pemain industri diselesaikan segera melalui usaha sama oleh semua pihak bagi menjamin kesejahteraan Keluarga Malaysia secara inklusif dan menyeluruh.
Astro Awani
Tue Jul 19 2022

Ismail Sabri Yaakob (kiri) berkata, majikan perlu mempertimbangkan pengambilan pekerja asing dari negara yang lain yang diluluskan kerajaan. - Gambar Pejabat Perdana Menteri

PRK DUN Ayer Kuning: UMNO Perak optimis, namun tidak pandang mudah pihak lawan
Tumpuan akan terarah untuk mendapatkan sokongan daripada pengundi-pengundi baharu di kawasan DUN berkenaan.

KKM teliti gabung fungsi penguatkuasaan kesihatan awam dan penjajaran jawatan PKP/PPKP
Cadangan itu telah dikemukakan oleh CUEPACS kepada Kementerian Kesihatan.

17 sekolah baharu dijangka mula operasi tahun ini - Fadhlina
Ia merangkumi lapan sekolah rendah dan sembilan sekolah menengah melibatkan Selangor, Melaka, Johor, Kelantan, Terengganu, Sabah dan Sarawak.

Apple labur US$500 bilion di AS dalam tempoh empat tahun di sebalik ancaman tarif Trump
Rancangan ini merangkumi pembinaan kilang di Texas, menggandakan Dana Pembuatan Termaju AS, penubuhan akademi pembuatan, mempercepatkan pelaburan AI dan kejuruteraan silikon.

1MDB tarik balik saman terhadap Riza Shahriz dan dua pihak lain
Peguam yang mewakili 1MDB dan tiga anak syarikatnya memaklumkan kepada Mahkamah Tinggi, beliau telah menerima arahan untuk menarik balik kes tersebut terhadap semua defendan.

Azerbaijan labur AS$2 bilion di Pakistan - Shehbaz
Presiden Azerbaijan dan PM Pakistan memuktamadkan portfolio pelaburan Azerbaijan bernilai AS$2 bilion dalam projek yang memberi manfaat bersama di Pakistan.

Remaja perempuan dua kali ganda berisiko murung - Noraini
Golongan remaja perempuan Malaysia berdepan dengan risiko menghidap masalah kesihatan berkaitan mental termasuk kemurungan, dua kali ganda lebih tinggi berbanding remaja lelaki.

Tenaga kerja: Kerjasama semua agensi tangani perubahan landskap pekerjaan
Zambry berkata, kerjasama semua pihak adalah penting untuk menangani landskap pekerjaan yang berubah dengan pantas.

Umat Islam harus bina kekuatan ekonomi, kuasai AI dan digital - PM Anwar
Dalam menghadapi persaingan dunia yang sengit dan mencabar, umat Islam perlu merangkul usaha untuk membina kekuatan ekonomi serta menguasai kecerdasan buatan (AI) dan teknologi digital.
Satu juta mahasiswa akan terima pelaburan awal percuma
Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan berkata seramai satu juta mahasiswa akan menerima pelaburan awal percuma RM50 menerusi program Celik MADANI.

PRK Pelangai: Siapa pun calon, dia wakili parti - Ismail Sabri
Ismail Sabri berkata, tidak sepatutnya timbul isu berhubung siapa yang dipilih bertanding kerana pada akhirnya, calon itu akan tetap membawa nama dan imej parti.

Pinda Akta DBP, beri kuasa ambil tindakan salah guna bahasa Melayu - Ismail Sabri
Ismail Sabri berkata, perkara itu merupakan sebahagian daripada usaha semasa pentadbirannya, namun tidak sempat dilaksanakan disebabkan pertukaran Kerajaan.

Tidak bersara, Ismail Sabri akan terus aktif politik walaupun bukan lagi Naib Presiden
Ismail Sabri berkata beliau juga akan kekal menjalankan tanggungjawab sebagai Ketua UMNO Bahagian Bera selepas menang tanpa bertanding.

Kerajaan 'caretaker' bersidang seperti biasa, bentang bajet mini untuk gaji penjawat awam
Kerajaan semasa akan kekal sebagai kerajaan caretaker sekiranya tiada mana-mana parti membentuk kerajaan dalam masa terdekat ini.

Pasca PRU15: 'BN tak sokong mana-mana gabungan bentuk kerajaan' - Ismail Sabri
Dewan Tertinggi Barisan Nasional (BN) telah membuat keputusan untuk tidak menyokong mana-mana gabungan untuk membentuk kerajaan.

PRU15: Ismail Sabri tiba di Istana Negara
Tujuan sesi menghadap antara Perdana Menteri dan Yang di-Pertuan Agong berkenaan masih menjadi tanda tanya.

MH17: Malaysia berpuas hati dan sokong keputusan Mahkamah The Hague - PM
Malaysia sentiasa berpendirian bahawa perbicaraan yang dijalankan mesti berlandaskan kebenaran, keadilan dan tanggungjawab.

PRU15: 'Deklarasi Profesor Melayu G70 sokong Anwar' tidak wakili MPN - Ismail Sabri
Perkara itu dimaklumkan Presiden MPN sendiri, Profesor Datuk Dr Raduan Che Rose ketika dihubunginya pada Rabu.

Banjir: Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri seluruh negara telah diaktifkan - PM
Ismail Sabri berkata, fokus gerak kerja di peringkat negeri dan daerah telah bersiap sedia untuk menghadapi sebarang kemungkinan.

PRU15: 'Saya masih calon PM untuk BN, tiada perubahan' - Ismail Sabri
Jelas Ismail Sabri, tiada perubahan mengenai keputusan yang telah dibuat BN sebelum ini.