RIYADH: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menggesa negara anggota Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) secara konsisten mendesak pelaksanaan gencatan senjata serta-merta manakala bantuan kemanusiaan kepada penduduk Gaza disegerakan.
Bercakap pada sesi kelapan Sidang Kemuncak Tergempar OIC bagi membincangkan serangan dan kekejaman berterusan Israel terhadap Palestin, beliau berkata, umat Islam di seluruh dunia mengharapkan hasil ketara serta tindakan konkrit daripada sidang kemuncak yang berlangsung sehari itu.
"Saya menggesa semua anggota OIC agar menggunakan saluran dan rangkaian diplomatik masing-masing secara strategik dalam setiap dialog di semua peringkat sama ada dua hala atau pelbagai hala, serantau mahupun antarabangsa.
"Marilah kita secara konsisten dan tegas mendesak perkara itu dalam satu kempen diplomatik yang bersepadu untuk memulakan pelaksanaan gencatan senjata dan menyegerakan bantuan kemanusiaan kepada penduduk Gaza," kata Perdana Menteri, di sini, pada Sabtu.
Sidang kemuncak tergempar itu, yang berlangsung di Pusat Konvensyen Raja Abdulaziz di Riyadh, dihoskan oleh Putera Mahkota Mohammed bin Salman, yang juga Perdana Menteri Arab Saudi.
Lebih 11,000 rakyat Palestin, kebanyakannya wanita dan kanak-kanak, telah terbunuh akibat serangan udara tanpa henti serta operasi darat yang kejam lebih sebulan oleh rejim Israeli di bumi Gaza.
Beribu-ribu lagi masih tidak dapat dikesan dan mereka dipercayai terperangkap di bawah runtuhan bangunan yang telah musnah.
Menurut sebuah pertubuhan hak asasi manusia antarabangsa, pengeboman bertubi-tubi oleh Israel menyaksikan pesawat pejuang rejim itu telah menggugurkan lebih 25,000 tan bahan letupan di Semenanjung Gaza sejak 7 Okt lepas, yang bersamaan dengan dua butir bom nuklear.
Perdana Menteri, yang tiba di Riyadh petang Sabtu juga berharap agar semua aktiviti petempatan dan keganasan oleh peneroka terbabit terhadap rakyat Palestin di Tebing Barat dihentikan serta-merta.
Beliau turut menggesa agar semua pihak yang mencabuli undang-undang antarabangsa termasuk melakukan jenayah perang disiasat dan diheret ke mahkamah menerusi institusi antarabangsa.
Malaysia, kata Anwar, menyokong Inisiatif Keamanan Arab dan rundingan bersama pengantara terkemuka bagi menjayakan penyelesaian dua negara dengan pengiktirafan kepada negara Palestin yang merdeka berdasarkan sempadan pra-1967 serta Baitulmaqdis Timur sebagai ibu negaranya.
Menyentuh penyingkiran paksa orang awam di Palestin, Perdana Menteri mahu tindakan itu dihentikan serta-merta.
Beliau juga menggesa negara anggota OIC memerangi habis-habisan peningkatan global dalam Islamofobia dan pada masa yang sama, melindungi hak untuk menyatakan sokongan kepada perjuangan Palestin secara aman.
Anwar berkata, selama lebih sebulan, penduduk Gaza yang terkepung telah menjadi mangsa kekejaman tidak berperikemanusiaan dan pembunuhan beramai-ramai oleh tentera Israel yang menyasarkan lelaki, wanita dan kanak-kanak secara sembarangan.
"Gaza telah menjadi kubur untuk mereka yang tidak bersalah dan golongan syahid, kebanyakannya kanak-kanak Palestin. Tiada kediaman, hospital ataupun rumah ibadat sama ada Islam atau Kristian, selamat daripada serangan yang dilakukan secara sembarangan oleh Israel," katanya.
Beliau berkata, kesinambungan politik yang merampas hak rakyat Palestin bukanlah dilakukan secara senyap-senyap, sebaliknya, ia dapat disaksikan oleh seluruh dunia dalam pelanggaran undang-undang antarabangsa secara terang-terangan.
"Kelas politik negara-negara barat ketika ini mempamerkan sikap rabun jauh terpilih dalam krisis di Palestin," katanya.
Anwar berkata, perubahan besar mengenai perkara itu telah berlaku sebagaimana ditunjukkan dalam demonstrasi besar-besaran di seluruh dunia yang belum pernah terjadi sebelum ini termasuk di negara barat, untuk menyokong Palestin.
"Ironinya, di kesemua ibu kota ini yang kononnya memperjuangkan kebebasan bersuara dan meletakkan hak asasi manusia sebagai sesuatu yang suci, sesetengah pihak berkuasa telah mengecam pihak yang menyokong perjuangan Palestin serta menyifatkan mereka sebagai penyebar ucapan berbaur kebencian dan penyokong keganasan.
"Ini adalah dwistandard songsang," kata beliau.
Perdana Menteri juga berkata, beliau memuji inisiatif Kerajaan Arab Saudi untuk mengadakan sidang kemuncak tergempar itu.
"Dan saya memuji Tuanku kerana memberikan sokongan tidak berbelah bahagi kepada perjuangan Palestin dan kecaman Tuanku terhadap penjajahan serta kekejaman yang dilakukan oleh Israel. Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada Presiden Mesir, Fattah El-Sisi kerana memudahkan penyaluran bantuan kemanusiaan," katanya. - BERNAMA
Bernama
Sat Nov 11 2023
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berucap pada Sidang Kemuncak Tergempar Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) kali Kelapan di Riyadh, Arab Saudi, pada Sabtu. - Gambar BERNAMA
Hasrat untuk duet bersama Ziana Zain tercapai, Alyph rasa bertuah
Alyph menzahirkan rasa syukur selepas hasratnya untuk berkolaborasi dengan penyanyi legenda Ziana Zain menerusi album The Storm tercapai.
[TERKINI] Israel tunggu senarai tebusan, lengahkan laksana gencatan senjata
Prof Adjung Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya, Prof Dr Kamaruzzaman Yusof berkongsi analisis mengenai tindakan Israel melengahkan gencatan senjata, dan menggunakan alasan menanti senarai tebusan dari Hamas.
Perhilitan terima aduan kehadiran 'Pak Belang' di Kampung Kolam, Tanjung Rambutan
Perhilitan) Perak mengesahkan menerima aduan berhubung serangan harimau belang terhadap lembu ternakan penduduk di kawasan berhampiran Kampung Kolam, Tanjung Rambutan.
Amaran hujan berterusantahap buruk di Sarawak sehingga esok
Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) pada Ahad mengeluarkan amaran ramalan cuaca signifikan yang mengakibatkan amaran hujan berterusan (buruk) di Sarawak sehingga esok.
AISSE 25 inisiatif strategik sokong Malaysia pusat inovasi keselamatan, kerjasama dan kepimpinan
Persidangan dan Ekspo Keselamatan Antarabangsa Asia 2025 (AISSE 25) merupakan inisiatif strategik yang mendokong tujuan membariskan Malaysia sebagai pusat inovasi keselamatan, kerjasama dan kepimpinan.
[TERKINI] Polis tidak boleh periksa telefon bimbit tanpa alasan sah - Saifuddin
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail menegaskan, pegawai polis tidak boleh memberhentikan individu secara sembarangan untuk memeriksa telefon bimbit mereka tanpa alasan yang sah.
ASEAN 2025: Visa tunggal pelancong antara agenda tumpuan
Pelaksanaan visa tunggal ASEAN diletakkan sebagai salah satu sasaran Malaysia selaku Pengerusi untuk 2025.
Puluhan penyokong Presiden Korea Selatan serbu mahkamah
Puluhan penunjuk perasaan menyerbu bangunan mahkamah di Seoul awal pagi Ahad selepas mahkamah melanjutkan penahanan Presiden Yoon Suk Yeol sehingga 20 hari.
Houthi dakwa lakukan serangan kelapan di Laut Merah
Kumpulan Houthi yang berpangkalan di Yaman mendakwa pihaknya telah melakukan serangan kelapan ke atas kapal pengangkut pesawat Amerika Syarikat (AS) di Laut Merah pada awal pagi Ahad.
Letupan besar di Gaza selepas 30 minit genjatan senjata dilaksanakan
Satu letupan besar kedengaran di Gaza pada pagi Ahad selepas perjanjian gencatan senjata antara Israel dan Hamas dipersetujui dilaksanakan pada hari ini.
Israel tangguh kelulusan gencatan senjata, AS kata perjanjian di landasan betul
Mesyuarat Kabinet Israel pada Khamis mengundi perjanjian tersebut ditangguhkan, dengan Israel menyalahkan Hamas atas kelewatan itu.
Presiden Lubnan gesa Israel komited pada perjanjian Gaza
Joseph Aoun harap "gencatan senjata di Gaza dapat mengakhiri keadaan tragik."
AS yakin gencatan senjata di Gaza akan bermula Ahad ini - John Kirby
Amerika juga sedang berusaha menyelesaikan isu yang dibangkitkan oleh Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu.
‘Krisis saat akhir’ dengan Hamas lambatkan kelulusan gencatan senjata, perjanjian tebusan - Netanyahu
Kabinet Israel tidak akan bersidang untuk luluskan perjanjian sehingga Hamas menarik balik langkah yang didakwa melanggar sebahagian perjanjian.
Gencatan senjata: Hamas setuju bebaskan 34 tawanan perang dengan Israel
Sebarang perjanjian bergantung pada persetujuan untuk pengunduran Israel dari Gaza serta pelaksanaan gencatan senjata kekal.
Serangan Israel rosakkan hampir 1,000 masjid di Gaza, kata pihak berkuasa
Sebanyak 815 rumah ibadat Islam musnah sepenuhnya manakala 151 lagi mengalami kerosakan separa.
Bekas Menteri Pertahanan Israel, Yoav Gallant undur diri dari politik
Selepas berbulan berselisih pendapat dengan Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu, Yollant akhirnya undur diri.
Hampir 1 juta penduduk Palestin berdepan musim sejuk tanpa tempat perlindungan
Ratusan ribu keluarga yang kehilangan tempat tinggal sedang menghadapi musim sejuk dan hujan tanpa perlindungan yang bermakna, kata Majlis Pelarian Norway.
Malaysia alu-alukan dua resolusi PBB tegakkan hak asasi mutlak rakyat Palestin
Malaysia teguh dengan pendirian berprinsip mendukung hak rakyat Palestin untuk membentuk sebuah negara merdeka dan berdaulat.
Pemimpin G20 gesa gencatan senjata menyeluruh, perluasan bantuan kemanusiaan untuk Gaza
Pemimpin G20 menekankan keperluan mendesak untuk memperluaskan aliran bantuan kemanusiaan, memastikan perlindungan orang awam dan menghapuskan semua kekangan.