TOKYO: Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob bertemu pemimpin-pemimpin perniagaan utama Jepun dalam sesi perniagaan tertutup pada pagi Jumaat dengan beliau mendengar dengan penuh perhatian bagi meneroka potensi minat mereka selanjutnya terhadap Malaysia.
Dalam pertemuan itu, para pemimpin perniagaan Jepun antara lain memaklumkan perkembangan terkini mengenai operasi dan aktiviti mereka di Malaysia kepada Ismail Sabri.
Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Mitsubishi Power Ltd, Hideshi Kawamoto berkata beliau menjelaskan mengenai penyelesaian kuasa turbin gas kecekapan tinggi terkini oleh Mitsubishi.
JAMECA pula mengemukakan cadangan untuk menganjurkan seminar Dasar Pandang ke Timur pada Ogos di Malaysia.
Presiden JAMECA, Tsuyoshi Nagano berkata pihaknya akan menekankan usaha untuk mendapatkan penyertaan generasi muda Jepun dan Malaysia supaya hubungan dua hala ini akan terus dapat dipertingkatkan.
"Saya amat percaya masa depan (hubungan ini) sangat kuat...terlalu banyak perkara yang perlu dilakukan untuk mengukuhkan ekonomi kedua-dua negara, jadi kita perlu memberi tumpuan kepada generasi baharu untuk mewujudkan pemimpin baharu di kedua-dua negara," katanya yang juga Pengerusi Tokio Marine Holdings Inc ketika ditemui pemberita Malaysia.
JAMECA ditubuhkan pada 1977 dengan antara objektifnya untuk memupuk persahabatan dan menggalakkan hubungan ekonomi yang rapat dan harmoni antara Jepun dan Malaysia.
Ia juga bertujuan menggalakkan persefahaman yang lebih mendalam antara sektor swasta Jepun dan Malaysia mengenai dasar dan situasi ekonomi negara masing-masing.
Semasa sesi pertemuan dengan Rohm Wako Co Ltd, Ismail Sabri turut menyaksikan penyerahan Surat Kelulusan Insentif kepada Rohm Wako.
Ini susulan Rohm Wako mencadangkan rancangan bernilai hampir RM1 bilion untuk memperluas kemudahan pembuatan semikonduktornya yang kini di Kota Bharu, Kelantan.
Dalam pertemuan itu Rohm Wako diwakili oleh Pengasas dan Pengerusi, Datuk Yosuke Yoshioka dan Presiden, Hirofumi Yoshioka.
Ismail Sabri berada di Tokyo selama enam hari bermula Isnin lepas bagi mengadakan lawatan kerja rasmi sulungnya ke Jepun sejak memegang jawatan perdana menteri pada Ogos 2021.
Beliau juga menyampaikan ucaptama pada Persidangan Antarabangsa Mengenai Masa Depan Asia ke-27 atau dikenali sebagai Persidangan Nikkei pada Khamis.
-- BERNAMA
Bernama
Fri May 27 2022
Dalam pertemuan itu, para pemimpin perniagaan Jepun antara lain memaklumkan perkembangan terkini mengenai operasi dan aktiviti mereka di Malaysia kepada Ismail Sabri. - fotoBERNAMA
Lebih seribu penduduk ditempatkan di dua PPS di Pitas
Jumlah mangsa banjir di Sabah terus menunjukkan peningkatan dengan lebih seribu mangsa terjejas di dua daerah dengan Pitas paling teruk terjejas.
Terbuka India: Dua wakil negara kandas di separuh akhir
Hasrat beregu campuran negara, Goh Soon Huat-Shevon Lai Jemie untuk melangkah ke peringkat akhir Kejohanan Badminton Terbuka India 2025 tidak kesampaian.
Operasi memburu penyerang Saif Ali Khan masuk hari ketiga
Rakaman CCTV memaparkan kelibat suspek , sedang membeli sebuah telefon bimbit sekitar jam 9 pagi, kira-kira enam jam selepas kejadian.
Malaysia sasar daftar 5,000 syarikat permula tahun ini - Chang
Malaysia menyasarkan untuk mendaftar 5,000 syarikat permula baharu menjelang pada tahun ini, kata Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Chang Lih Kang.
Skuad hoki dalam dewan berdepan kumpulan maut di Piala Dunia
Skuad hoki dalam dewan lelaki berdepan tugas getir pada penampilan sulung Piala Dunia 2025 di Porec, Croatia, dari 3 hingga 9 Februari depan.
Nigeria sertai BRICS sebagai negara rakan - Kementerian Luar Brazil
Nigeria kini secara rasmi menjadi negara kesembilan yang menyertai BRICS sebagai negara rakan, menurut kenyataan Kementerian Luar Brazil.
Fokus Minggu Depan: ASEAN Tourism Forum, platform keterangkuman serantau
Bersama Siti Nuraqila Omar membincangkan tentang ASEAN Tourism Forum, platform keterangkuman serantau.
ASEAN 2025: Malaysia, Thailand dan Brunei kongsi kebimbangan situasi di Myanmar
Kementerian Luar Negeri berkata situasi di Myanmar menjadi antara isu yang berbangkit dalam kedua-dua mesyuarat bilateral melibatkan Malaysia hari ini.
JIM Terengganu tahan 15 pendatang tanpa izin
Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Terengganu menahan 15 pendatang tanpa izin dalam Operasi Sapu dan Selera di sekitar tapak pembinaan kawasan industri Kertih, Kemaman semalam.
Jurulatih selam wanita rugi lebih RM300,000 terperdaya pelaburan saham di Facebook
Seorang jurulatih selam di sini kerugian RM304,422 setelah terperdaya dengan pelaburan tidak wujud yang diiklankan di Facebook.
PRK Pelangai: Siapa pun calon, dia wakili parti - Ismail Sabri
Ismail Sabri berkata, tidak sepatutnya timbul isu berhubung siapa yang dipilih bertanding kerana pada akhirnya, calon itu akan tetap membawa nama dan imej parti.
Pinda Akta DBP, beri kuasa ambil tindakan salah guna bahasa Melayu - Ismail Sabri
Ismail Sabri berkata, perkara itu merupakan sebahagian daripada usaha semasa pentadbirannya, namun tidak sempat dilaksanakan disebabkan pertukaran Kerajaan.
Tidak bersara, Ismail Sabri akan terus aktif politik walaupun bukan lagi Naib Presiden
Ismail Sabri berkata beliau juga akan kekal menjalankan tanggungjawab sebagai Ketua UMNO Bahagian Bera selepas menang tanpa bertanding.
Kerajaan 'caretaker' bersidang seperti biasa, bentang bajet mini untuk gaji penjawat awam
Kerajaan semasa akan kekal sebagai kerajaan caretaker sekiranya tiada mana-mana parti membentuk kerajaan dalam masa terdekat ini.
Pasca PRU15: 'BN tak sokong mana-mana gabungan bentuk kerajaan' - Ismail Sabri
Dewan Tertinggi Barisan Nasional (BN) telah membuat keputusan untuk tidak menyokong mana-mana gabungan untuk membentuk kerajaan.
PRU15: Ismail Sabri tiba di Istana Negara
Tujuan sesi menghadap antara Perdana Menteri dan Yang di-Pertuan Agong berkenaan masih menjadi tanda tanya.
MH17: Malaysia berpuas hati dan sokong keputusan Mahkamah The Hague - PM
Malaysia sentiasa berpendirian bahawa perbicaraan yang dijalankan mesti berlandaskan kebenaran, keadilan dan tanggungjawab.
PRU15: 'Deklarasi Profesor Melayu G70 sokong Anwar' tidak wakili MPN - Ismail Sabri
Perkara itu dimaklumkan Presiden MPN sendiri, Profesor Datuk Dr Raduan Che Rose ketika dihubunginya pada Rabu.
Banjir: Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri seluruh negara telah diaktifkan - PM
Ismail Sabri berkata, fokus gerak kerja di peringkat negeri dan daerah telah bersiap sedia untuk menghadapi sebarang kemungkinan.
PRU15: 'Saya masih calon PM untuk BN, tiada perubahan' - Ismail Sabri
Jelas Ismail Sabri, tiada perubahan mengenai keputusan yang telah dibuat BN sebelum ini.