KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengajak rakyat untuk sama-sama berdoa agar kemenangan pingat emas acara lontar peluru lelaki F20 melibatkan atlet negara Muhammad Ziyad Zolkefli pada Sukan Paralimpik Tokyo semalam, kekal berpihak kepada Malaysia.
Menerusi catatan di laman Facebook, Ismail Sabri berkata beliau dan Keluarga Malaysia sangat berbangga dengan jaguh lontar peluru para negara itu yang bertanding dalam sukan tersebut.
"Kepada Ziyad, anda tetap juara di hati kami, memecahkan rekod dunia adalah perkara yang luar biasa! Saya dan Keluarga Malaysia sangat berbangga dengan anda! Sama-samalah kita berdoa agar kemenangan pingat emas kekal di tangan Malaysia #malaysiaboleh #letlogicprevail," katanya.
Terdahulu, media melaporkan pingat emas yang dimenangi Muhammad Ziyad dalam acara lontar peluru F20 (kecacatan intelektual) ditarik selepas terdapat protes daripada kem Ukraine.
Dalam aksi itu, Ziyad telah memecahkan rekod dunia selepas melakukan lontaran 17.94 meter sekali gus memperbaharui rekod dunia miliknya sendiri 17.29m yang dilakukan pada Kejohanan Olahraga Para Dunia 2017 di London.
Namun kegembiraan itu tidak lama apabila kem Ukraine melakukan protes berikutan tiga atlet iaitu Ziyad, Todd Hodgetts (Australia) dan Jordi Patricio (Ecuador) dikatakan lewat untuk memasuki bilik menunggu sebelum pertandingan dimulakan.
Berdasarkan semakan di laman Paralimpik Tokyo, ketiga-tiga atlet terbabit mendapat status 'DNS' sekali gus menyebabkan mereka dianggap tidak layak beraksi.
Kem Malaysia, Ecuador dan Australia kemudian telah membuat protes balas terhadap tindakan Ukraine itu tetapi difahamkan protes Ukraine masih diterima.
Ketua Kontinjen Malaysia Datuk Seri Megat D Shahriman Zaharudin berkata Malaysia akan mengemukakan rayuan kepada Jawatankuasa Paralimpik Antarabangsa (IPC) dan World Para Athletics (WPA) berhubung keputusan itu hari ini.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Aug 31 2021
Muhammad Ziyad beraksi pada acara lontar peluru F20 (kategori masalah pembelajaran) pada Kejohanan Sukan Paralimpik Tokyo 2020 di Stadium Olimpik, 31 Ogos 2021. --fotoBERNAMA
Bangkok laksanakan langkah bekerja dari rumah berikutan ramalan kemerosotan kualiti udara
Ramalan cuaca menunjukkan sekurang-kurangnya 35 daerah di Bangkok berpotensi alami peningkatan tahap PM2.5.
Remaja perempuan hilang sejak Rabu
Seorang remaja perempuan berusia 14 tahun dilaporkan hilang di Semenyih, Selangor sejak Rabu lalu.
KDNK China tumbuh 5 peratus pada 2024, tepati unjuran
Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) China mencatat pertumbuhan sebanyak lima peratus pada 2024, sejajar dengan unjuran.
KKM perkenal dasar, program pencegahan kesihatan paru-paru
Inisiatif itu merupakan langkah penting dalam menangani risiko penyakit berkaitan paru-paru yang berkait rapat dengan tempat kerja.
Tumpuan Sabtu – 18 Januari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (17 Januari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
11 pendatang tanpa izin ditahan di Muallim
Jabatan Imigresen (JIM) Perak menahan 11 pendatang tanpa izin dalam serbuan di tujuh premis perniagaan berasingan di sekitar daerah Muallim, semalam.
Bekas Datuk Bandar disyaki lulus projek, 3 yang lain terima imbuhan
Bekas Datuk Bandar yang ditahan dalam Op Ragada bersama dua wanita dan seorang lelaki pada Rabu dan semalam disyaki antara individu yang bertanggungjawab meluluskan projek diselewengkan pegawai pengurusan tertinggi sebuah stesen penyiaran di Sarawak.
Dua lelaki terlibat pelbagai jenayah di empat negeri ditahan
Dua lelaki disyaki terlibat dalam 19 siri jenayah pecah kedai dobi layan diri, samun dan curi kenderaan yang berlaku di Negeri Sembilan, Selangor, Kuala Lumpur, dan Perak, ditahan polis semalam.
Polis Selangor terima 31 laporan libatkan RM2.1 juta kerugian
Polis setakat ini menerima 31 laporan membabitkan kerugian RM2.1 juta berhubung penipuan umrah di negeri itu.
Sukan Paralimpik: Dua emas jadi sasaran Ziyad Zolkefli menuju ke Paris
Dua kejohanan terbesar ini bakal menjadi kayu pengukur untuk prestasi terkininya setelah lebih sedekad bergelar jaguh lontar peluru negara.
Latif, Ziyad tuai emas di Dubai
Abdul Latif Romly dan Muhammad Ziyad Zolkefli merangkul pingat emas di Dubai 2024 World Para Athletics Grand Prix, semalam.
Sukan Para Asia Hangzhou: Ziyad Zolkefli raih pingat emas ketiga Malaysia dalam acara lontar peluru
Atlet olahraga Muhammad Ziyad Zolkelfi kekal unggul selepas berjaya mengekalkan pingat emas menerusi acara lontar peluru lelaki di Sukan Para Asia Hangzhou, pada Selasa.
"Tetap tunggu ayah balik baru keluar" - Isteri hadiahkan Ziyad Zolkefli anak ketiga
Atlet paralimpik negara, Muhammad Ziyad Zolkefli menerima hadiah paling bermakna sejurus pulang selepas menyelesaikan tanggungjawabnya berjuang demi negara di Sukan Para ASEAN.
Ziyad Zolkefli mahu segera pulang sambut cahaya mata
Ketika Ziyad sedang berjuang mempertahankan pingat emas acara lontar peluru di Solo, isterinya, Zafirah Nasir, sedang sarat mengandung.
Ziyad dijangka sumbang emas pertama Malaysia di Solo hari ini
Pingat emas Malaysia di temasya Sukan Para ASEAN (APG) ke-11 di sini, dijangka hadir menerusi jaguh olahraga para Muhammad Ziyad Zolkefli pada pagi Isnin.
Sukan Paralimpik Tokyo: Bukti lemah hampir pasti tidak memihak Ziyad Zolkefli
Pengerusi Jawatankuasa Siasatan Dalaman, Tan Sri Borhan Dolah, memberi gambaran sukar dalam proses menganalisis bahan bukti itu.
Isu Ziyad: Jawatankuasa siasatan mula mesyuarat minggu depan
Kesemua hasil dapatan daripada mesyuarat jawatankuasa siasatan dalaman itu akan diserahkan kepada KBS selepas 8 Okt.
Ziyad, jurulatih botakkan kepala, azam dan semangat baharu
JAGUH lontar peluru paralimpik negara, Ziyad Zolkefli menjelaskan bahawa tindakannya membotakkan kepala diambil selepas berjaya melebihi sasaran cabaran jurulatihnya ketika beraksi di Paralimpik Tokyo
Ziyad gusar nama dieksploitasi pihak tidak bertanggungjawab
Menurut atlet berusia 31 tahun itu, tiada sebarang pihak menghubunginya biarpun sedar beberapa kempen pungutan derma telah digerakkan sejak tiga minggu lalu.